Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Norhafiz janji gegar Bahrain

klik infobolasepak.blogspot.com

HAKIKATNYA amat sukar untuk menjanjikan sesuatu apatah lagi ketika skuad kebangsaan tidak memiliki sebarang kelebihan kecuali beraksi di gelanggang sendiri apabila turun menentang Bahrain pada perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Shah Alam, malam ini.
Ketua pasukan negara Norhafiz Zamani Misbah bagaimanapun mampu berjanji kesebelasan utama skuad bimbingan B Sathianathan itu akan bermain bermati-matian lebih daripada 100 peratus dalam usaha mencatat kemenangan. Baginya tidak ada apa yang mustahil di dalam bola sepak jika pemain berusaha bersungguh-sungguh mempamerkan permainan terbaik di depan penyokong sendiri sekalipun lawan berkelebihan tiga gol sesudah menang besar 4-1 di Manama minggu lalu. “Memang sukar untuk memberikan sebarang jaminan tetapi saya boleh janjikan betapa pemain akan beraksi tidak kurang daripada 100 peratus apabila menentang Bahrain malam esok (malam ini).
“Apa yang penting pemain akan cuba sedaya upaya mereka untuk berjuang menentang lawan dan buat sekian lama, saya berasa begitu gembira menjadi sebahagian daripada pemain skuad kebangsaan,” katanya.
Justeru, Norhafiz mengharapkan ramai peminat dan penyokong skuad negara akan turun ke Shah Alam memberikan sokongan padu bagi menaikkan semangat pemain berdepan lawan, yang memiliki empat pemain kelahiran benua Afrika itu.
“Saya melihat perlawanan ini dari satu perspektif bahawa kami bermain di gelanggang dan di depan penyokong sendiri, oleh itu kami harus mengintai peluang untuk mencatat kemenangan,” katanya.
Di pihaknya, Norhafiz mampu berjanji berusaha mengekang setiap asakan lawan yang pastinya hadir daripada penyerang muda Bahrain kelahiran Nigeria, Jaycee Okwunwanne dan Abdulla Baba Fatadi.

SUMBER:: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20071028001705/Article/index_html

0 komen anda: