Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Wenger beri peluang remaja tunjuk taring

klik infobolasepak.blogspot.com

SHEFFIELD: Arsene Wenger akan memberikan peluang sekali lagi buat bintang muda Arsenal untuk menyinar dalam pertembungan Piala Liga di Sheffield United, hari ini.
Polisi Wenger yang sentiasa memberikan pemain kurang ternama untuk menyinar dalam kejohanan ini dan Wenger dijangka tidak akan mengubah polisinya itu bagi pertemuan pusingan keempat di Bramall Lane. Penjaga gol, Lukasz Fabianski, pertahanan, Justin Hoyte, pemain tengah, Alexandre Song dan Denilson serta penyerang, Nicklas Bendtner hampir pasti diturunkan menentang kelab Liga Championship itu.

Wenger mungkin memilih untuk menguatkan barisannya denganmemperkenalkan pemain berpengalaman yang jarang beraksi dalam kempen Liga Perdana, seperti pemain Brazil, Gilberto Silva dan penyerang Croatia, Eduardo. Bendtner, pemain antarabangsa Denmark, menjaringkan gol dalam kemenangan Arsenal ke atas Newcastle pada pusingan sebelumnya, kini tidak sabar untuk memperoleh satu lagi kesempatan mempersembahkan bakatnya kepada Wenger. Bendtner berkata: “Piala Liga adalah baik untuk pemain muda kerana kami dapat menunjukkan kepada pengurus apa yang mampu kami lakukan. “Saya boleh bermain dalam jadual perlawanan yang ketat di tempat luar kerana saya besar dan bertenaga tetapi saya lebih suka bermain dalam perlawanan liga. “Terdapat semangat setia kawan yang tinggi di sini dan semangat berpasukan juga bagus: kami menghormati antara satu sama lain dan ia adalah satu sebab mengapa kami beraksi dengan baik musim ini. “Setakat ini, kesemuanya berjalan lancar. Sebagai penyerang, anda sentiasa mahu bermain sekerap mungkin, tetapi makin lama musim berjalan, anda berharap untuk bermain dengan lebih kerap. “Saya akan terus menunjukkan kepada pengurus apa yang saya mampu lakukan. Sukar untuk mendapatkan rentak apabila anda terkeluar daripada pasukan. “Saya sentiasa mahu menjadi sebahagian daripada aksi tetapi apabila anda muda, anda perlu menunggu peluang anda. “Saya melakukan yang terbaik apabila masuk dari bangku simpanan, tetapi kerana kami sudah memenangi banyak perlawanan, pasukan ini tidak banyak berubah.” – AFP

SUMBER:: www.bharian.com.my

Aksi Ronny, Zairul jadi perhatian Azraai

klik infobolasepak.blogspot.com

PERLAWANAN persahabatan Kedah dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) di Stadium Darulaman malam ini menjadi medan terbaik buat Ronny Harun dan Zairul Fitri untuk membuktikan kewibawaan dalam membantu pasukan baru mereka.
Malah, jurulatiah Hijau Kuning, Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui tumpuan utamanya adalah untuk melihat kemampuan kedua-dua pemain baru itu menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan selain menjalani persefahaman dengan pemain lain.
Ini adalah perlawanan ujian sulung pasukannya selepas menjalani latihan sejak sebulan lalu, juga yang pertama sejak menjuarai Piala Malaysia pada 4 September lalu.

"Ketika ini pemain saya sudah hampir mencapai tahap kecergasan yang diperlukan bagi menghadapi perlawanan sumbangsih menentang Perlis pada 17 November ini. “Perlawanan esok (malam ini) akan memberi peluang kepada saya untuk mengenal pasti kelemahan dan juga membuka peluang kepada pemain untuk membuktikan keupayaan mereka bagi meletakkan diri mereka pada kesebelasan utama,” katanya. Selepas pertemuan dengan PDRM, Kedah akan menentang Pulau Pinang di Stadium Darulaman Ahad ini sebelum berkumpul di Pulau Langkawi bagi menjalani latihan di tepi pantai serta menjalani kursus motivasi.

SUMBER:: www.bharian.com.my

Skuad B-19 tekad buru tiket Piala Belia Asia

klik infobolasepak.blogspot.com

PERSIAPAN skuad bawah 19 tahun negara bukanlah yang terbaik tetapi kehadiran mereka ke Liuzhou, China bulan depan tidak sekadar mencukupkan bilangan ketika anak buah K Rajagopal mengintai peluang menjadi antara dua pasukan terbaik pada pusingan kelayakan.
Tuan rumah China, Korea Utara, Singapura dan Macau menjadi pencabar dalam Kumpulan F dengan sekurang-kurangnya tiga kemenangan daripada empat sudah pasti memberikan mereka tiket ke pusingan akhir Piala Belia Asia B-20 di Arab Saudi tahun depan.
“Agak sukar untuk membandingkan skuad terkini dengan skuad terdahulu tetapi skuad sebelum ini memiliki masa yang lebih dalam rangka persiapan dan mereka bermain lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa berbanding skuad sekarang yang hanya dibentuk tahun ini.

“Namun apa yang pasti kami tidak akan pergi ke China hanya untuk mencukupkan bilangan pasukan pada pusingan kelayakan cuma kita perlu realistik di mana letaknya kita apabila dibandingkan dengan pasukan lain dalam kumpulan ini,” kata Rajagopal semalam. Rajagopal sebelum ini mengemudi skuad negara ke pusingan akhir Piala Belia Asia B-20 di Bangalore, India tahun lalu, dan kempen kali ini adalah kali ketiga berturut-turut buatnya selepas kali pertama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pusingan akhir pada 2004. Bagaimanapun, dua kekalahan dalam perlawanan persahabatan menentang MyTeam (0-1) dan Pahang (0-2) baru-baru ini memberikan peluang buat Rajagopal untuk melihat tahap skuad sedia ada selain memperbaiki setiap kelemahan.

SUMBER:: www.bharian.com.my

brazil dipilih tuan rumah piala dunia 2014

klik infobolasepak.blogspot.com

Negara brazil telah dipilih untuk menganjurkan kejohanan paling mandapat tumpuan seluruh dunia iaitu piala dunia bola sepak pada tahun 2014. pemilihan berdasarkan giliran setiap benua dan benua amerika latin menjadi giliran untuk menganjurkan piala dunia 2014. brazil dipilih selepas hanya negara tersebut yang mengemukakan bidaan untuk menjadi hos untuk piala dunia.

FIFA juga mengumumkan akan memansuhkan sistem giliran yang diperkenalkan sekarang kepada bidaan yang boleh disertai oleh semua negara didunia ini. ia telah menarik perhatian beberapa negara untuk mula membuat persiapan membida kejohanan bola sepak paiala dunia 2018. anatara negara yang tersebut ialah england dan australia.

Gambar menarik

















Sathia kekal B-23 untuk masa depan

klik infobolasepak.blogspot.com

BIARPUN gagal melepasi pusingan awal kelayakan bola sepak Piala Dunia, jurulatih B Sathianathan tetap mahu mengekalkan barisan pemain dalam skuad kebangsaan untuk tempoh panjang bagi menghasilkan pasukan yang lebih mantap.
Selepas sekadar seri 0-0 dengan Bahrain pada perlawanan kedua di Shah Alam kelmarin, menyaksikan negara teluk itu meneruskan kemaraan dengan agregat 4-1, Sathianathan mengakui pembentukan skuad kebangsaan yang mantap harus bermula sekarang.
kebangsaan itu mengambil contoh Bahrain, yang mengekalkan sebahagian besar pemainnya sejak 2001, dan kini sudah kelihatan menuai hasil membanggakan.

“Kami harus mengekalkan barisan pemain bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) dalam skuad kebangsaan kini, bagi membolehkan mereka matang bersama sebagai satu pasukan. “Lihat saja Bahrain, mereka mengekalkan sebahagian besar pemain ketika saya menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan pada 2001. Pendekatan itu membolehkan mereka mencapai peningkatan di peringkat antarabangsa dan hampir melayakkan diri ke Piala Dunia 2006. “Kami mempunyai barisan pemain B-23 yang baik, mereka mempunyai semangat juang tinggi dan sentiasa mahu meningkatkan permainan,” kata Sathianathan. Namun, Sathianathan mengakui kelemahan utama yang menyebabkan skuad kebangsaan tewas di tangan Bahrain adalah kerana kadang-kala pemain terlalu terikut emosi mereka ketika beraksi. “Pemain seharusnya fokus terhadap perlawanan, dan tidak terikut emosi mereka selain daripada membuat kesilapan yang memberi tekanan kepada diri sendiri. “Apa pun, pemain B-23 dalam skuad kebangsaan mempunyai masa depan cerah dan mereka juga mempunyai semangat juang tinggi di atas padang. Bukan mudah untuk mana-mana pasukan B-23 negara Asean mengikat skuad senior Bahrain. “Kerana itu, saya berharap pemain B-23 dalam skuad kebangsaan terus mempamerkan peningkatan dan dikekalkan sehingga tempoh lima tahun walaupun jika saya tidak lagi melatih skuad kebangsaan,” kata Sathianathan. Tamatnya kempen kelayakan Piala Dunia skuad kebangsaan, bererti Sathianathan kini kembali memberi tumpuan terhadap skuad B-23 kebangsaan untuk ke Sukan Sea Korat Disember ini. Bekas pemain Negeri Sembilan itu dijangka memanggil beberapa pemain B-23 yang lain untuk menguatkan barisan negara ke Sukan Sea, dalam misi menamatkan kemarau pingat emas selama 18 tahun.

SUMBER:: www.bharian.com.my

Sapian kembali sarung jersi Melaka

klik infobolasepak.blogspot.com

BEKAS penyerang Terengganu dan Sarawak, Sapian Wahid kembali menyarung jersi pasukan Melaka selepas berkelana sejak beberapa tahun lalu untuk mencurah kudrat bersama negeri kelahirannya. Bekas penyerang kebangsaan dan juga PKNS itu, kini diuji jurulatih Ramli Junit untuk mengemudi barisan depan pasukan berkenaan selepas mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) untuk meletakkan kembali skuad terbabit ke Liga Super musim depan. Timbalan Presiden Mafa, Abd Malik Kasim berkata, Sapian diharap mampu membimbing pemain muda untuk merencana serangan berkualiti selain sebagai pembakar semangat pemain yang rata-rata muka baru.

Menurutnya, Mafa gembira dengan langkah dan keikhlasan pemain itu kembali bersama pasukan selepas hasratnya untuk menyarung jersi Melaka terjejas musim lalu.
Katanya, berikutan hampir 90 peratus skuad itu adalah muka baru, Sapian diharap menjadi pemangkin kepada keserasian pemain dalam merencana kejayaan pasukan. Selain Sapian, Mafa juga turut mendapat sentuhan bekas kapten musim 2002/2003 Zainal Rabin yang bakal mengawal gawang selepas aksi cemerlangnya bersama Telekom Melaka (TMFC) musim lalu. "Dua pemain ini boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan walaupun mereka dikategori pemain veteran. Kami yakin pengalaman dan prestasi mereka, mampu membolehkan pasukan memberi saingan bermakna. "Kehadiran Zainal amat diperlukan berikutan kami memiliki dua penjaga gol di kalangan muka baru yang masih memerlukan pendedahan. Oleh itu, kami beranggapan Zainal juga mampu menyuntik kekuatan kepada pasukan," katanya. Melaka juga masih memiliki bekas pemain kebangsaan Mohd Nor Derus yang juga berpengalaman bersama banyak pasukan. Malik berkata, selain tiga pemain berkenaan, Mafa turut mengintai tiga import bagi membarisi skuad kali ini termasuk menguji dua pemain dari Nigeria dan seorang penyerang dari Ghana ketika berdepan Negeri Sembilan, malam esok. Katanya, walaupun pada mulanya Melaka enggan menggunakan sentuhan pemain import, kehadiran pemain berkenaan nyata amat diperlukan bagi mengimbangi skuad muda itu.


SUMBER:: www.bharian.com.my

Man utd vs Arsenal 3.10.2007 (8.45 malam)

klik infobolasepak.blogspot.com

Minggu yang penuh debaran bagi peminat-peminat bola sepak, khususnya peminat liga perdana inggeris. Dimana sabtu ini satu lagi perlawanan pasukan gergasi liga perdana inggeris iaitu pertemuan antara man utd menentang arsenal. pengurus pasukan masing-masing merasa yakin dengan prestasi semasa anak-anak buah mereka akan memberikan persembahan yang terbaik dan terhebat untuk merobek gawang gol mereka. Alex ferguson memuji persembahan dua penyerang mudanya iaitu wayne rooney dan carlos tevez dan melabelkan mereka sebagai pasangan penyerang terbaik di dunia. sebaliknya arsene wenger menaruh harapan barisan muda yang dibentuknya selepas pemergian thiery henry akan terus memberi rentak yang cemerlang dan konsisten untuk mengalahkan man utd. cesc fabregas menjadi taruhan wenger untuk mengucar-kacirkan pertahanan man utd yang diketuai oleh rio ferdinand. gary neville yang telah berehat panjang sudah bersedia untuk bermain semula dan mungkin akan diturunkan pada perlawanan tersebut. dari segi kecederaan man utd kehilangan khidmat scholes yang direhatkan selama 3 bulan, park ji sung, silvester masih juga belum betul-betul sihat sepenuhnya. bagi pasukan arsenal mereka semua ditahap yang terbaik kerana tiada seorang pemain mereka yang cedera dan bersedia untuk menentang man utd sabtu ini. kita lihat pasukan mana yang boleh meneruskan kemaraan untuk menerajui liga perdana inggeris sabtu ini.

Jadual perlawanan carling cup

Malaysia gagal lepasi pusingan pertama kelayakan piala dunia.

klik infobolasepak.blogspot.com

Hajat malaysia membuat kejutan kepada pasukan bahrain tidak kesampaian apabila perlawanan malam tadi berkesudahan 0-0. pasukan malaysia yang mengharapkan kemenangan yang besar sekurang-kurangnya 3-0 tidak menjadi kenyataan, dengan bahrain tidak perlu berusaha keras untuk mempertahankan gol mereka daripada barisan serangan malaysia yang diketuai safee sali dan aidil zaquan. kekalahan itu menyekat malaysia ke pusingan seterusnya.

Norhafiz janji gegar Bahrain

klik infobolasepak.blogspot.com

HAKIKATNYA amat sukar untuk menjanjikan sesuatu apatah lagi ketika skuad kebangsaan tidak memiliki sebarang kelebihan kecuali beraksi di gelanggang sendiri apabila turun menentang Bahrain pada perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Shah Alam, malam ini.
Ketua pasukan negara Norhafiz Zamani Misbah bagaimanapun mampu berjanji kesebelasan utama skuad bimbingan B Sathianathan itu akan bermain bermati-matian lebih daripada 100 peratus dalam usaha mencatat kemenangan. Baginya tidak ada apa yang mustahil di dalam bola sepak jika pemain berusaha bersungguh-sungguh mempamerkan permainan terbaik di depan penyokong sendiri sekalipun lawan berkelebihan tiga gol sesudah menang besar 4-1 di Manama minggu lalu. “Memang sukar untuk memberikan sebarang jaminan tetapi saya boleh janjikan betapa pemain akan beraksi tidak kurang daripada 100 peratus apabila menentang Bahrain malam esok (malam ini).
“Apa yang penting pemain akan cuba sedaya upaya mereka untuk berjuang menentang lawan dan buat sekian lama, saya berasa begitu gembira menjadi sebahagian daripada pemain skuad kebangsaan,” katanya.
Justeru, Norhafiz mengharapkan ramai peminat dan penyokong skuad negara akan turun ke Shah Alam memberikan sokongan padu bagi menaikkan semangat pemain berdepan lawan, yang memiliki empat pemain kelahiran benua Afrika itu.
“Saya melihat perlawanan ini dari satu perspektif bahawa kami bermain di gelanggang dan di depan penyokong sendiri, oleh itu kami harus mengintai peluang untuk mencatat kemenangan,” katanya.
Di pihaknya, Norhafiz mampu berjanji berusaha mengekang setiap asakan lawan yang pastinya hadir daripada penyerang muda Bahrain kelahiran Nigeria, Jaycee Okwunwanne dan Abdulla Baba Fatadi.

