Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Sathia kekal B-23 untuk masa depan

klik infobolasepak.blogspot.com

BIARPUN gagal melepasi pusingan awal kelayakan bola sepak Piala Dunia, jurulatih B Sathianathan tetap mahu mengekalkan barisan pemain dalam skuad kebangsaan untuk tempoh panjang bagi menghasilkan pasukan yang lebih mantap.
Selepas sekadar seri 0-0 dengan Bahrain pada perlawanan kedua di Shah Alam kelmarin, menyaksikan negara teluk itu meneruskan kemaraan dengan agregat 4-1, Sathianathan mengakui pembentukan skuad kebangsaan yang mantap harus bermula sekarang.
kebangsaan itu mengambil contoh Bahrain, yang mengekalkan sebahagian besar pemainnya sejak 2001, dan kini sudah kelihatan menuai hasil membanggakan.

“Kami harus mengekalkan barisan pemain bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) dalam skuad kebangsaan kini, bagi membolehkan mereka matang bersama sebagai satu pasukan. “Lihat saja Bahrain, mereka mengekalkan sebahagian besar pemain ketika saya menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan pada 2001. Pendekatan itu membolehkan mereka mencapai peningkatan di peringkat antarabangsa dan hampir melayakkan diri ke Piala Dunia 2006. “Kami mempunyai barisan pemain B-23 yang baik, mereka mempunyai semangat juang tinggi dan sentiasa mahu meningkatkan permainan,” kata Sathianathan. Namun, Sathianathan mengakui kelemahan utama yang menyebabkan skuad kebangsaan tewas di tangan Bahrain adalah kerana kadang-kala pemain terlalu terikut emosi mereka ketika beraksi. “Pemain seharusnya fokus terhadap perlawanan, dan tidak terikut emosi mereka selain daripada membuat kesilapan yang memberi tekanan kepada diri sendiri. “Apa pun, pemain B-23 dalam skuad kebangsaan mempunyai masa depan cerah dan mereka juga mempunyai semangat juang tinggi di atas padang. Bukan mudah untuk mana-mana pasukan B-23 negara Asean mengikat skuad senior Bahrain. “Kerana itu, saya berharap pemain B-23 dalam skuad kebangsaan terus mempamerkan peningkatan dan dikekalkan sehingga tempoh lima tahun walaupun jika saya tidak lagi melatih skuad kebangsaan,” kata Sathianathan. Tamatnya kempen kelayakan Piala Dunia skuad kebangsaan, bererti Sathianathan kini kembali memberi tumpuan terhadap skuad B-23 kebangsaan untuk ke Sukan Sea Korat Disember ini. Bekas pemain Negeri Sembilan itu dijangka memanggil beberapa pemain B-23 yang lain untuk menguatkan barisan negara ke Sukan Sea, dalam misi menamatkan kemarau pingat emas selama 18 tahun.

SUMBER:: www.bharian.com.my

0 komen anda: