Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

keputusan liga juara-juara eropah

Gambar bola sepak pilihan minggu ini











Cari punca Pahang kalah

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

ZAINAL Abidin Hassan mengharapkan tempoh rehat panjang dapat membantunya mengatasi segala kelemahan yang masih melekat dalam skuad bimbingannya selepas mengharungi dua perlawanan Liga Super. Faktor kekalahan 1-2 kepada Kedah banyak memberikan pengajaran berguna kepada Pahang walaupun pada perlawanan pembuka tirai liga, pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang. Tidak hairan jurulatih Pahang itu mahu memanfaatkan tempoh rehat panjang untuk mengatasi segala kelemahan terutama barisan pertahanan yang gagal beraksi pada prestasi terbaik ketika tewas kepada Kedah.

"Tewas kepada Kedah diharap memberi pengajaran berguna kepada semua pemain agar lebih bersedia dan tidak memberi laluan mudah kepada lawan untuk meraih kemenangan. "Saya akan pastikan bukan sahaja bahagian pertahanan, malah jentera tengah dan serangan akan benar-benar mantap untuk mengembalikan prestasi menyakinkan," katanya. Zainal berharap kekalahan kepada Kedah itu memberi pengajaran kepada pemain agar lebih berhati-hati dan tidak lagi melakukan kesilapan mudah seperti yang dipersembahkan pada perlawanan itu. "Semua pemain harus lebih menumpukan kepada kekuatan mental bagi memastikan lawan dapat dihalang daripada mengasak kubu pasukan," katanya.

SUMBER::www.bharian.com.my

'Datang dan berbincang dengan saya' -mourinho


jose mourinho telah memberi lampu hijau untuk berbincang mengenai jawatan sebagai pengurus pasukan england jika Brian Barwick bersetuju untuk berjumpa dengannya. mourinho telah menjadi pilihan penyokong-penyokong england di dalam undian yang telah dijalankan baru-baru ini. menurut ketua eksekutif FA england Brian Barwick telah bersedia sepenuhnya untuk mencari pengganti baru bermla minggu depan dan dijangka akan menemui mourinho untuk membincangkan perkara tersebut.

jadual liga juara-juara eropah

keputusan liga juara-juara eropah

Jadual liga juara-juara eropah minggu ini

Highlight kekalahan england kepada croatia

Jadual perlawanan liga perdana inggeris dan liga-liga eropah

Keputusan kelayakan piala dunia 21-11-2007

Steve McClaren dipecat


Pengurus england Steve McClaren telah dipecat oleh persatuan bola sepak england (FA England) dengan sebab tidak dinyatakan. perkara itu telah disahkan sendiri oleh ketua eksekutif FA England Brian Barwick. beliau juga memohon kemaafan kepada semua peminat dan penyokong dan rakyat england kerana tidak berjaya membawa england ke pusingan akhir EURO 2008. Steve McClaren merupakan pengurus yang paling singkat perkhidmatannya bersama england iaitu hanya menguruskan 18 perlawanan untuk pasukan itu. barwick juga mengatakan proses untuk mencari pengurus baru telah dimulakan sekarang dan antara calon yang mungkin menjadi pengurus england ialah bekas pengurus chelsea jose mourinho, luis felipi scolari atau martin o'neill.

Pasukan yang layak ke final EURO 2008

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Poland
Italy
German
Perancis
Rebuplik czech
Croatia
Belanda
Portugal
Greece
Turkey
Russia
Sepanyol
Sweden
Romania
Austria(tuan rumah)
Switzerland(tuan rumah)

england gagal ke EURO 2008


SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Impian england untuk beraksi ke pusingan akhir tidak kesampaian apabila tunduk mengejut di tangan pasukan croatia 3-2. walaupun sebelum ini england dijangka akan mudah melayakkan diri dengan hanya memerlukan keputusan seri. namun itu tidak menjadi kenyataan apabila croatia mempamerkan persembahan yang memberansangkan dengan mendahului england 2-0. england dapat menyamakan kedudukan menjadi 2-2 namun itu tidak lama selepas itu croatia membuktikan kemenangan dengan menjarinkan satu gol lagi. keputusan itu kekal sehingga tamat permainan dengan keputusan penuh england 2 croatia 3. gol england dijaringkan oleh peter crouch dan f. lampard manakala gol croatia dijaringkan oleh nico krancjar, ivica olic dan mladen petric.

Keputusan kelayakan EURO 2008 21-11-2007

keputusan liga super malaysia 21-11-2007

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

11/21/20077PAHANG 1
Dironse Abed 64th


KEDAH 2
Nelson Martin 44th, Marlon Alex James 66th

11/21/20078PDRM 2
Hilary Echesa 58th, Ahmad Latif Khamarudin 70th


PULAU PINANG 0

11/21/20079TERENGGANU 4
Ashaari Samsudin 33rd, Che Hisamuddin Hasan 36th, Zairo Anuar Zalani 59th, Fabio Flor 82nd


SARAWAK 0

11/21/200710SELANGOR 1
Mohd Amri Yahyah 90th


JOHOR FC 1
Eddi Helmi Manan 64th

11/21/200711DPMM FC 0


NEGERI SEMBILAN NAZA 1
Lamin Conteh 28th, pen

11/21/200712MyTEAM 0


PERAK 1
Ahmad Shahrul Azhar 86th

jadual kelayakkan EURO 2008 21-11-2007

Beckham mungkin akan diletakkan dibangku simpanan

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Pengurus pasukan england mengesahkan akan meletakkan 2 pemain senior pasukan di bangku simpanan apabila bertemu croatia awal pagi nanti waktu malaysia. beckham dan paul robinson yang selama ini masih lagi tidak diberi kata putus samada akan bermain untuk england, menerima berita itu dengan terbuka. wright philip dan scott carson mungkin akan disenaraikan untuk mengantikan dua pemain itu. sementara itu peter crouch mengharapkan beckham akan diturunkan oleh steve mcclaren kerana beliau inginkan hantaran yang cantik dari beckham.

senarai penjaring liga super malaysia

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Name State No. of Goals
Hilary Echesa PDRM5
Marlon Alex JamesKEDAH4
Hasmawi HassanKEDAH4
Fabio Flor TERENGGANU3
Frank SeatorSELANGOR3
Walter Silva Ariel JOHOR FC2
Mohd Amri Yahyah SELANGOR2
Khalid JamlusPERAK2
Mohd Nizaruddin YusofPERLIS2
Ahmad Latiff KhamarudinPDRM2
Badrol BakhtiarKEDAH2
Mohd Zaquan AdhaNEGERI 2
Andres Sebastian RomanoMyTEAM2
Phillemon ChepitaPERLIS2
Rudie RamliPERLIS2
Zairo Anuar ZalaniTERENGGANU2
Eddy Helmi MananJOHOR FC2
Rosmin KhamisDPMM FC2
Andrea GustavoJOHOR FC2
Fazeel IbrahimDPMM FC2
Joseph KallangSARAWAK2
Ashaari SamsudinTERENGGANU1
Azaidy KhadarJOHOR FC1
Nelson MartinKEDAH1
Dironse AbedPAHANG1
M. SaravananSARAWAK1
Faizal RashidSARAWAK1
Che Hisamuddin HasanTERENGGANU1
Safri AmitSARAWAK1
Ahmad Shahrul AzharPERAK1
Khyril Muhymeen ZambriKEDAH1
Mohd Fadli Kassim PDRM1
Bernard HuggingKEDAH1
Evans ThisuloSELANGOR1
Jose Luis VieiraSARAWAK1
Rosdi Talib PAHANG1
P. Gunalan SELANGOR1
Ashfaq AliDPMM FC1
Imran MuhammadPDRM1
Haris Safwan MyTEAM1
Eilesson SreireTERENGGANU1
S. Thiagaran PENANG1
Mohd Safee SaliSELANGOR1
Mohd Fadzli SaariSELANGOR1
Mijo DadicMyTEAM1
Mohd Kamal Rodiarjat AliPAHANG1
Zairo Anuar ZalaniTERENGGANU1
Amir Shahreen MubinPENANG1
Azrul AhmadPENANG1
Azuan SallehDPMM FC1
Ridhuan OthmanPERLIS1
Lamin ContehNEGERI 1
Yusri Che LahPERLIS1
Glesson FreireTERENGGANU1

jadual liga super malaysia 21-11-2007

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Pahang
Kedah
8:45:00 PMStadium Darul Makmur, Kuantan
PDRM
Pulau Pinang
8:45:00 PMStadium MPS, Selayang
Terengganu
Sarawak
8:45:00 PMStadium Sultan Nasiruddin Shah
Selangor
Johor FC
8:45:00 PMStadium Shah Alam, Selangor
DPMM FC
Negeri Sembilan NAZA
8:45:00 PMStadium Hassanal Bolkiah, DS
MyTEAM
Perak
8:45:00 PMStadium MBPJ, Kelana Jaya

Kedah tak rela gigit jari di Kuantan

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

SELEPAS gagal mendapatkan Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih serta sekadar mengutip satu mata apabila seri dengan Perlis dalam Liga Super, skuad Hijau Kuning mahu memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong di Kuantan, malam ini. Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pemainnya akan menentang Pahang dengan sasaran membawa pulang mata penuh ataupun sekurang-kurangnya satu mata. "Saya yakin jika pemain dapat mempamerkan apa yang mereka tunjukkan ketika menentang Perlis, Ahad lalu, kami mampu membawa pulang mata dari Kuantan esok (malam ini)," katanya.

Azraai juga menjelaskan dia akan melakukan sedikit rombakan kerana mahu memberi peluang kepada pemain pertahanan kiri, Ronny Harun yang direhatkan sebelum ini akibat kecederaan pergelangan kaki kanannya. Beliau berkata, skuadnya sudah melupakan kekalahan dalam perlawanan sumbangsih yang menyaksikan mereka tewas menerusi sepakan penalti. "Saya sudah bersemuka dengan semua pemain dan mereka kini sudah dapat mengatasi kekecewaan Ahad lalu dan berjanji akan meningkatkan prestasi bagi memastikan tiga mata penuh milik mereka. "Saya tahu bukan mudah menjinakkan Pahang yang berjaya mengatasi Pulau Pinang 2-0 di gelanggang lawan dan semangat mereka kini adalah tinggi. Ini pasti akan menyukarkan sedikit hasrat untuk mencapai matlamat kami," kata Azraai.

SUMBER::www.bharian.com.my

'Beckham boleh jadikan saya wira'

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

LONDON: Peter Crouch percaya dia mampu membawa England ke Euro 2008 selagi David Beckham diberi peluang untuk memberikannya ruang mencipta gol. Steve McClaren mesti membuat keputusan sama ada untuk terus memberi keyakinan terhadap Beckham bagi pertemuan penting England bertemu Croatia awal pagi esok selepas persembahan longlai pemain tengah itu di Austria, minggu lalu. Beckham jarang bermain bersama LA Galaxy musim ini selepas beberapa siri kecederaan dan McClaren boleh membawa masuk Shaun Wright-Phillips menggantikan bekas bintang Manchester United itu.

Namun Beckham masih boleh memberikan permainan terbaik untuk penampilan ke-99 bersama skuad itu. Walaupun kurang cergas, dia menghasilkan sepakan percuma yang membawa kepada tandukan kemenangan Crouch di Vienna. Dan dia juga memiliki banyak pengalaman dalam perlawanan penting seperti ini, dengan sepakan percuma minit terakhir ketika bertemu Greece yang membawa England ke Piala Dunia 2002 masih segar diingatan. Crouch menegaskan peluang terbaiknya untuk menjaringkan gol pada perlawanan itu dan menjadikannya wira England banyak bergantung kepada Beckham. "Dia masih seorang daripada yang terbaik ketika menghantar bola dari 'set-piece' atau jauh di belakang, jadi buat pemain seperti saya yang menjaringkan lebih banyak gol hasil sepakan sudut, dia pastinya pemain yang diperlukan," kata Crouch. "Bagi saya, dia pemain yang menakjubkan. Kali terakhir saya bermain buat England bertemu Estonia, dia mencipta ruang gol buat saya. "Bersama pemain sepertinya, saya hanya perlu berada di kotak penalti kerana jika diberikan separuh peluang, dia mampu melintangkan bola. Bola lintang awal amat sempurna buat saya dan David sentiasa memberikannya." Kecederaan menimpa Michael Owen dan Wayne Rooney meletakkan beban serangan England di bahu Crouch. - AFP