SUMBER:: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20071028001705/Article/index_html

Man 4x4 chelsea 6-0


Malam tadi man utd dan chelsea berpesta gol dengan masing-masing menewaskan pasukan yang ditentang mereka. man utd menewaskan middlebrough 4-1, manakala chelsea membenam man city 6-0. kemenangan 4-1 man utd malam menjadi kemenangan yang keempat dengan jaringan 4 gol (4x4). wayne rooney memang menemui sentuhan emasnya dengan menyumbang 1 gol, tevez memperolehi 2 gol, ia adalah gol pertama liga beliau sejak bersama man utd musim ini. satu gol lagi dijaringkan rembatan cantik luis nani. chelsea yang sudah menemui rentak kemenangan menjaringkan 6-0 gol, drogba 2 gol dan masing-masing satu gol dari shevchenko, kolou, essien dan joe cole. man utd melonjak ke tangga teratas liga dengan 26 mata memintas arsenal yang akan bertemu liverpool malam ini. chelsea juga melonjak ke tangga keempat liga dengan 21 mata.

Pertemuan menarik arsenal dan liverpool malam ini.

klik infobolasepak.blogspot.com

perlawanan yang ditunggu oleh peminat kedua-dua pasukan iaitu arsenal dan liverpool menjelma malam ini. arsenal yang baru sahaja menewaskan pasukan dari czech republic iaitu slavia prague 7-0 minggu lalu di kejohanan liga juara-juara eropah, di dalam kedudukan terbaik untuk meraih kemenangan. namun pengurus liverpool rafa benitez tidak mudah mengaku kalah kerana beliau akan membariskan skuad yang terbaik apabila mbertemu arsenal malam ini. perlawanan tersebut akan berlangsung pada pukul 12.00 malam ini (waktu malaysia).

Statisttik Liverpool-Arsenal

Perlawanan:: 9-9
Kedudukan liga:: 5-2
perbezaan gol:: 11-15
Mata:: 19-25

pertemuan hidup mati malaysia malam ini


klik infobolasepak.blogspot.com

Malam ini menjadi saksi samada kemenangan malaysia pada pesta merdeka yang lalu boleh dijadikan bekalan untuk membolosi gol pasukan bahrain sekurang-kurangnya 3-0. dengan keazaman yang ditunjukkan oleh pemain-pemain, skuad negara mungkin akan layak untuk menuju ke pusingan seterusnya. peminat-peminat malaysia masih mengharap mereka akan bermain dengan bersungguh-sungguh dan membenam bahrain malam ini. perlawanan akan dilangsungkan di stadium shah alam.

Jadual kelayakan piala dunia zon asia

Jadual perlawanan liga perdana inggeris dan liga-liga eropah

keputusan perlawanan liga perdana inggeris dan liga-liga eropah

klik infobolasepak.blogspot.com
27-10-2007

EPL
Birmingham 3 - 2 Wigan
Reading 2 - 1 Newcastle
Chelsea 6 - 0 Man City
Sunderland 1 - 1 Fulham
Man Utd 4 - 1 Middlesbrough
Portsmouth 0 - 0 West Ham

Spanish la liga
Mallorca 2 - 2 Espanyol
Athletic Bilbao 0 - 0 Real Betis

Italy Serie A
Torino 2 - 0 Cagliari
Napoli 3 - 1 Juventus

German Bundesliga
Arminia Bielefeld 1 - 1 Energie Cottbus
Schalke 04 1 - 1 Werder Bremen
Hansa Rostock 0 - 0 Karlsruhe
VfB Stuttgart 1 - 0 Bayer Leverkusen
Hertha Berlin 2 - 0 VfL Bochum
VfL Wolfsburg 3 - 1 Nurnberg

Liga perancis
Metz 0 - 0 AS Nancy Lorraine
Monaco 0 - 0 Caen
Bordeaux 2 - 1 Valenciennes
Sochaux 2 - 1 Marseille
Lille 0 - 3 Strasbourg
St Etienne 0 - 0 Auxerre
Lorient 0 - 0 Nice

Liga belanda
Roda JC Kerkrade 1 - 0 De Graafschap
Excelsior 1 - 1 SC Heracles Almelo
VVV Venlo 0 - 4 Heerenveen
Twente Enschede 2 - 0 Feyenoord Rotterdam


Norhafiz mahu B-23 bangkit dari kesilapan

klik infobolasepak.blogspot.com

KAPTEN skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah mengakui perbezaan tahap permainan antarabangsa peringkat senior dan bawah 23 tahun (B-23), mungkin dirasai sesetengah pemain B-23 kebangsaan dalam skuad kebangsaan.
Walaupun memuji komitmen pemain B-23, Norhafiz berharap mereka akan cepat belajar daripada kesilapan yang menyebabkan dua gol awal dibolosi ketika tewas 4-1 kepada Bahrain, pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia pada 21 Oktober lalu.
Pemain sayap kanan, Amirulhadi Zainal dan pemain tengah, Azi Shahril Azmi melakukan dua kesilapan yang membolehkan lawan menjaringkan dua gol awal dalam 15 minit pertama di Manama, dan Norhafiz mengakui dua gol itu melenturkan semangat pemain lain ketika itu.

"Memang terdapat perbezaan perlawanan antarabangsa peringkat B-23 dan senior. Dalam perlawanan peringkat senior, rata-rata pemain lawan adalah lebih berpengalaman dan mereka pasti mengambil kesempatan jika kami melakukan kesilapan. "Saingannya juga jauh lebih kompetitif, dan saya harap semua pemain tidak kehilangan fokus pada perlawanan kedua. Jika itu dapat dilakukan, tidak mustahil kemenangan mampu dicatat di Shah Alam. "Tetapi saya tetap merasakan kami mempunyai barisan pemain B-23 yang mantap, dan saya yakin mereka pasti akan belajar daripada kesilapan untuk memberikan aksi terbaik di depan penyokong sendiri Ahad ini," kata Norhafiz. Sama seperti jurulatih kebangsaan, B Sathianathan, Norhafiz tetap meletakkan sasaran untuk menang di Shah Alam, Ahad ini walaupun peluang untuk meneruskan kemaraan tampak sukar dengan defisit tiga gol yang berpihak kepada Bahrain. "Saya dan rakan-rakan tetap mahu menang, memang peluang meneruskan kemaraan kelihatan tipis tetapi kami tetap mahukan kemenangan bagi mengubati kekecewaan kalah besar pada perlawanan pertama. "Setiap pemain pasti tidak mahu mengulangi kesilapan sama pada perlawanan kedua kerana kemenangan adalah sasaran utama kami," kata Zamani. Zamani yang menjaringkan satu gol ketika pertemuan terakhir dengan Bahrain di bumi Malaysia yang berakhir dengan seri 2-2, pada pusingan kelayakan Piala Asia 2003, tidak menafikan keinginannya untuk mengulanginya Ahad ini namun, tumpuan utamanya sebagai pemain pertahanan ialah memastikan kubu tidak dibolosi.

SUMBER: www.bharian.com.my

Kafa jamin tiada lagi masalah gaji

klik infobolasepak.blogspot.com

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Annuar Musa, berazam mengikis imej skuad Kelantan sebagai pasukan yang sering dilabel bermasalah, khususnya membabitkan kewangan.
Beliau yang baru menjawat kerusi panas itu tidak sampai seminggu, memberi jaminan Kafa di bawah kendaliannya, akan ditadbir secara profesional dengan pemain tidak lagi akan dibelenggu masalah tunggakan gaji.
"Pengurusan bola sepak Kelantan umpama satu mimpi ngeri dan saya kini sudah pun berada di dalamnya. Tidak seperti persatuan negeri lain, Kafa langsung tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri.
"Tetapi, saya mengambil tugas ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Kita sedang mengusahakan sumber kewangan melalui beberapa syarikat yang sudah menyatakan komitmen untuk membantu bagi mengatasi masalah itu," katanya.
Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, menegaskan pengurusan Kafa tidak akan dipengaruhi unsur politik, sebaliknya setiap pegawai diarah menumpukan terhadap pembangunan sukan itu tanpa dipengaruhi pengaruh luar yang boleh menjejaskan pasukan.
"Hasrat saya ialah mewujudkan pasukan negeri yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum atau fahaman politik. Malah, kita juga akan melantik Ahli Majlis di kalangan Exco Kerajaan Negeri," katanya.

SUMBER: www.bharian.com.my

Video highlight liga juara-juara eropah

gambar menarik liga juara-juara eropah






keptutusan perlawanan liga juara-juara eropah

Keputusan perlawanan kejohanan liga juara-juara eropah 23.10.07

Man Utd teruskan kemenangan bergaya di kejohanan liga juara-juara eropah


Anak-anak buah ferguson menunjukkan prestasi terbaik yang dipamerkan aala pagi ini (aktu malaysia) untuk menewaskan pasukan dari ukraine dynamo kyev dengan jaringan yang sama dengan 2 perlawanan liga perdana inggeris yang lalu iaitu 4 gol berbalas 2 gol. man utd memulakan rentak permainan yang bercorak pantas untuk merobek gawang dynamo yang dibarisi antaranya ialah olev gusev. gol pertama man utd hadir pada minit ke 10 hasil tandukkan cantik oleh rio ferdinand, gol kedua dijaringkan oleh rooney pada minit ke 18. dynamo menampakkan sedikit tentangan apabila berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan yang dilakukan oleh diogo rincon. itu tidak melemahkan semangat pemain-pemain man utd untuk mencari gol dan ianya dijaringkan oleh ronaldo hasil tandukan cantik menewaskan penjaga gol dynamo sebelum beliau menambah satu gol lagi menerusi sepakan penalti apabila pemain dynamo kyev menampan bola dengan tangan di dalam kawasan kotak 'd'. pada penghujung babak kedua dynamo berjaya menjaringkan gol kedua melalui ismael.

Sementara itu dalam perlawanan lain arsenal menang bergaya dengan menjaringkan jumlah gol yang besar menumpaskan pasukan slavia praque 7-0.

Mourinho kata tidak kepada england


klik infobolasepak.blogspot.com

Jose mourinho menafikan akan mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan england menggantikan pengurus sekarang (mclaren) ini yang semakin menerima kritikan pedih susulan kekalahan terbaru pasukan itu kepada pasukan rusia baru-baru ini. mourinho berkata buat masa ini beliau tidak akan kembali untuk menguruskan mana-mana pasukan kelab di england ataupun pasukan kebangsaan england dan hanya akan menerima untuk mengurus jika mendapat tawaran untuk melatih pasukan portugal. mourinho sekarang ini tengah menumpukan perhatian di dalam bidang pengurusan yang mana tumpuannya adalah pasukan bola sepak di Italy.

Martin jol semakin tertekan apabila kalah 3-1 kepada newcatles


klik infobolasepak.blogspot.com

Pengurus tottenham hotspurs Martin Jol semakin hilang arah apabila pasukan itu tewas lagi dan gagal keluar dari zon penyingkiran ke divisin satu. dalam perlawanan malam tadi tottenham tewas 3-1 kepada newcatles united. walaupun dari segi pengusaan bola spurs lebih meneyerlah ia tidak dapat membantu pasukan itu untuk meraih sebarang mata. Obafemi Martins, Claudio Cacapa dan James Milner menjadi pemusnah spur apabila masing-masing menjaringkan satu gol. manakala gol saguhati spur dijaringkan oleh Robbie Keane.

Senarai penjaring terbanyak liga-liga eropah

Ferguson sudah bersedia menghadapi Dynamo Kiev.


klik infobolasepak.blogspot.com

Pengurus man utd yakin pasukannya akan meneruskan rekod kecemerlangan 2 perlawanan liga dengan kemenangan besar, apabila mereka berkunjung ke ukraine untuk bertemu dengan kelab Dynamo Kiev. Dengan prestasi beberapa pemainnya yang sudah berada ditahap yang sebenar seperti wayne rooney, carlos tevez dan c. ronaldo ia lebih memberi keyakinan yang man utd akan membawa pulang 3 mata penuh.

Jadual perlawanan liga juara-juara eropah

Jadual Kelayakan Piala dunia zon asia