Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Sejarah bola sepak Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia merupakan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan ianya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Malaysia tidak pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA, walaupun pasukan tersebut layak untuk bermain di Olimpik 1980 di Moscow. Bagaimanapun, Malaysia tidak mengambil bahagian selepas menyertai boikot yang diketuai oleh Amerika Syarikat disebabkan oleh pembabitan Kesatuan Soviet di dalam pencerobohan ke atas Afghanistan.

Penampilan Olimpik pertama bagi Malaysia adalah dalam tahun 1972 di Munich. Manakala menghadapai kekalahan pada tuan rumah Jerman Barat dan Maghribi, Malaysia dapat menewaskan USA 3-0. Tahun-tahun terbaik bagi bolasepak Malaysia adalah dari awal 70-an hingga ke awal 80-an, zaman di mana Malaysia dan Korea Selatan adalah dua musuh utama di Asia Timur.

Bagaimanapun, di waktu Korean seterusnya meningkat untuk bertanding dengan beberapa kejayaan pada pentas dunia, aras kompetitif Malaysia telah menurun. Dengan bolasepak Malaysia tidak dapat mendominasi walaupun pada aras Asia Tenggara, peminat bolasepak tempatan juga, disebalik pembentukan Liga Super Malaysia dalam tahun 2004, perlahan-lahan memusingkan minat mereka ke liga-liga luar negara di Eropah.

Kedudukan pasukan kebangsaan Malaysia di ranking FIFA jatuh kepada kedudukan paling rendah iaitu 153 dalam bulan Oktober 2006.

Sumber:: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia

interview bersama beckham dan victoria

Skuad B23 rampas emas di sukan sea korat


kejayaan skuad bawah 23 tahun negara terus mendapat kepercayaan untuk meneruskan perjuangan bagi pasukan bola sepak malaysia pada sukan sea akan datang di korat, thailand. ini dibuktikan dengan keyakinan yang diberikan oleh menteri belia dan sukan apabila beliau menimbangkan akan memberi pasukan bola sepak di dalam kategori A untuk ke kejohanan sukan sea di korat nanti. mana-mana persatuan sukan yang di bawah kategori A segala perbelanjaan akan ditanggung kementerian belia dan sukan. sementara itu Datuk azlina juga mencabar pasukan bawah 23 tahun malaysia agar merampas kembali pingat emas di dalam acara bola sepak di korat nanti. ia susulan pasukan itu telah menamatkan penantian selama 14 tahun negara untuk menjulang piala pesta bola merdeka dan ia terbukti pada kejoahanan kali ke 39 ini.

Gambar menarik ketika raikan jaringan gol










Jadual perlawanan Serie A Italy 1dan 2 september 2007

Jadual perlawanan Serie A Italy

Sabtu, September 1, 2007
TIMEHOME AWAYVENUE
19:30 UK Empoli v Inter Milan Stadio Carlo Castellani

Ahad, September 2, 2007
TIMEHOME AWAYVENUE
14:00 UK Atalanta v Parma Stadio Azzurri D`Italia
14:00 UK Cagliari v Juventus Stadio San Elia
14:00 UK Catania Calcio v Genoa Stadio Angelo Massimino
14:00 UK Livorno v Palermo Armando Picchi
14:00 UK Roma v Siena Stadio Olimpico
14:00 UK Torino v Reggina Stadio Olimpico Grande Torino
14:00 UK Udinese v Napoli Stadio Friuli
19:30 UK Sampdoria v Lazio Comunale Luigi Ferraris

Isnin, September 3, 2007
TIMEHOME AWAYVENUE
17:00 UK AC Milan v Fiorentina Stadio Giuseppe Meazza

Jadual perlawanan Liga perdana inggeris/EPL 1dan 2 september 2007

Jadual perlawanan Liga perdana inggeris/EPL

Sabtu, September 1, 2007
TIMEHOME AWAYVENUE
15:00 UK Bolton v Everton Reebok Stadium
15:00 UK Fulham v Tottenham Craven Cottage
15:00 UK Liverpool v Derby Anfield
15:00 UK Middlesbrough v Birmingham The Riverside Stadium
15:00 UK Newcastle v Wigan St James' Park
15:00 UK Reading v West Ham Madejski Stadium
17:15 UK Man Utd v Sunderland Old Trafford

Ahad, September 2, 2007
TIMEHOME AWAYVENUE
13:30 UK Arsenal v Portsmouth Emirates Stadium
15:00 UK Blackburn v Man City Ewood Park
16:00 UK Aston Villa v Chelsea Villa Park

Jadual perlawanan La liga sepanyol 1dan 2 september 2007

Jadual perlawanan La liga sepanyol

Sabtu, September 1, 2007
TIMEHOME
AWAYVENUE
21:00 UK Levante v Murcia Ciudad de Valencia
21:00 UK Real Zaragoza v Racing Santander Estadio La Romareda

Ahad, September 2, 2007
TIMEHOME
AWAYVENUE
18:00 UK Almeria v Valencia Estadio Mediterraneo
18:00 UK Atlético Madrid v Mallorca Vicente Calderon
18:00 UK Barcelona v Athletic Bilbao Estadio Camp Nou
18:00 UK Getafe v Recreativo Huelva Coliseum Alfonso Perez
18:00 UK Real Betis v Espanyol Estadio Manuel Ruiz de Lopera
18:00 UK Valladolid v Deportivo La Coruña Estadio Nuevo José Zorrilla
20:00 UK Villarreal v Real Madrid Estadio El Madrigal

Real sudah bersedia untuk berjumpa Villarreal


Selepas memulakan musim dengan kemenangan pertama menentang Atletico madrid minggu lepas, real madrid sudah bersedia untuk meneruskan rentak kemenangan apabila menentang Villarreal hujung minggu ini. ini adalah ujian bagi pengurus baru real madrid Bernd Schuster yang telah mencorak pasukan baru untuk mengungguli kejuaraan liga tempatan dan eropah musim 2007/2008.

Gelagat pengurus kelab epl






Undian champion league (liga juara-juara eropah)

Man utd dan chelsea dipertemukan semula dengan pasukan yang sama pada musim lepas. man utd diletakkan bersama-sama dengan A.s roma dimana pada tahun lepas man utd membelasah pasukan itu dengan jaringan 7-1. sementara chelsea pula diletakkan di dalam kumpulan yang sama dengan pasukan valencia dimana pada pusingan suku akhir chelsea tewas kepada pasukan itu. ini merupakan sesi balas dendam untuk kedua-dua pasukan. sila lihat dibawah untuk keputusan penuh undian liga juara-juara eropah::

Group A

Liverpool - Eng
Porto - Por
Besiktas - Tur
Marseille - Fra

Group B

Chelsea - Eng
Valencia - Spa
Schalke - Ger
Rosenborg - Nor

Group C

Real Madrid - Spa
Werder Bremen - Ger
Lazio - Ita
Olympiakos - Gre

Group D

AC Milan - Ita
Benfica - Por
Celtic - Sco
Shakhtar Donetsk - Ukr

Group E

Barcelona - Spa
Lyon - Fra
Stuttgart - Ger
Rangers - Sco

Group F

Manchester United - Eng
Roma - Ita
Sporting Lisbon - Por
Dynamo Kiev - Ukr

Group G

Inter Milan - Ita
PSV Eindhoven - Hol
CSKA Moscow - Rus
Fenerbahce - Tur

Group H

Arsenal - Eng
Sevilla or AEK Athens* - Spa/Gre
Steaua Bucharest - Rom
Slavia Prague - Cze

Gambar pasukan malaysia pada pesta bola merdeka 2007




Malaysia juara pesta bola merdeka 2007

berita gembira kepada peminat-peminat bola sepak malaysia kerana pasukan kita berjaya menewaskan myanmar denga jaringan 3-1. malaysia memulakan rentak permainan dengan pantas dengan mencuba penjaga myanmar tetapi gol hanya hadir pada pertengahan separuh masa pertama hasil jaringan pemain kembar aidil zaquan. separuh masa kedua malaysia semakin garang apabila menjaringkan gol kedua hasil jaringan sendiri pemain myanmar. dan gol ketiga hadir melalui pemain yang menyumbat 2 gol ketika malaysia menewaskan singapura iaitu shafee sali. namun sedikit kelekaan di barisan pertahanan malaysia apabila myanmar dapat menjaringkan satu gol saguhati. namun pemain malaysia terus bertahan untuk keputusan muktamad malaysia 3 myamar 1. ini adalah kemenangan ke sebelas malaysia daripada 39 kejoahanan pesta bola merdeka. kita mengaharapkan pemain malaysia meneruskan rentak permaianan seperti hari ini untuk terus menerajui bola sepak asia satu hari nanti.

Antonio Puerta mati dipadang

ribuan peminat bola sepak bertakafur seketika khususnya peminat-pemiant sevilla khas untuk pemainnya yang berusia 22 tahun yang meninggal dunia ketika bermain untuk pasukan itu 3 hari lepas menentang getafe. beliau dikatakan mendapat serangan jantung dan seterusnya meninggal dunia dipadang. peminat-peminat sevilla berkata "puerta adalah kawan dan selamanya bersama sevilla". ahli keluarganya berkata akan mengkebumikan mayatnya ditempat kelahiran iaitu bandar san fernando. lebih menyedihkan ialah teman wanita puerta akan melahirkan anak pada bulan oktober ini tidak dapat menatap wajah ayahnya. puerta bukan pemain sevilla pertama yang mati ditengah padang, sebelum penyerang sevilla Pedro Berruezo mengalami nasib yang sama apabila mati ditengah padang pada tahun 1973 perlawanan antara sevilla menentang Pontevedra.

Akhirnya malaysia ke akhir pesta bola merdeka


hari ini merupakan detik yang ditunggu oleh peminat bola sepak malaysia apabila pasukan malaysia akan melayani kunjungan pasukan myammar dalam perlawanan akhir pesta bola merdeka. perlawanan tersebut akan berlangsung pada pukul 8.45 malam dan marilah kita ramai-ramai memeriahkan stadium MBPJ dengan sorakan malaysia boleh.

perlawanan separuh akhir yang lalu malaysia menewaskan singapura 3-1 hasil jaringan cantik khairil muhaimin dan dua gol lagi dijaringkan oleh penyerang yang sedang meningkat prestasinya iaitu shafee. manakala myanmar menewaskan zimbabwe 3-1.

man utd 1 hotspur 0 nani hero united


Luis nani menjadi hero man united apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan antara man utd vs tottenham hotspurs yang berkesudahan man utd menang 1-0. rembatan dari jarak 25 meter yang dilakukan oleh nani berjaya menewaskan paul robinson. kemenangan ini memberikan sedikit kelegaan kepada pengurus pasukan man utd alex ferguson dimana beliau agak resah pada permulaan musim ini apabila man utd melalui tiga perlawanan awal tanpa sebarang kemenangan. pada perlawanan itu masing-masing mencipta peluang untuk menjaringkan gol tetapi keputusan memihak kepada man utd.

Keputusan EPL/liga perdana inggeris 24 ogos 2007



sunderland 0 liverpool 2 (m.sissoko 37, veronin 87)
chelsea 1 portmouths 0 (f.Lampard 31)
arsenal 1 man city 0 (c.fabregas 80)
derby 1 birmigham 2 (derby:: m.oakley 51, bir:: c.jerome 1, 63)
aston villa 2 fulham 1 (vil:: z.knight (gs) 51, s.maloney 90, ful:: c.dempsey 6)
west ham 1 wigan 1 (west:: L.bowyer 81, wig:: P Scharner 78)
bolton 3 reading 0 (G Speed 32, N Anelka 55, D Braaten 90)

Liverpool 2 Sunderland 0


Liverpool berjaya menewaskan pasukan yang dikendalikan bekas pemain man utd iaitu roy keane dua gol tanpa balas. gol-gol dijaringkan ole sissoko dan pemain yang baru dibeli oleh liverpool andriy veronin. pengurus liverpool rafa benitez berkata kemenangan ini adalah permulaan bagi kebangkitan liverpool untuk merampas piala liga perdana inggeris daripada man utd.

Malaysia ke separuh akhir, belasah Lesotho 4-0


Malaysia berjaya menumpaskan pasukan dari benua afrika selatan iaitu leshoto 4-0 untuk meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir pesta bola merdeka. pasukan bawah 23 tahun itu yang dikendalikan oleh b.sthianathan memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan dengan membuat serangan awal hasil percubaan farhan. gol malaysia hadir pada penghujung separuh masa pertama apabila tandukan shukor adan menerjah ke jaring pasukan leshoto. separuh masa kedua malaysia menambah 3 lagi gol hasil jaringan zaquan, khyril dan nurshahrul.

England 1 germany 2 :: salah robinson?






nampaknya pasukan englang terus mencari-cari rentak kemenangan untuk layak ke euro tahun hadapan. pada perlawanan mala tadi england telah ditewaskan oleh german yang rata-rata pemainnya adalah tidak berpengalaman jika dibandingkan dengan england. frank lampard membuka jaringan untuk england mendahului 1-0. ini adalah gol pertama lampard dalam masa 12 bulan. kevin kuranyi menjadi penyelamat german apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 26 dan gol kemenangan dijaringkan oleh pander pada mint ke 40. kekalahan ini menambahkan tekanan terhadap pengurus englang iaitu steve mcleren yang menjadi kritikan oleh pihak media.


klik disini untuk lain2 keputusan
http://soccernet.espn.go.com/report?id=218937&cc=4716

chelsea bersetuju dengan bayaran balletti






chelsea telah bersetuju dengan jumlah bayaran yang diminta oleh barcelona utuk mendapatkan pemain bek kanan javier balletti. sebelum ini chelsea telah dikaitkan dengan pembelian pemain Sevilla Daniel Alves untuk memantapkan posisi kanan yang sekarang ini masih lagi tidak menemui pengganti yang sesuai selepas geremi berpindah ke newcastle united. sementara itu perpindahan arjen robben ke real madrid akan memjadi kenyataan apabila real madrid telah bersetuju dengan bayaran yang di minta oleh chelsea.

Malaysia kalah lagi.....






myanmar berjaya menewaskan malaysia 2-1 dan mencerahkan peluang untuk beraksi di separuh akhir di kejohanan pesta bola merdeka yang berlangsung semalam. dengan kekalahan tersebut manjadikan skuad negara mengahadapi laluan yang sukar untuk mara ke saingan separuh akhir. sebelum ini skuad negara berjaya menewaskan laos 2-0 dan itu memberikan sedikit harapan keppada penyokong setia malaysia untuk melihat skuad negara merampas semula piala pesta bola merdeka daripada myanmar pada tahun ini.

Ajax amterdams belasah pendatang baru De graafschap 8-1






Ajax amterdams memulakan liga belanda denga kemenangan bergaya apabila menewaskan kelab De graafschap yang baru naik ke liga utama belanda. Klaas-Jan Huntelaar menjadi hero ajax apabila menjaringkan empat daripada lapan gol ajax. lain-lain penjaring ialah Luis Suarez, Hedwiges Maduro (2gol) dan Kennedy Bakircioglu.

man utd kalah kepada man city, apa sudah jadi?





permulaan musim yang paling buruk bagi pasukan man utd yang dikendalikan oleh alex ferguson. sebentar tadi pasukan man utd tewas 1-0 kepada seteru setempat man city yang juga kekalahan pertama man utd musim ini selepas hanya seri pada dua perlawanan sebelum ini. geovanni menjadi pemusnah apabila rembatan dari luar kotak penalti berjaya menewaskan edwin van der sar dan boa menuju ke penjuru sebelah kanan. kekalahan ini amat mengecewakan peminat-peminat man utd seluruh dunia. mereka mengharapkan dengan kehadiran tiga pemain abru yang dikira bintang akan membawa man utd terus mengungguli liga perdana inggeris.

gambar-gambar menarik epl 2007/2008



























Wigan di takhta liga perdana inggeris/epl







wigan melonjak ke tangga teratas liga perdana inggeris apabila pasukan itu berjaya menewaskan pasukan yang dikendalikan oleh roy keane iaitu sunderlad. ini adalah permulaan musim yang agak baik bagi pasukan wigan untuk berada di takhta liga walaupun mungkin hanya seketika apabila perlawanan yang melibatkan chelsea bertemu dengan liverpool dan pertemuan setempat man city dengan man utd akan berlangsung esok (ahad). jika chelsea atau man city berjaya menewaskan lawan masing-masing wigan akan turun beberapa kedudukan. gol-gol wigan dijaringkan oleh e.heskey, d.landzat dan a. sibierski.

untuk kedudukan terkini sila rujuk bahagian sebelah kanan laman info bola sepak ini.