SUMBER::www.bharian.com.my

Amaran buat skuad bola sepak

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

LUAHANNYA dilabel sebagai nasihat, tetapi mesej disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman jelas berunsur amaran kepada skuad bola sepak bakal memikul cabaran negara pada temasya Sukan Sea di Korat, Disember ini. Paling penting, prestasi hambar secara keseluruhan di Korat nanti - baik daripada skuad bawah 23 tahun, pasukan wanita mahupun barisan futsal lelaki dan wanita - mampu menjejaskan status bola sepak di kalangan lapan sukan teras negara.
Hakikat itu terjelma ketika Azalina mengakui masih ada pihak mempertikaikan kemasukan bola sepak dalam kelompok sukan utama itu, terutama ketika tiada pencapaian dan kejayaan dihasilkan sejak beberapa tahun terakhir. "Kita lihat bagaimana keadaannya di Korat nanti. Memang masih ramai mempertikaikannya. Ada yang berpendapat bola sepak tidak berhak," katanya yang tidak menepis kemungkinan kajian semula akan dilakukan selepas temasya itu. Azalina, dalam pertemuan dengan tiga pasukan itu semalam - tanpa skuad futsal lelaki yang kini berlatih di Australia - turut menegaskan betapa sebarang salah laku disiplin ketika temasya itu akan ditangani dengan sekeras mungkin. "Anda semua adalah ibarat bintang dan harapan kepada seluruh warga Malaysia. Kerana itu, faktor disiplin perlu sentiasa dijaga. "Jika di Thailand nanti ada yang ditangkap kerana masalah disiplin, (seperti) keluar ke kelab malam, saya akan pastikan tindakan tegas diambil. Kita tidak mahu pemain yang jadi contoh tidak baik," katanya. Turut 'dinasihatkan' ialah betapa kelompok pemain bakal ke Korat kali ini punya tanggungjawab untuk menyerlah demi memastikan segala tanggapan negatif terhadap bola sepak negara mampu dihapuskan. "FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sendiri ketika ini berdepan kesukaran untuk mendapatkan penajaan. Ianya kerana tiada kejayaan. Jadi, anda semua perlu berjaya supaya bola sepak dapat kembali menarik perhatian umum," katanya. FAM sudah mensasarkan matlamat untuk skuad bawah 23 tahun negara menamatkan penantian 18 tahun buat menggapai kilauan pingat emas apabila turun bersaing nanti. Skuad futsal lelaki pula dilihat punya peluang untuk layak ke final. Buat kedua-dua skuad wanita, kemampuan menempatkan diri di kalangan empat pasukan terbaik Asia Tenggara adalah sasaran yang perlu ditunaikan. Namun di sebalik segala ketegasan itu, Azalina turut gembira dengan inisiatif kepimpinan FAM, diterajui Sultan Ahmad Shah, yang sentiasa memberi kerjasama erat dan terbuka kepada pendekatan baru daripada Majlis Sukan Negara (MSN). "Kombinasi Tuanku dengan pemimpin baru seperti Khairy Jamaluddin dan barisan naib presiden yang ada saya percaya akan mampu menjelmakan idea dan pendekatan baru untuk menaikkan lagi martabat bola sepak negara," katanya.

SUMBER::www.bharian.com.my

10 kelab liga perdana inggeris paling banyak jaringan dan dibolosi gol.

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

10 kelab Paling banyak jaringan gol

1.man utd-1163
2.arsenal-1001
3.liverpool-944
4.chelsea-931
5.newcastle-818
6.tottenham-791
7.aston villa-729
8.everton-722
9.blackburn-717
10.leeds-641

10 kelab yang paling banyak dibolosi

1.tottenham-809
2.everton-790
3.southampton-735
4.aston villa-687
newcastle-671
5.west ham-659
6.middlebrough-652
7.blackburn-618
8.chelsea-589
9.liverpool-585
10.leeds-573

Kedudukan liga super

Team P W D L GF GA PT
KEDAH531112610
TERENGGANU531110410
SELANGOR53119810
JOHOR FC5230749
PERLIS4211837
NEGERI4211337
PDRM5203946
PERAK4202336
PAHANG4202476
DPMM FC5122655
SARAWAK51046163
MyTEAM4022482
PENANG5023382

Keputusan kelayakan piala dunia

Perlis sekat hajat Hijau Kuning

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

SKRIP final Piala FA musim 2006-07 tidak berulang di Stadium Darulaman, Alor Star cuma kali ini sang juara menjadi milik Perlis lantas muncul pemenang Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menerusi sepakan penalti 5-4 selepas keputusan terikat seri tanpa jaringan malam tadi. Redzuan Othman menjadi penjaring gol kemenangan buat Perlis ketika penentuan sepakan penalti sebelum ketua pasukan lawan, Victor Andrag gagal dengan penalti terakhir yang melambung melepasi pintu gol bagi membolehkan anak buah Abdul Rahman Ibrahim mempertahankan trofi itu.
Sedozen peluang keemasan dicipta skuad kendalian Azraai Khor Abdullah, yang berbangga dengan tiga trofi musim lalu, gagal memberikan mereka tiga mata berharga sebagai bekal semangat mengharungi permulaan kempen Liga Super musim 2007-08. Babak pertama menyaksikan usaha Kedah mencari kelebihan awal sambil menepati statusnya sebagai juara tiga piala musim lalu menerusi sepakan percuma pada minit ke-10, bagaimanapun cubaan barisan depan skuad Kenari tampak tidak menjadi dan dapat diselamatkan pertahanan Perlis. Pada minit ke-20, penyerang sensasi Kedah, Marlon Alex James mula mencuba penjaga gol Perlis, Yusof Ishak namun cubaan lemahnya berjaya didakap kemas sebelum seorang lagi pemain import, Nelson Sam Martin menyepak liar di atas palang gol seminit selepas itu.

Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-26 apabila menerusi satu gerakan cantik, barisan penyerang Kedah diketuai James berjaya melepasi benteng lawan namun lorongan kepada Badrol Baktiar di sebelah kanan gawang lawan gagal dimanfaatkan apabila sepakan kaki kiri penyerang itu berjaya ditepis Yusof sebelum terkena palang dan keluar. Selepas mendapat semangat tambahan, Kedah yang menewaskan Perlis pada final Piala FA semakin mengasak jirannya di utara itu menerusi beberapa lagi cubaan bahaya melalui Sam Martin dan James tetapi masih menemui jalan buntu menghasilkan jaringan. Permulaan babak kedua seolah-olah mengulangi rentetan babak terdahulu apabila episod serangan skuad Kenari kembali bermula dengan Singa Utara hanya mampu menahan serangan bertali-arus dari segenap sudut. Badrol sekali lagi harus menyalahkan diri sendiri apabila dua percubaannya pada minit ke-52 dan 60 masih gagal menemui gawang walaupun hanya penjaga gol perlu ditewaskan selepas menggelecek beberapa pertahanan.

James turut memiliki peluang mendapatkan gol pertama pasukannya yang dimulakan menerusi gerakan cantik satu dua antara Zairul Fitree dan Fauzi Shaari pada minit ke-57 cuma rembatan derasnya dari jarak kira-kira dua meter di pintu gawang meliar keluar. Berbaki dua minit sebelum tamat, James sekali lagi mencipta peluang terbaik dengan larian kencang sambil menggelecek dua pertahanan lawan tetapi badi jaringan masih menghantuinya dengan menyepak liar ke kanan gol sebelum pengadil R Krishnan meniup wisel penamat bagi membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dan sesi sepakan penalti.

