Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Norhafiz mahu B-23 bangkit dari kesilapan

klik infobolasepak.blogspot.com

KAPTEN skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah mengakui perbezaan tahap permainan antarabangsa peringkat senior dan bawah 23 tahun (B-23), mungkin dirasai sesetengah pemain B-23 kebangsaan dalam skuad kebangsaan.
Walaupun memuji komitmen pemain B-23, Norhafiz berharap mereka akan cepat belajar daripada kesilapan yang menyebabkan dua gol awal dibolosi ketika tewas 4-1 kepada Bahrain, pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia pada 21 Oktober lalu.
Pemain sayap kanan, Amirulhadi Zainal dan pemain tengah, Azi Shahril Azmi melakukan dua kesilapan yang membolehkan lawan menjaringkan dua gol awal dalam 15 minit pertama di Manama, dan Norhafiz mengakui dua gol itu melenturkan semangat pemain lain ketika itu.

"Memang terdapat perbezaan perlawanan antarabangsa peringkat B-23 dan senior. Dalam perlawanan peringkat senior, rata-rata pemain lawan adalah lebih berpengalaman dan mereka pasti mengambil kesempatan jika kami melakukan kesilapan. "Saingannya juga jauh lebih kompetitif, dan saya harap semua pemain tidak kehilangan fokus pada perlawanan kedua. Jika itu dapat dilakukan, tidak mustahil kemenangan mampu dicatat di Shah Alam. "Tetapi saya tetap merasakan kami mempunyai barisan pemain B-23 yang mantap, dan saya yakin mereka pasti akan belajar daripada kesilapan untuk memberikan aksi terbaik di depan penyokong sendiri Ahad ini," kata Norhafiz. Sama seperti jurulatih kebangsaan, B Sathianathan, Norhafiz tetap meletakkan sasaran untuk menang di Shah Alam, Ahad ini walaupun peluang untuk meneruskan kemaraan tampak sukar dengan defisit tiga gol yang berpihak kepada Bahrain. "Saya dan rakan-rakan tetap mahu menang, memang peluang meneruskan kemaraan kelihatan tipis tetapi kami tetap mahukan kemenangan bagi mengubati kekecewaan kalah besar pada perlawanan pertama. "Setiap pemain pasti tidak mahu mengulangi kesilapan sama pada perlawanan kedua kerana kemenangan adalah sasaran utama kami," kata Zamani. Zamani yang menjaringkan satu gol ketika pertemuan terakhir dengan Bahrain di bumi Malaysia yang berakhir dengan seri 2-2, pada pusingan kelayakan Piala Asia 2003, tidak menafikan keinginannya untuk mengulanginya Ahad ini namun, tumpuan utamanya sebagai pemain pertahanan ialah memastikan kubu tidak dibolosi.

SUMBER: www.bharian.com.my

0 komen anda: