Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

GGL kena bayar balik kepada KBS: Ismail Sabri

'Berdasarkan kontrak, kita hanya bantu mereka dapatkan pengiktirafan'

KEYAKINAN disuarakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) betapa mereka berada pada pihak yang ‘menang’ dalam isu Kejohanan Piala Juara-Juara Belia (CYC) dan mampu mendapatkan semula wang yang dilaburkan. Bersenjatakan kontrak yang mensyaratkan promoter kejohanan, Gifted Group Limited (GGL) perlu mendapatkan pengiktirafan supaya kejohanan itu dapat dianjurkan, Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri Yaakob (gambar), berkata KBS bukan pihak yang perlu dipersalahkan. “Isunya di sini adalah pengiktirafan. Berdasarkan kontrak, kita hanya akan membantu mereka mendapatkan pengiktirafan itu tetapi bagaimana KBS membantu jika mereka tidak memohon pengiktirafan berkenaan daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). “Mungkin kita dapat balik wang yang sudah diberikan kerana KBS bukan pihak yang membatalkan kejohanan ini kecuali dalam menyatakan kejohanan tidak boleh dianjurkan andai CYC tidak dapat pengiktirafan,” katanya selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Putrajaya semalam. Isnin lalu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, tidak berganjak dengan pendirian tidak mengiktiraf CYC kerana mendakwa GGL membelakangkan badan induk sukan bola sepak itu sejak kejohanan berkenaan dilangsungkan tahun lalu.
Keputusan itu menimbulkan persoalan apakah kejohanan itu yang menyaksikan KBS melabur RM 17 juta setahun menerusi kontrak tiga tahun, berdepan situasi sukar dan mungkin terpaksa menghadapi tindakan perundangan promoter kejohanan. KBS dikatakan sudah membayar RM8 juta kepada GGL untuk penganjuran kejohanan itu tahun ini, dan masih mempunyai baki RM9 juta yang belum dilunaskan. Ismail Sabri berkata, KBS juga sudah mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Pejabat Peguam Negara bagi membincangkan perkara itu selain meminta Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd Yasin Salleh, bertemu Pengerusi GGL, Jonathan Price. “Kita mengatur pertemuan dengan GGL pada Selasa depan bagi mendengar penjelasan ekoran dakwaan menyatakan mereka sudah mendapat pengiktirafan Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk menganjurkan kejohanan ini.
“Bagaimanapun, peraturan mensyaratkan, mana-mana kejohanan bola sepak di negara ini perlu mendapatkan pengiktirafan FAM sebelum Fifa boleh memberikan kelulusan mengenainya. “Tanpa pengiktirafan FAM, kejohanan ini tidak boleh diadakan dan pemain serta pasukan yang bertanding tidak akan menyertai kejohanan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh Fifa kerana beraksi dalam kejohanan yang tidak diiktiraf,” katanya. http://www.bharian.com.my



VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Torres kekal bersama Liverpool

Fernando Torres menegaskan beliau tidak akan pergi kemana-mana kelab walaupun ditawarkan bayaran yang lumayan dan akan bersara bersama dengan pasukan itu. Sebelum ini berminat untuk mendapatkan pemain itu dengan yuran perpindahan sebanyak 50 pound sterling kerana penyerang utama mereka iaitu drogba dijangkan akan berhijrah ke AC Milan

EURO 2008 di Info Bola Sepak

Sempena Kejohanan EURO 2008, infobolasepak.blogspot.com akan memberikan berita terkini semua yang berlaku di austria dan swiss pada 7 jun 2008.

Iklan Royal Marines Commando Britain Kutuk Melayu??


Bangkitlah Melayu!!! Bangun Dari Tidur Anda!!! Kini Seluruh Dunia Mempersendakan Kita!!!


Chelsea sudah tiada pengurus

Diberitakan pengurus italy akan menjadi pengurus baru chelsea selepas pengurus yang membawa chelsea tanpa sebarang piala musim ini. roberto mancini mungkin akan kita temui apabila melawat malaysia kelak.
VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Alex Ferguson Akan bersara


Alex Ferguson mengaku beliau akan bersara dalam masa tiga tahun dari sekarang dan meninggalkan man utd dengan rekod yang gemilang. Beliau berkata akan susah untuk menentu tarikh buat masa ini selepas membimbing kelab tersebut merangkul piala liga juara-juara eropah. beliau juga berkata akan bersara tidak lebih 3 tahun yang diberita oleh media dibritain.
VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Ramalan Anda benar...... Man Utd juara


Ini adalah undian anda sebelum perlawanan akhir liga juara-juara eropah 2008 yang lalu

VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Apa Sebenarnya Masalah dengan FAM, KBS dan Gifted Group?

Ini pendapat saya mengenai masalah yang menimpa kejohanan yang agak menarik juga untuk dibincangkan disini iaitu kejohanan CYC. kejohanan itu disertai oleh pemain remaja bagi kelab-kelab ternama dieropah seperti AC Milan, Man Utd, Chelsea dan lain-lain. namun Mungkin terhalang jika FAM tidak membenarkannya berlangsung di Malaysia. Antara pendapat saya kenapa perkara itu mendapat tentangan dari pihak Fam ialah:...... perbincangan selanjutnya


Detik paling teruja buat penyokong Man utd

Detik yang mencemaskan

Ramai yang sanggup berjaga sehingga ke 6 pagi untuk melihat siapa yang mejulang piala liga juara-juara eropah. sekadar untuk ulang tanyang diharap anda terhibur menonton sepakan penalti diantara Man Utd vs Chelsea




VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Berita dari Soccernet

759 Kali bermain untuk United Giggs Pecah Rekod Chalton

Penonton yang berada di Luzhniki Stadium menjadi saksi kepada penampilan yang ke 759 Ryan Giggs bersama Manchester United memecahkan rekod yang dicipta oleh Sir Bobby Chalton pada April 1973. Apa yang lebih membanggakan Ryan Giggs perlawanan terkahir Sir Bobby Chalton pada tahun tersebut juga melibatkan pertemuan dengan pasukan Chelsea.




Highlight Man Utd vs Chelsea

Lagi Chelsea Tewas, Man Utd Menang Lagi

Perlawanan yang sungguh mendebarkan kepada semua peminat kedua-dua pasukan, melihat permainan yang agak perlahan rentak dengan tidak banyak percubaan yang dilakukan oleh pasukan Man utd dan Chelsea. Kesebelasan kedua-dua pasukan nmapaknya seimbang cuma pengalaman menghadapi tekanan memihak kepada united. gol pertama united dijaringkan oleh winger sensasi mereka iaitu Ronaldo menerusi tandukkan cantik mengelirukan petr cech. wes brown membuat hantaran cantik tersebut hasil permainan satu dua bersama scholes. Namun pada minit ke 45, penhujung babak pertama Chelsea menyamakan kedudukan hasil jaringan f.Lampard selepas bola terkena dua pemain untied hasil rembatan m.Essien. Chelsea juga bernasib malang apabila 2 percubaan mereka terkena palang. separuh masa kedua kedudukan tidak berubah dan permainan berlarutan ke masa tambahan dan masih tidak beruh Man Utd 1 chelsea 1. penghujung babak tambahan masa kedua ferguson memasukkan ryan giggs dan anderson sementara chelsea memasukan beletti daan kolou untuk mengambil sepakan penalti.
Sepakan penalti juga mendebarkan apabila ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penaltinya. chelsea yang diambang kemenangan jika sepakan terry menerjah jaring, tetapi perkara tersebut tidak menjadi kenyataan. Hasilnya sepakan Anelka ditampan kemas oleh penjaga gol Man Utd Edwin Van Der Sar utuk mengesahkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah Musim 2007/2008.
VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Penentuan Siapa Hebat? Pasukan Mana yang Anda Pilih

Awal pagi esok menjadi penentu samada Man utd atau Chelsea kelab yang paling hebat di eropah musim ini. Man utd yang tengah berada di dalam keriangan selepas menjuarai liga perdana inggeris pasti akan berusaha keras untuk menjadi kejuaraan kedua mereka musim ini. dengan kesemua pemain bebas dari kecederaan pastinya tiada masalah berdepan dengan pemain chelsea. bagi pasukan chelsea pula mereka sedikit risau apabila ashley cole diberitakan cedera semasa latihan.
VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Man Utd Hampiri Kejuaraan Liga Perdana Inggeris

Man Utd berada dilaluan yang betul untuk mengekalkan kejuaraan liga perdana inggeris musim ini. sebentar tadi man utd telah membelasah West ham 4-1 terima kasih kepada ketajaman C.Ronaldo yang menyumbang 2 gol, tevez 1 dan carrik 1. manakala gol west ha dijaringkan oleh Dean Ashton hasil sepakan gunting. dengan kemenangan itu man utd menambah lagi 3 mata menjadikan 84 mata dan perbezaan gol 56. chelsea perlu memenangi perlawanan menentang newcastle isnin ini jika ingin menjuarai liga perdana inggeris. Lihat Highligt Perlawanan Man utd vs West ham di Link dibawah:

VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Ronaldo terima satu lagi Award

cPemain Sayap Manchester United C.Ronaldo menerima satu lagi Award, Footballer of the Year by the Football Writers' Association. sebelum ini Ronaldo telah dinobatkan dengan award Professional Footballers' Association Player of the Year membuktikan beliau adalah pilihan wartawan-wartawan menewaskan Fernando Torres dan David James.

VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

Chelsea 3-2 Liverpool Highlights