SUMBER::www.bharian.com.my

keputusan liga super dan piala sumbangsih

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

11/18/20071KEDAH 0 (4)


PERLIS 0 (5)

11/18/20072PULAU PINANG 0


PAHANG 2
Mohamad Kamal Rodiarjat Mohd Ali 18th, Rosdi Talib 79th, pen

11/18/20073SARAWAK 1
Jose Luis Vieira 38th


PDRM 4
Hilary Echesa 30th, 82nd, Ahmad Latiff Khamarudin 57th, Mohd Fadli Kassim 70th

11/18/20074JOHOR FC 2
Walter Silva Ariel 55th, 90th


TERENGGANU 1
Fabian Flor 3rd

11/18/20075NEGERI SEMBILAN NAZA 0


SELANGOR 2
P. Gunalan 50th, Mohd Amri Yahyah 65th

11/18/20076PERAK 2
Khalid Jamlus 4th, 89th


DPMM FC 0

Kedah, Perlis jadi tumpuan

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

KANCAH bola sepak Liga Malaysia musim 2007-2008 disingkap tirainya bermula dengan enam pertemuan Liga Super dengan fokus terarah kepada perlawanan di Alor Star membabitkan juara tiga trofi, Kedah menentang musuh tradisi, Perlis, malam ini. Pertembungan dua gergasi dari Utara itu menyaksikan misi turun dengan dua matlamat – pertama mengutip mata penuh dalam saingan Liga Super musim baru dan ketika sama merasai nikmat menjulang Piala Sultan Ahmad Shah dalam Perlawanan Sumbangsih. Pertemuan di Stadium Darulaman juga mampu memaparkan hala tuju anak buah pengendali Azraai Khor Abdullah yang boleh berbangga dengan penguasaan dalam tiga kejuaraan musim lalu – Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Sejauh mana pasukan Hijau Kuning mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan hasil tenaga pemain muda selain kekuatan pemain import terutamanya penyerang sensasi Marlon Alex James bakal terjawab, malam ini sekalipun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan mereka. Ketika Liga Super hanya dilangsungkan dua perlawanan malam ini dan Rabu sebelum dihentikan hampir sebulan kerana temasya Sukan Sea Korat, dan sepak mula Liga Perdana hanya pada 17 Disember depan, banyak persoalan mampu dilontarkan ketika ia menjadi ujian buat pemimpin terbaru dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dengan Setiausaha Agung baru, Datuk Azzuddin Ahmad, Timbalan Presiden baru Khairy Jamaluddin, empat Naib Presiden baru serta Penolong Setiausaha Agung baru, Saifuddin Abu Bakar, ramai yang akan memerhatikan perjalanan Liga-M yang mampu melambangkan keupayaan anggota serba baru itu. Namun, belum pun liga bermula, sudah ada tanda-tanda betapa akan wujudnya masalah dengan perebutan pemain antara skuad bola sepak negeri dengan pasukan Bawah 19 Tahun kebangsaan di bawah kendalian K Rajagopal yang akan beraksi julung kali dalam Liga Perdana musim ini. Niat untuk memasukkan B-19 dalam kancah liga tempatan memang murni untuk memberikan mereka pendedahan sekalipun pembabitan skuad Olimpik 2000 dalam liga tempatan sebelum ini tidak mendatangkan hasil yang dimahukan. Terpulang kepada kebijaksanaan FAM dalam menangani masalah perebutan pemain yang difahamkan berlakunya pendaftaran bertindih oleh pasukan negeri dan B-19 antaranya yang ketara penyerang muda Perak, Ahmad Fakri Saarani. Ketika FAM musim ini memastikan pembabitan seorang pemain berusia B-21 dalam 90 minit, ia mungkin mampu memberikan Ahmad Fakri peluang terbaik beraksi di kalangan pasukan terbaik dalam liga utama berbanding di liga bawahan. Dan harapan besar juga diletakkan di bahu Datuk Che Mat Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, supaya tidak berlaku banyak perubahan jadual dan gelanggang perlawanan seperti yang berlaku setiap musim sejak lima enam tahun lalu. Ia bakal menjadi penilai kepada keberkesanan pemilihan anggota jawatankuasa baru sesudah kegagalan jawatankuasa berkenaan sebelum ini mematuhi jadual yang mereka sendiri keluarkan. Tiada alasan remeh seharusnya dilayan jika mahu liga tempatan setaraf dengan liga-liga utama di rantau Asia. Selamat bertanding!

SUMBER::www.bharian.com.my

Maldives aibkan skuad B-23

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

JIKA Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin menyatakan minggu lalu bahawa pasukan Bawah 23 Tahun negara belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi temasya Sukan Sea XXIV Korat bulan depan, jelas ada kebenarannya pendapat beliau itu. Apa tidaknya, semalam skuad negara mencatat keputusan mengaibkan apabila kecundang 0-1 kepada Maldives - pasukan yang berada di ranking ke-174 dunia - pada perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Tanpa ketua jurulatih, B Sathianathan yang mengintip kekuatan Vietnam di Hanoi, pasukan negara dikendalikan penolongnya, Zaki Sheikh Ahmad yang nyata agak terkilan apabila ditanya apakah pelajaran berguna diraih daripada perlawanan itu.

"Ini bukannya masa untuk belajar lagi. Bagi saya, ini adalah masa untuk membuktikan apa yang dipelajari sebelum ini digunakan sepenuhnya. Sayangnya mereka tidak menggunakan peluang yang dicipta manakala lawan menggunakan peluang mereka sebaik mungkin. "Kami menguasai perlawanan tetapi mereka tidak boleh menjaringkan gol," kata Zaki. Selepas separuh masa terikat tanpa jaringan, Maldives memecah kebuntuan dua minit babak kedua berlangsung menerusi tandukan ketua pasukan Assad Abdul Ghani hasil sepakan sudut menewaskan penjaga gol Malaysia, Syed Adney Syed Hussein.
Berita lebih buruk buat skuad Sathia, mereka yang dijadualkan bertemu pasukan Olimpik Botswana dan B-23 Indonesia minggu depan dalam persiapan terakhir sebelum ke Korat, hanya boleh bermain menentang B-23 Indonesia sesudah Botswana menarik diri kerana menghadapi masalah dengan ejen mereka. Perlawanan dengan Botswana sepatutnya dilangsungkan Rabu depan manakala dengan B-23 Indonesia pada 26 November. "Tanpa Botswana, ini tidak bagus bagi persiapan skuad ini. Kami sudah terlepas dua perlawanan persahabatan kompetitif dan ia memang tidak bagus buat pasukan," kata Zaki selepas sebelum ini pasukan kebangsaan Yemen turut gagal hadir bagi perlawanan persahabatan Rabu lalu.

SUMBER::www.bharian.com.my

keputusan kelayakan EURO 2008

Rahman mahu musnah `imej besar’ Kedah

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

MUSIM baru Liga Malaysia akan bermula dengan penuh cabaran buat Perlis apabila bertemu jiran, Kedah yang membawa imej besar selaku juara tiga piala utama musim lalu pada perlawanan pembuka tirai Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah, malam esok. Apapun, anak-anak buah Abd Rahman Ibrahim jelas sudah bersedia memadam semua kenangan musim lalu terutama tewas penentuan sepakan penalti kepada Kedah dalam perebutan Piala FA. Bagi Abdul Rahman, anak-anak buahnya akan bertandang ke Stadium Darulaman dengan misi untuk mempertahankan Piala Sumbangsih dan membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan sulung kempen Liga Super musim ini.

“Musim ini tak boleh nak ramal, tahun lalu lain, tahun ini lain,” katanya mengenai peluang Perlis musim ini. Jelasnya, ramai tidak menyedari Liga Super musim ini akan menampilkan dua pasukan baru iaitu Polis dan UPB-MyTeam yang disifatkannya mampu mendatangkan cabaran buat pasukan lain. “UPB-MyTeam dan Polis adalah pasukan baru yang berbelanja besar, kita tidak boleh memandang rendah mereka, Selangor juga sudah mengambil tiga pemain import baru. “Banyak pasukan lain mengambil tiga pemain import dan mereka semakin kuat. Jika dulu hanya ada Perlis, Kedah, Perak dan Terengganu yang kuat, kini tidak lagi,” katanya. Pengurus pasukan, Datuk Ismail Kassim, berkata skuad Perlis kini sedang dalam proses mendapatkan seorang lagi pemain import tengah selepas mengekalkan Phillimon Chipeta dan Kabwe Kamuzati. “Kita sudah ada pemain sayap iaitu Badrul Azam Zamree dan K Soley, di tengah kita ada Yusri (Che Lah) serta Kabwe dan jika boleh kami mahukan seorang lagi,” katanya yang menegaskan sasaran awal Perlis ialah kelompok tiga teratas Liga Super musim ini.

SUMBER::www.bharian.com.my