Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Wenger beri peluang remaja tunjuk taring

klik infobolasepak.blogspot.com

SHEFFIELD: Arsene Wenger akan memberikan peluang sekali lagi buat bintang muda Arsenal untuk menyinar dalam pertembungan Piala Liga di Sheffield United, hari ini.
Polisi Wenger yang sentiasa memberikan pemain kurang ternama untuk menyinar dalam kejohanan ini dan Wenger dijangka tidak akan mengubah polisinya itu bagi pertemuan pusingan keempat di Bramall Lane. Penjaga gol, Lukasz Fabianski, pertahanan, Justin Hoyte, pemain tengah, Alexandre Song dan Denilson serta penyerang, Nicklas Bendtner hampir pasti diturunkan menentang kelab Liga Championship itu.

Wenger mungkin memilih untuk menguatkan barisannya denganmemperkenalkan pemain berpengalaman yang jarang beraksi dalam kempen Liga Perdana, seperti pemain Brazil, Gilberto Silva dan penyerang Croatia, Eduardo. Bendtner, pemain antarabangsa Denmark, menjaringkan gol dalam kemenangan Arsenal ke atas Newcastle pada pusingan sebelumnya, kini tidak sabar untuk memperoleh satu lagi kesempatan mempersembahkan bakatnya kepada Wenger. Bendtner berkata: “Piala Liga adalah baik untuk pemain muda kerana kami dapat menunjukkan kepada pengurus apa yang mampu kami lakukan. “Saya boleh bermain dalam jadual perlawanan yang ketat di tempat luar kerana saya besar dan bertenaga tetapi saya lebih suka bermain dalam perlawanan liga. “Terdapat semangat setia kawan yang tinggi di sini dan semangat berpasukan juga bagus: kami menghormati antara satu sama lain dan ia adalah satu sebab mengapa kami beraksi dengan baik musim ini. “Setakat ini, kesemuanya berjalan lancar. Sebagai penyerang, anda sentiasa mahu bermain sekerap mungkin, tetapi makin lama musim berjalan, anda berharap untuk bermain dengan lebih kerap. “Saya akan terus menunjukkan kepada pengurus apa yang saya mampu lakukan. Sukar untuk mendapatkan rentak apabila anda terkeluar daripada pasukan. “Saya sentiasa mahu menjadi sebahagian daripada aksi tetapi apabila anda muda, anda perlu menunggu peluang anda. “Saya melakukan yang terbaik apabila masuk dari bangku simpanan, tetapi kerana kami sudah memenangi banyak perlawanan, pasukan ini tidak banyak berubah.” – AFP

SUMBER:: www.bharian.com.my

0 komen anda: