Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Sapian kembali sarung jersi Melaka

klik infobolasepak.blogspot.com

BEKAS penyerang Terengganu dan Sarawak, Sapian Wahid kembali menyarung jersi pasukan Melaka selepas berkelana sejak beberapa tahun lalu untuk mencurah kudrat bersama negeri kelahirannya. Bekas penyerang kebangsaan dan juga PKNS itu, kini diuji jurulatih Ramli Junit untuk mengemudi barisan depan pasukan berkenaan selepas mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) untuk meletakkan kembali skuad terbabit ke Liga Super musim depan. Timbalan Presiden Mafa, Abd Malik Kasim berkata, Sapian diharap mampu membimbing pemain muda untuk merencana serangan berkualiti selain sebagai pembakar semangat pemain yang rata-rata muka baru.

Menurutnya, Mafa gembira dengan langkah dan keikhlasan pemain itu kembali bersama pasukan selepas hasratnya untuk menyarung jersi Melaka terjejas musim lalu.
Katanya, berikutan hampir 90 peratus skuad itu adalah muka baru, Sapian diharap menjadi pemangkin kepada keserasian pemain dalam merencana kejayaan pasukan. Selain Sapian, Mafa juga turut mendapat sentuhan bekas kapten musim 2002/2003 Zainal Rabin yang bakal mengawal gawang selepas aksi cemerlangnya bersama Telekom Melaka (TMFC) musim lalu. "Dua pemain ini boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan walaupun mereka dikategori pemain veteran. Kami yakin pengalaman dan prestasi mereka, mampu membolehkan pasukan memberi saingan bermakna. "Kehadiran Zainal amat diperlukan berikutan kami memiliki dua penjaga gol di kalangan muka baru yang masih memerlukan pendedahan. Oleh itu, kami beranggapan Zainal juga mampu menyuntik kekuatan kepada pasukan," katanya. Melaka juga masih memiliki bekas pemain kebangsaan Mohd Nor Derus yang juga berpengalaman bersama banyak pasukan. Malik berkata, selain tiga pemain berkenaan, Mafa turut mengintai tiga import bagi membarisi skuad kali ini termasuk menguji dua pemain dari Nigeria dan seorang penyerang dari Ghana ketika berdepan Negeri Sembilan, malam esok. Katanya, walaupun pada mulanya Melaka enggan menggunakan sentuhan pemain import, kehadiran pemain berkenaan nyata amat diperlukan bagi mengimbangi skuad muda itu.


SUMBER:: www.bharian.com.my

0 komen anda: