Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Skuad B-19 tekad buru tiket Piala Belia Asia

klik infobolasepak.blogspot.com

PERSIAPAN skuad bawah 19 tahun negara bukanlah yang terbaik tetapi kehadiran mereka ke Liuzhou, China bulan depan tidak sekadar mencukupkan bilangan ketika anak buah K Rajagopal mengintai peluang menjadi antara dua pasukan terbaik pada pusingan kelayakan.
Tuan rumah China, Korea Utara, Singapura dan Macau menjadi pencabar dalam Kumpulan F dengan sekurang-kurangnya tiga kemenangan daripada empat sudah pasti memberikan mereka tiket ke pusingan akhir Piala Belia Asia B-20 di Arab Saudi tahun depan.
“Agak sukar untuk membandingkan skuad terkini dengan skuad terdahulu tetapi skuad sebelum ini memiliki masa yang lebih dalam rangka persiapan dan mereka bermain lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa berbanding skuad sekarang yang hanya dibentuk tahun ini.

“Namun apa yang pasti kami tidak akan pergi ke China hanya untuk mencukupkan bilangan pasukan pada pusingan kelayakan cuma kita perlu realistik di mana letaknya kita apabila dibandingkan dengan pasukan lain dalam kumpulan ini,” kata Rajagopal semalam. Rajagopal sebelum ini mengemudi skuad negara ke pusingan akhir Piala Belia Asia B-20 di Bangalore, India tahun lalu, dan kempen kali ini adalah kali ketiga berturut-turut buatnya selepas kali pertama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pusingan akhir pada 2004. Bagaimanapun, dua kekalahan dalam perlawanan persahabatan menentang MyTeam (0-1) dan Pahang (0-2) baru-baru ini memberikan peluang buat Rajagopal untuk melihat tahap skuad sedia ada selain memperbaiki setiap kelemahan.

SUMBER:: www.bharian.com.my

0 komen anda: