Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Alex bersedia untuk menjadi milik chelsea.

pemain pertahanan brazil Alex telah bersedia untuk melengkapkan perpindahannya ke pasukan chelsea apabila permit kerjanya diluluskan tidak lama lagi. beliau dilihat telah hadir diengland untuk membincangkan perkara berkaitan kontrak dengan chelsea.

Reye milik Atletico Madrid?

Atletico Madrid telah melengkapkan perjanjian untuk memiliki pemain Arsenal jose antinio Reyes yang sekarang ini dipinjamkan ke Real Madrid. Reyes telah menyatakan ia tidak akan pulang untuk beraksi di arsenal telah ditawarkan 4 tahun kontrak bersama Atletico Madrid.

Reye milik Atletico Madrid?

Atletico Madrid telah melengkapkan perjanjian untuk memiliki pemain Arsenal jose antinio Reyes yang sekarang ini dipinjamkan ke Real Madrid. Reyes telah menyatakan ia tidak akan pulang untuk beraksi di arsenal telah ditawarkan 4 tahun kontrak bersama Atletico Madrid.

Sven inginkan pertahanan juve Giorgio Chiellini

Pengurus man city meneruskan pembelian pemain baru apabila akan membeli pemain jeventus yang berusia 22 tahun Giorgio Chiellini baru-baru ini. kelab yang dapat suntikan kewangan daripada bekas perdana menteri thailand itu sekarang tengah membina pasukan baru yang mantap untuk bersaing dan merebut takhta EPL musim ini. pengurus jeventus berkata terserah kepada Giorgio Chiellini untuk membuat keputusan samada untuk meninggalkan italy atau sebaliknya.

Beckham hanya mampu melihat LA galaxy tewas.

chivas berjaya menumpaskan pasukan yang semakin popular dengan kedatangan david beckham iaitu LA galaxy 2-1. Francisco Rodriguez dan Omar Bravo menjadi pemusnah apabila menjaringkan 2 gol. sementara itu david beckham hanya mampu melihat dari bangku simpanan sahaja apabila beliau tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Carragher: chelsea lebih kuat berbanding man utd

pemain pertahanan liverpool jammy carragher percaya chelsea akan memenangi semua takhta EPL musim. beliau berkata man utd perlu menumpaskan chelsea jika mahu mengekalakan kejuaraan musim 2007/2008. beliau berkata lagi, man utd adalah pasukan yang kembali hebat dan berharap carlos tevez tidak akan dapat bermain untuk man utd.

Iraq juara baru piala asia


Iraq melakarkan kejutan dengan menumpaskan arab saudi 1-0 sekaligus ditabalkan juara baru edisi 2007. walaupun keadaan di negara mereka masih lagi kucar-kacir, mereka berjaya membuktikan yang ianya tidak boleh dijadikan sebab untuk melakar kejayaan di dalam bola sepak. Younis Khalef menjaringkan gol kemenangan Iraq pada minit ke 71, jaringan itu kekal sehingga ke wisel penamat walaupun Arab Saudi meningkatkan serangan.

Blackburn Rovers berjaya ke piala UEFA


blacburn rover berjaya menewaskan FK Vetra 4-0 sekaligus melayakkan pasukan itu bermain dalam piala UEFA. Pengurus rovers Mark hughs juga berjaya melengkapkan perpindahan penyerang Bayern Munich iaitu Roque Santa Cruz. beliau percaya ravers akan memberi saingan yang kuat untuk merebut tahta EPL.

Terry akhirnya sambung kontrak bersama chelsea


John terry telah menyambung kontrak bersama chelsea selama 4 tahun, ketua pasukan england itu telah menandatangani kontrak pada jumaat lepas walaupun sebelum ini enggan menyambung kontraknya kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma di dalam kontrak tersebut. terry akan bermain untuk chelsea sehingga 2012.

Paul McShane sertai Sunderland

sunderland telah membeli pemain pertahanan ireland Paul McShane dengan nilai perpindahan 1.5 juta pound sterling. jumlah itu akan bertambah sekiranya sunderland kekal di dalam liga perdana inggeris musim depan.

Gol pertama henry bersama Barcelona...

perlawanan pertama Theiry henry bersama Barcelona menghadirkan kemenangan apabila henry menyumbat satu gol dan membantu barca menumpaskan dundee united dalam perlawanan persahabatan di scotland.

Perlawanan pertama beckham bersama LA Galaxy

Iraq, Arab Saudi hebat, Korea, jepun terkulai

Iraq menumpaskan korea selatan dengan sepakan penalti 4-3 selepas pasukan itu terikat 0-0 dalam 120 permainan. sementara itu juara bertahan dikecewakan oleh arab saudi dengan kemenangan tipis 3-2 di My Dinh National Stadium. gol-gol jepun dijaringkan oleh y.nakazawa dan y.abe. sementara gol arab saudi dijaringkan oleh y. al qahtani, m maaz (2 gol). Iraq akan bertemu dengan Arab saudi dalam perlawanan akhir pada hari ahad di stadium bung karno indonesia.

Bayern munich 4 werder bremen 1

perpindahan henry sebab saya menyertai west ham.

west ham united telah melengkapkan perpindahan kelima apabila mengumumkan freddi ljunberg pada sidang media semalam. pemain berusia 30 tahun itu berkata perpindahan thiery henry menyebabkan beliau berpindah ke west ham. pemain yang paling lama bermain untuk arsenal itu bermain sebanyak 325 perlawab dan menjaringkan 72 gol.

Asian Tour: Man utd 6 fc Shenzhen

Man utd meneruskan rentak kemenangan bergaya apabila menumpaskan kelab fc shenzhen china 6-0. pemain portugal yang baru dibeli iaitu nani menyumbang satu gol. gol-gol man utd dijaringkan oleh giggs, o'shea, nani, rooney, ronaldo dan chris eagle.

Paul Scholes tidak dapat diturunkan pada awal musim

pemain tengah man utd Paul Scholes tidak akan diturunkan pada perlawanan awal musim ini setelah disahkan cedera semasa perlawanan dengan kelab china. beliau akan direhatkan selama sebulan.

Freddie Ljungberg ke west ham?

West ham united mengumumkan Freddie Ljungberg adalah pemain kelima yang dibeli kelab itu. Freddie Ljungberg juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab itali fiorentina.

Fowler sertai cardiff

bekas penyerang england dan liverpool setuju dengan 2 tahun kontrak dengan pasukan cardiff. pemain berusia 32 tahun itu telah dilepaskan oleh liverpool penghujung tahun lepas. sebelum ini fowler telah menolak untuk meyertai kelab australia sydney fc setelah tidak bersetuju dengan beberapa perkara berkaitan dengan kontrak.

Iraq dan jepun mara australia dan vietnam tersingkir

iraq menumpaskan vietnam 2-0 hasil jaringan ketua pasukannya youness, kedua-dua gol tersebut hadir melalui sepakan percuma. manakala australia hanya mengigit jari selepas berusaha bersungguh-sungguh untuk menumbangkan gergasi asia iaitu jepun. australia tewas selepas 120 miinit permaainan melalui tendangan penalti 4-3.

Bernie Ecclestone beli arsenal?

Bernie Ecclestone menafikan akan membeli pegangan di dalam pasukan arsenal tetapi akan berbuat begitu jika ada tawaran dari arsenal.

Highlight Piala FA Malaysia

Heinze mungkin membawa kes ke mahkamah

agen Gabriel Heinze mungkin membawa kes perpindahan ke mahkamah apabila pasukan man utd tidak membenarkan pemain itu berpindah ke liverpool. beliau mendakwa pemain itu telah dinafikan haknya untuk berpindah kerana pengurus liverpool rafael benitez telah menyatakan akan membeli pemain tersebut.

sementara itu alex ferguson berkata beliau tidak akan menjual pemain-pemainnya kepada kelab ini chelsea, arsenal dan liverpool.

Perpindahan terbaru liga eropah

Heidar Helguson (>bolton - harga tidak dinyatakan)
DJ Campbell (Birmingham>Leicester - 2.1m pound sterling)
Ivan Helguera (Real Madrid>Valencia - harga tidak dinyatakan)
Gelson Fernandes (FC Sion>Manchester City - harga tidak dinyatakan)
Michael Chopra (Cardiff City>Sunderland - 5m pound sterling)
David Healy (Leeds United>Fulham - harga tidak dinyatakan)
Paul Konchesky (West Ham United>Fulham - harga tidak dinyatakan)

Asia Tour: Man 4 FC seoul 0

bintang man utd iaitu c.ronaldo dan w.rooney masing-masing menyumbang satu gol untuk menumpaskan kelab korea selatan fc seoul. dua lagi gol dijaringkan oleh p.evra dan c.eagle.
lebih 60000 tiket telah dijual di perlawanan tersebut.

Francesco Totti bersara

penyerang As Roma itu berkata beliau telah bersara daripada bola sepak antarabangsa. totti yang mempunyai 58 penampilan bersama itali dan menjaringkan 9 gol. beliau telah berehat selepas memenangi piala dunia pada tahun lalu dan membuat keputusan akan bersara pada tahun ini.

Birmingham sudah hampir mendapat khidmat mido

Birmingham sudah bersetuju dengan jumlah bayaran 6 juta pound sterling untuk penyerang mesir itu. Mido akan menjadi perpindahan ke 7 untuk pasukan the blues itu selepas kembali semula ke liga perdana inggeris pada musim 2007/2008.

Beckham tidak diturunkan dalam perlawanan menentang chelsea

Pengurus besar LA Galaxy Alexi Lalas tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan david beckham dalam perlawanan persahabatan menentang chelsea. beckham dikatakan tidak berapa cergas untuk turun beraksi walaupun telah berusaha untuk mencapai kecergasan seratus peratus dan membuat penampilan sulung bersama LA galaxy.

Peepindahan terbaru liga-liga eropah

Jerzy Dudek's dari Liverpool ke Real Madrid |harga tidak dinyatakan
Lee Cook dari QPR ke Fulham |2.5m
Gabriel Milito dari Real Zaragoza ke Barcelona |14m
Alou Diarra dari Lyon ke Girondins Bordeaux |7.75m

Robben masih milik chelsea

pengurus chelsea menegaskan Arjen robben masih lagi milik chelsea. robben dilaporkan telah bersetuju untuk berpindah ke sepanyol untuk menyertai kelab real madrid. pemain berusia 23 tahun itu terasa kedudukan terancam selepas chelsea membeli pemain perancis florent malouda.

Persahabatan: Man City menang besar

Rolando bianchi menyumbang satu gol untuk man city bagi penampilan sulungnya dalam pelawanan persahabatan menentang kelab sweden Orgryte. pemain itali itu dilaporkan bernilai 8.8 pound sterling sebagai yuran perpindahan ke kelab man city.

Man utd minta tolong FIFA

FIFA telah dipanggil untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perpindahan carlos tevez.
man utd dan west ham utd percayai hanya badan bola sepak dunia itu sahaj yang dapat menyelesaikan isu tersebut.

Iran, Uzbekistan ke suku akhir, Malaysia, China terkilan

Iran dan Uzbekistan menewaskan lawan masing-masing untuk mara ke saingan suku akhir piala asia. Iran menumpaskan Malaysia 2-0 sementara Uzbekistan menumpaskan china 3-0.



Persahabatan: Man Utd Seri dengan kelab jepun

Man utd memulakan jelajah asia dengan menentang kelab jepun urawa red diamonds. perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 2-2. gol Man Utd dijaringkan oleh Darren Fletcer dan Ronaldo.

Geovanni sertai Man City

Sven Goran Erikson telah membeli pemain ketiga sejak dilantik menjadi pengurus man city. pemain tersebut adalah bekas pemain barcelona dengan percuma. geovanni yang juga pemain brazil telah melepasi pemeriksaan perubatan di kompleks latihan carrington semal dan dijangka akan melengkapkan perpindahan tidak lama lagi.

Persahabatan: Liverpool 2-3 werder Bremen

Penampilan sulung Fernando Torres, Ryan Babel dan veronin masih lagi gagal untuk membawa kemenangan kepada Liverpool selepas pasukan itu kalah kepada Werder Bremen semalam. gol liverpool dijaringkan oleh veronin dan jon Arne riise.

Everton beli Vogel

Pemain antarabangsa swiss iaitu Johan Vogel dijangka akan melengkapkan perpindahan ke Everton secara percuma tidak lama lagi. sebelum bekas midfielder Ac Milan dan sekarang bermain bersama pasukan real betis.

