Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Gambar menarik



















keputusan perlawanan liga-liga eropah 26-9-07

Keputusan perlawanan carling cup 26-9-07

Jadual perlawanan liga-liga eropah

Keputusan perlawanan carling cup 25-9-2007

jadual perlawanan Carling cup 26-9-07

saya tidak akan jadi pengurus chelsea:: Sven



Sven goran eriksson menafikan akan mengambil alih tugas yang telah ditinggalkan oleh jose mourinho untuk menguruskan pasukan chelsea. perkara itu timbul selepas chelsea masih mencari-cari pengurus baru yang boleh membimbing chelsea untuk merangkul piala liga juara-juara eropah musim 2007/2008. pada perlawanan pertama selepas pemergian mourinho pasuka chelsea telah ditewaskan oleh musuh tradisi sejak 3 musim lalu iaitu man utd 2 gol tanpa balas.

Video gol man utd vs chelsea

Wenger diberi 70 juta pound sterling untuk menguatkan barisan arsenal


klik infobolasepak.blogspot.com

Sebanyak 70 juta Pound sterling telah diperuntukkan arsene wenger untuk memantapkan pasukan arsenal supaya menjadi kelab yang paling berjaya di eropah. ia adalah hasil yang agak memberansangkan apabila berpindah ke stadium baru iaitu stadium emirate. hasil kutipan tiket yang telah meningkat sebanyak 50% itu membantu pihak pengurusan arsenal untuk memberikan peruntukkan yang begitu besar kepada arsenal untuk membeli pemain baru.

Keputusan perlawanan liga-liga eropah

Gambar menarik















keputusan perlawanan bola sepak eropah 22-9-2007

Pengurus chelsea, mourinho kena pecat


klik infobolasepak.blogspot.com
Chelsea memberitahu bahawa jose mourinho akan meninggalkan pasukan itu. perkara tersebut telah dipersetujui pada mesyuarat jawatakuasa chelsea yang diketuai oleh roman abrahamovic semasa pelancaran dokumentari the blue revolution. jose dilihat mengelak daripada bercakap dengan media walaupun bertubi kali disoal oleh wartawan. mourinho dipercayai telah memberitahu kepada pemain-pemain seniornya tentang pemergiannya semalam dan salah seorang dari pemain tersebut berkata pemergian jose itu buka sukarela tetapi telah dipecat. ia adalah saat yang getir bagi chelsea apabila menentang man utd ahad ini tanpa pengurus yang berkaliber itu. jose telah berjaya memperolehi beberapa piala bersama chelsea dan membawa kelab itu memenangi gelaran juara liga perdana inggeris buat kali pertama sejak 50 tahun pada 2004. pemecatan beliau ini mungkin ada kaitan dengan prestasi yang kurang memberangsangkan pada perlawanan liga juara-juara eropah pada rabu lalu apabila hanya mampu seri 1-1 dengan kelab kurang ternama rosenberg. kita ucapkan sayonara dan selamat berjaya kepada jose mourinho.

keputusan perlawanan liga juara-juara eropah 19-9-2007

UEFA top 10 gol



Rooney akan diturunkan



awal pagi esok akan menyaksikan ronaldo dan nani akan kembali semula ke portugal untuk menentang pasukan lama mereka. ronaldo berkata beliau tidak akan melupakan kelab yang menjadikan beliau seorang bintang beberapa tahun lalu, dimana sporting lisbon menentang man utd didalam perlawanan persahabatan. dan pada perlawanan itulah yang membuatkan alex ferguson mengenalinya.

Wayne rooney dijangka akan diturunkan pada perlawanan tersebut selepas sebulan mengalami kecederaan pada kakinya. jika rooney diturunkan awal pagi nanti, ia adalah kali pertama rooney akan digandingkan dengan carlos tevez. mereka akan menentukan samada mereka adalah penyerang paling digeruni musim ini, mari kita sama-sama saksikan awal pagi nanti.

Lampard dan drogba tidak diturunkan pada perlawanan menetang man utd



Chelsea akan menghadapi krisis pemain yang teruk apabila frank lampard dan didier drogba masih lagi cedera dan dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan paling penting menentang man utd 23 septempber ini. mourinho mengakui kekurangan gol pada perlawanan sebelum ini adalah disebabkan kecederaan beberapa pemain penting. tetapi beliau menegaskan perkara itu tidak akan dibiarkan pada perlawanan seterusnya.
awal pagi tadi chelsea telah diselamatkan oleh penyerang ukraine andriy shevchenko apabila pemain itu menyama kedudukan untuk mengikat Rosenborg 1-1.

keputusan perlawanan liga juara-juara eropah (18-9-2007)

Champions League 07/08 Preview !!!

5 buah kelab telah didenda kerana masalah penonton



UEFA telah mendenda 5 buah kelab kerana masalah penonton yang semakin menjadi-jadi pada perlawanan kelayakan liga juara-juara eropah yang lalu. kelab belgium antara yang didenda paling tinggi iaitu kelab Anderlecht sebanyak 20,000 Swiss francs, kelab turki Fenerbahce dikenakan 8,000 Swiss francs, Lazio dan Romania's Dinamo Bucharest masing-masing didenda 12,000 and 9,000 Swiss francs dan Belgrade sebanyak 10,000 Swiss.

Perlawanan liga juara-juara eropah akan bermula pada awal pagi rabu ini dengan perlawanan yang menarik seperti porto menentang liverpool dan sporting lisbon menentang man utd awal pagi khamis nanti.

Jadual perlawanan liga juara-juara eropah



Selasa (18-9-2007)Semua perlawanan berlangsung pada 2.45 waktu malaysia

Kump. A
FC Porto v Liverpool
Marseille v Besiktas

Kump. B
Chelsea v Rosenborg
Schalke 04 v Valencia

Kump. C
Olympiakos v Lazio
Real Madrid v Werder Bremen

Kump. D
AC Milan v Benfica
Shakhtar Donetsk v Celtic

Rabu (19-9-2007)

Kump. E
Barcelona v Lyon
Rangers v VfB Stuttgart

Kump. F
Roma v Dynamo Kiev
Sporting Lisbon v Man Utd

Kump. G
Fenerbahce v Inter Milan
PSV Eindhoven v CSKA Moscow

Kump. H
Arsenal v FC Sevilla
Slavia Prague v Steaua Bucuresti

Juventus tewas 1-0 kepada Udinese



Selepas naik ke Division 1 Serie A italy, juvestus masih lagi tidak menemui rentak yang sebenar apabila tewas kepada Udinese 1-0. walaupun mengusai perlawanan dan menurunkan pasukan terkuatnya seperti Gianluigi Buffon, Pavel Nedved, Alessandro Del Piero dan David Trezeguet tetapi juvestus masih gagal untuk merobek gawang Udinese. gol Udinese Dijaringkan oleh Antonio Di Natale pada minit ke 47.

Keputusaan perlawanan liga-liga eropah 17 sept 2007



Liga perdana inggeris

Man City 1 - 0 Aston Villa

La liga sepanyol

Deportivo La Coruña 1 - 0 Real Betis
Espanyol 1 - 0 Getafe
Mallorca 0 - 1 Villarreal
Murcia 1 - 1 Atlético Madrid
Osasuna 0 - 0 Barcelona
FC Sevilla 4 - 1 Recreativo Huelva
Racing Santander 1 - 0 Levante

Liga Serie A Italy

Fiorentina 2 - 2 Atalanta
Napoli 2 - 0 Sampdoria
Genoa 1 - 1 Livorno
Palermo 1 - 1 Torino
Reggina 0 - 2 Roma
Inter Milan 2 - 0 Catania Calcio
Parma 1 - 1 Cagliari
Juventus 0 - 1 Udinese

Gambar menarik sekitar kelayakan euro 2008
















klik infobolasepak.blogspot.com
sumber::www.soccernet.com

Arsenal menang, chelsea dan liverpool seri



Arsenal bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk memenangi perlawanan menentang t.hotspur dan merampas takhta liga daripada liverpool dengan 13 mata. gol hotspur dijaringkan oleh G Bale, sementara gol arsenal dijaringkan oleh E Adebayor (2 gol) dan F Fabregas.

Chelsea dan liverpool hanya mampu seri dengan lawan masing-masing. liverpool bernasib baik apabila sepakan penalti kanu berjaya dikeluarkan dan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan. chelsea yang bermain di tempat sendiri mempamerkan persembahan yang agak memberangsangkan tetapi Brad Friedel kebal dipintu golnya dengan mennyelamatkan 13 percubaan dari chelsea. keputusan tersebut menyaksikan liverpool turun ditangga kedua dan chelsea kekal ditangga keempat liga perdana inggeris.

giliran n.vidic menjaringkan gol untuk man utd



Man utd mencapai kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan everton malam tadi. ini adalah kemenangan ketiga man utd dengan jaringan 1-0, dimana sebelum ini man utd menewaskan sunderland dan tottenham dengan jumlah jaringan yang sama. everton yang berjaya menahan semua serangan daripada united akhirnya tewas apabila sepakan penjuru yang diambil oleh luis nani berjaya ditanduk masuk oleh nemanja vidic pada minit ke 83. Alex ferguson perlu mencari formula baru untuk merobek gawang pihak lawan untuk perlawanan seterusnya. kini man utd hanya bergantung kepada penyerang muda argentina iaitu carlos tevez mengemudi barisan serangan. kemenangan tersebut man utd menduduki tangga ketiga liga dibelakang arsenal dan liverpool dengan 11 mata.

Real madrid meneruskan rentak kemenangan



Pasukan real madrid memperolehi kemenangan yang ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Almeria awal pagi tadi. Almeria yang bermain dengan hanya sepuluh orang selepas A crusat dibuang padang pada minit ke 63, gagal memberi saingan kepada real tetapi masih mampu menjaringkan gol menerusi K Uche pada minit ke 73. W Sneijder terus menjadi hero real madrid dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke 69, sementara gol pertama dijaringkan oleh J Saviola pada minit ke 37. gol ketiga real hadir pada penghujung permainan dan dijaringkan oleh G Higuaín pada minit ke 88. dengan kemenangan itu real madrid terus meduduki tangga teratas liga sepanyol dengan 9 mata.