EPL:: keputusan perlawanan liga perdana inggeris (sabtu 18-6-07)







18 ogos 2007 (sabtu)

Portmouth 3-1 bolton
Tottenham 4-0 Derby
Newcastle 0-0 Aston villa
Birmigham 0-1 West Ham
Fulham 1-2 middlebrough
Wigan 3-0 Sunderland

ferguson:: jangan panik






Pengurus man utd Alex Ferguson berkata pada sidang media semalam supaya para peminatnya jangan panik dengan dua perlawanan permulaan musim ini yang masing-masing seri dengan reading dan portmouth. beliau berkata kepada anak buahnya ia adalah keputusan yang baik dan tidak perlu rasa panik. pada ahad ini man utd akan bertemu dengan saingan setempat iaitu man vity yang dijangka akan memberikan saingan yang sengit dimana man city sekarang ini masih mengekalkan rekod seratus peratus pada permulaan musim ini.

gol pertama beckham bersama LA Galaxy





Jadual perlawanan liga-liga eropah sabtu 18 ogos 2007





Jadual perlawanan liga-liga eropah sabtu 18 ogos 2007

gol-gol menarik EPL sepanjang zaman








Beckham kagum dengan Donovan








Beckham kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Donovan pada perlawanan LA galaxy menentang Dc united baru-baru ini. pada perlawanan itu donovan menyerahkan balutan kapten kepada beckham apabila beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua. dalam perlawanan itu beckham menyumbangkan gol pertamanya menerusi kepakaran sepakan percumanya dan membantu donovan menjaringkan satu gol dan menumpaskan DC united 2-0.

EPL:: west ham berjaya mendapatkan Kieron Dyer









akhirnya Kieron Dyer telah bersetuju untuk bermain dengan west ham pada musim ini. sebelum ini berita tersebut telah digembar-gemburkan oleh media tetapi tiada kata putus dari kedua-dua pihak, hanya semalam ia memastikan perpindahannya ke west ham. beliau berkata antara sebab beliau berpindah adalah untuk lebih dekat dengan ahli keluarganya. jumlah perpindahan tersebut bernilai diantara 6 hingga 8 juta pound sterling.

EPL:: keputusan perlawanan liga perdana inggeris







16 ogos 2007

birmigham 2-2 sunderland
portmouths 1-1 man utd
reading 1-2 chelsea
fulham 2-1 bolton
man city 1-0 derby
wigan 1-0 middlebrough

champions league:: Liverpool sebelah kaki untuk layak ke UCL








Liverpool berjaya menewaskan kelab dari perancis Toulouse 1-0 sekaligus mencerahkan peluang untuk beraksi di UEFA champios league musim 2007/2008. gol liverpool dijaringkan oleh pemain yang baru dibeli oleh rafa benitez iaitu Andriy Voronin. ini adalah perlawanan pusingan kelayakan pertama untuk melayakkan ke UCL nanti.

cyc:: a.c.milan, man utd, juventus dan flamengo mara ke separuh akhir champion youth cup di malaysia






A.C Milan, Man Utd, Flamengo, dan Juventus berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan champion youth cup di malaysia. juventus menewaskan inter milan dengan jaringan 2-0, man utd menewaskan barcelona 1-0, a.c milan menewaskan bayern munich 2-0 dan flamengo menewaskan psv eindhoven 1-0. peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada hari jumaat nanti. Man utd akan bertemu dengan kelab brazil flamengo dan dua kelab italy bertemu sesama sendiri iaitu juventus dab a.c milan. penjaring terbanyak kejohanan champion youth cup di malaysia

EPL:: everton merampas takhta liga perdana inggeris






everton meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan totenham hotpurs 3-1 awal pagi tadi waktu malaysia. walaupun pengurus pasukan spurs itu menurunkan penyerangnya yang berjumlah 40 juta pound ia masih tidak mamadai untuk menjaringkan gol. gol everton dijaringkan oleh leon osman, j. lescott, a. stubbs. manakala gol spurs dijaringkan oleh a gardner. ini kekalahan kedua spurs musim ini dimana pada perlawanan pertama sabtu lalu mereka tewas 1-0 kepada sunderland.

Man utd:: rooney direhatkan 2 bulan






man utd telah melaporkan rooney tidak dapat bermain selama 2 bulan susulan kecederaan terbaru di bahagian kaki kiri semasa perlawan pembuka tirai menentang reading ahad lalu. rooney juga dijangka tidak dapat bermain untuk pasukan england apabila pasukan itu menentang german di dalam kelayakan euro 2008.
<

CYC: malaysia, chelsea tersingkir


pasukan bawah 19 tahun malaysia masih gagal untuk menyaingi pemain-pemain eropah apabila tewas kepada pasukan muda PSV eindhoven 2 tanpa balas. chelsea mengikut jejak langkah malaysia apabila hanya mampu seri denga bayern munich. kekalahan malaysia ini jangan di jadikan batu penghalang buat pemain-pemain muda kita mencari pengalaman dan seterusnya dapat bersaing denga pemain eropah pada masa akan datang.

Manchester 0 reading 0 :: mengecewakan?


manchester gagal untuk memungut mata pebuh apabila gagal menafaatkan banyak peluang terhidang dan kekurangan pasukan reading dalam perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan. ini permulaan musim yang agak mengecewakan peminat setia manchester united, namun ia tidak mematahkan semangat alex ferguson dan anak buahnya untuk teruskan perjuangan. reading yang bermain secara bertahan sejak dari minit pertama lagi telah berjaya mencuri satu mata di old trafford malam tadi. walaupun tiga pertukaran dilakukan oleh ferguson termasuk memasukan luis nani ia tidak membuah hasil yang memberansangkan dan gagal untuk menjaringkan gol. ketika ini man utd ketinggalan 2 mata di belakang pesaing terdekat mereka iaitu chelsea, arsenal, liverpool.

keputusan liga perdana inggeris/EPL



Ahad 12 ogos 2007

Arsenal 2-1 Fulham
Chelsea 3-2 Birmigham
Man utd 0-0 Reading

Sabtu 11 ogos 2007
Sunderland 1-0 tottenham
bolton 1-3 newcastle
derby 2-2 portmouths
everton 2-1 wigan
middlebrough 1-2 blackburn
west ham 0-2 man city
klik disini untuk melihat keputusan liga-liga seluruh eropah dan dunia

sunderland 1 totenham hotspur 0 :: keajaiban keano



sunderland membuktikan mereka layak untuk berada sama taraf dengan pasukan-pasukan lain di english premier league apabila berjaya menumpaskan totenham hotspur 1-0. gol sunderland hadir di minit akhir perlawanan selepas pemain yang baru dipikat keano iaitu michel chopra masuk pada separuh masa kedua dan berjaya mengelirukan penjaga gol totenham dan merembat kencang menuju ke pintu gol.
dengan kemenangan itu meyakinkan lagi pengurus baru yang juga bekas pemain man utd roy keane.

EPL bermula hari ini



liga perdana inggeris membuka tirai 2007/2008 hari ini, perlawanan yang dijangka menarik dengan penampilan pemain-pemain yang baru dibeli oleh pengurus kelab masing-masing. antara pemain yang paling mandapat perhatian ialah penyerang baru liverpool iaitu fernando torres yang merupakan pemain paling mahal dibeli oleh liverpool. antara pemain baru dibeli yang akan diturunkan malam ini ialah geremi, mark viduka (newcastle united), torres (liverpool), c.gordon (sunderland) dll.

dengan penampilan pemain-pemain bertaraf dunia beraksi di liga perdana inggeris akan menjadi lebih menarik.

persahabatan: glentoran V man utd


jadual dan keputusan kejohanan champion youth cup malaysia

klik di sini untuk melihat jadual dan keputusan kejohanan champion youth cup malaysia 2007

Gordon pecahkan rekod perpindahan kelab british

perpindahan Craig Gordon dari kelab scontland ke kelab british sunderland kendalian bekas pemain man utd memecah rekod penjaga gol paling mahal dibeli oleh kelab-kelab british. perpidahan itu juga memecah rekod kelab sunderland apabila membeli tore andre flo berjumlah 6.75 juta pound sterling.

Highlight perlawanan man utd vs chelsea



gambar-gambar menarik pada perlawanan piala perisai komuniti man utd vs chelsea









john terry tidak diturunkan kerana cedera

kejutan berlaku di dalam barisan utama pasukan kendalian jose mourinho apabila beliau tidak menurunkan john terry ketika perlawanan perisai komunity menentang man utd. john terry dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian lutut dan dijangka berehat selama 1 bulan. jika terry betuk-betul mengalami kecederaan tersebut kapten england itu tidak akan diturunkan apabila england bertemu pasukan german akhir bulan ini.

Man utd memulakan musim 2007/2008 dengan kemenangan manis


Edwin van der sar menjadi hero man utd apabila menepis 3 sepakan penalti pemain chelsea iaitu lampard, pizarro, right-philips untuk merangkul juara piala perisai EPL sebentar tadi. waktu sebenar 90 minit kedua-dua pasukan seri 1-1 hasil jaringan ryan giggs pada minit ke 35 dan disamakan kedudukan oleh pemain chelsea florent malouda sebelum tamat separuh masa pertama. separu masa kedua pasukan chelsea membuat pertukaran pertama memasukkan cloudio pizarro. namun keputusan tidak memihak kepada chelsea apabila pizarro gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, sementara pemain man utd tidak mengalami masalah untuk memasukkan bola ke gawang. keputusan muktamad man utd menang dengan sepakan penalti 3-0

Real tawar 27 juta untuk ballack dan robben

real madrid menawarkan 27 juta pound sterling untuk mendapatkan pemain chelsea michael ballack dan arjen robben. sebelum ini real madrid dikaitkan dengan perpindahan robben sahaja, tetapi dengan tawaran yang baru ini (dengan ballack) ia agak mengejutkan banyak pihak.

tevez sah milik man utd

carlos tevez akhirnya menjadi milik man utd selepas west ham utd bersetuju untuk menerima pampasan berjumlah 2 juta pound sterling untuk melepaskan pemain itu ke man utd, sementara itu tevez dilihat sudah mula berlatih dengan juara EPL musim lalu itu. dengan wayne rooney dan carlos tevez di barisan hadapan pasukan man utd menjadikan mereka penyerang yang paling digeruni pada musim ini.

pemain yang keluar dan masuk ke kelab man utd, arsenal, chelsea, liverpool.

Manchester united
masuk: owen hargreaves (17j), nani (16j), anderson (13j)
keluar: kieran richardson (5.5j)

Chelsea
masuk: Florent Malouda (13.5j), steve sidwell (percuma), claudio pizarro (percuma).
keluar: geremi (percuma), nuno morais (percuma), yves ma kalambay (percuma), khalid boulahrouz (pinjaman), michael mancienne (pinjaman), jimmy smith (pinjaman).

Liverpool
masuk: fernando torres (26.5j), ryan babel (11.5j), david amoo (150K), andriy voronin (percuma), ryan crowther (tidak dinyatakan.
keluar: craig bellamy (7.5), djibril cisse (6j), luis garcia (3.3j), boudeijn zenden (percuma), jerzy dudek (percuma), robbie fowler (percuma),adam hammill,godwin anti (pinjaman).

Arsenal
masuk: eduardo da silva (7.5j), bacary sagna (6j), havard nordveit (2j), lukasz fabianski (tidak dinyatakan).
keluar: thiery henry (16j), freddie ljunberg (3.5j), jeremie aliadiere (2j), arturo lupoli (percuma), mart poom (percuma), matthew connoly (pinjaman).




budak ajaib sertai manchester united

Rhain davis telah menyertai akademi manchester united apabila datuknya menghantar dvd ke kelab man utd.

Dyer boleh pergi ke west ham united

Kieron Dyer di benarkan untuk berbincang dengan pasukan west ham united mengenai perpindahan beliau ke kelab tersebut. walaupun nilai perpindahan tidak dinyatakan sam alydice percaya nilai tersebut dalam lingkungan 4 juta pound.

Kevin-Prince Boateng sertai Tottenham

Kevin-Prince Boateng menyatakan ia adalah mimpi menjadi kenyataan apabila kerana perpindahannya ke Tottenham. bayaran perpidahan itu dilaporkan bernilai 5.4 juta pound sterling.

Man Utd jual Rossi

Vilareal telah mencapai persetujuan dengan manchester united untuk mendapatkan penyerang muda italy Giuseppe Rossi selama 6 tahun. pihak vilareal juga berkata rossi akan melakukan pemeriksaan perubatan hari ini untuk melengkapkan perpindahan tersebut. pihak media melaporkan bayaran peprindahan rossi itu bernilai 10 juta euro.