West Ham Halang Tevez

Carlos Tevez telah dihalang menghadiri pemeriksaan perubatan dengan Man UTd. penyerang Argentina itu sepatutnya melakukan pemeriksaan perubatan penuh semalam tetapi tidak dapat berbuat begitu keranan tidak memperolehi kebenaran dari kelab tersebut.

Harewood menyertai Villa

Marlon harewood mengikuti Nigel Reo-Coker menyertai Aston Villa musim depan. Harewood, 27 telah dikaitkan dengan kelab perdana inggeris wigan, tetapi telah memutamatkan dengan menandatangan kontrak 3 tahun dengan Aston Villa.

Beckham tidak cergas

penampilan sulung David Beckham bersama dengan LA Galaxy mungkin tidak akan diturunkan kerana kaki kiri beliau mengalami kerosakan buku lali. Beckham hanya hadir pada separuh sesi latihan sahaja bersama LA Galaxy.

Man Utd - Chealsea - Barcelona

Australia, Jepun menang bergaya ke suku akhir

Australia menarik nafas lega selepas menewaskan Thailand 4-0 dan layak ke pusingan separuh akhir. Mark viduka dinobatkan wira mereka selepas menjaringkan dua gol. manakala jepun mengalahkan Vietnam 4-1 untuk mengikuti langkah Australia ke pusingan suku akhir.

Vietnam walaupun tewas masih lagi layak ke pusingan seterusnya.

kieran tinggalkan man utd

kieran richarson telah melengkapkan perpindannya ke kelab yang di kendalikan bekas ketua pasukan man utd iaitu Roy Keane dengan kontrak selama empat tahun.

yuran tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak. kieran akan memainkan peranan penting pada musim hadapan bersama Sunderland kerana beliau pernah mewakili england sebelum ini dan mendapat kepercayaan penuh dari pengurus sunderland itu.

Necastle utd diserbu polis

polis London telah menyerbu kelab liga perdana inggeris kerana mereka dipercayai telah tebabit dengan rasuah. Ia dilakukan susulan dakwaan yang dibuat oleh Lord steven yang menyatakan ada berlaku peneyelewengan di liga perdana inggeris

Brazil 3 Argentina 0

Brazil menpertahankan kejuaraan copa amerika apabila menewaskan argentina 3-0 hasil jaring julio baptista, ayala (gol sendiri) dan alves.

Khairi Jamaluddin juga letak jawatan

Khairi Jamaluddin telah memberi notis perletakan jawatan susulan perletakan jawatan tengku Abdullah. Khairi melakukan perkara tersebut berikutan rasa hormatnya kepada tengku Abdullah. jawatan beliau adalah ahli bebas FAM.

Tengku Abdullah letak jawatan

Susulan kekalahan kedua Malaysia kepada Uzbekistan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah meletak jawatan sebagai timbalan presiden FAM berkuatkuasa sertamerta. perkara tersebut telah menimbulkan perbualan hangat dikalangan peminat-peminat sukan ditanah air. adakah dengan peletakan jawatan tersebut pasukan malaysia akan ada perubahan didalam persembahan mereka?

Torres bersedia untuk penampilan pertama bersama liverpool

Fernando Torres akan membuat penampilan sulungnya dengan Liverpool esok. bekas penyerang atlatico madrid itu dijangka pulih dari kecederaan buku lali menjelang perlawanan pesahabatan dengan Werder Bremen.

benetez berkata, "Torres perlu membuat pemeriksaan sekali lagi bagi memastikan beliau betul-betul sembuh",

Tevez hadiri pemeriksaan perubatan di Man Utd..

Ketua eksekutif kelab Man Utd menyatakan mereka sudah hampir untuk memiliki pemain kebangsaan Argentina itu dengan anggaran bayaran 30 juta pound sterling. Carlos Tevez akan menghadiri pemeriksaan perubatan dalam minggu ini selepas pulang dari kejohanan copa America di venezuela dalam minggu ini juga.

Sebelum ini, pemain tersebut telah menimbulkan kontrovesi apabila kelabnya sekarang ini iaitu West Ham utd tidak mahu melepaskan pemain tersebut untuk dibeli oleh man utd walaupun tevez sudah bersetuju dengan pemindahan tersebut.

Pemindahan ini memang di nanti-nantikan oleh semua peminat Man Utd yang mana sekarang ini masih lagi kekurangan penyerang.