Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Kafa jamin tiada lagi masalah gaji

klik infobolasepak.blogspot.com

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Annuar Musa, berazam mengikis imej skuad Kelantan sebagai pasukan yang sering dilabel bermasalah, khususnya membabitkan kewangan.
Beliau yang baru menjawat kerusi panas itu tidak sampai seminggu, memberi jaminan Kafa di bawah kendaliannya, akan ditadbir secara profesional dengan pemain tidak lagi akan dibelenggu masalah tunggakan gaji.
"Pengurusan bola sepak Kelantan umpama satu mimpi ngeri dan saya kini sudah pun berada di dalamnya. Tidak seperti persatuan negeri lain, Kafa langsung tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri.
"Tetapi, saya mengambil tugas ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Kita sedang mengusahakan sumber kewangan melalui beberapa syarikat yang sudah menyatakan komitmen untuk membantu bagi mengatasi masalah itu," katanya.
Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, menegaskan pengurusan Kafa tidak akan dipengaruhi unsur politik, sebaliknya setiap pegawai diarah menumpukan terhadap pembangunan sukan itu tanpa dipengaruhi pengaruh luar yang boleh menjejaskan pasukan.
"Hasrat saya ialah mewujudkan pasukan negeri yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum atau fahaman politik. Malah, kita juga akan melantik Ahli Majlis di kalangan Exco Kerajaan Negeri," katanya.

SUMBER: www.bharian.com.my

0 komen anda: