Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Liga M: Norhafiz risau Pahang goyah

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

KAPTEN Pahang, Norhafiz Zamani Misbah, mengakui prestasi Pahang yang tidak konsisten menyebabkan pasukan itu berada di tangga ke-10 Liga Super ketika ini. Namun, Norhafiz yang beraksi di posisi pertahanan, percaya pasukannya akan bangkit bagi memastikan kedudukan dalam liga berubah seterusnya memberi keyakinan kepada peminat tempatan. "Saya akui kami tidak begitu konsisten pada beberapa perlawanan kerana masih wujud kelemahan hingga membenarkan lawan memanfaatkan peluang menjaringkan gol.

"Tapi, saya perhatikan kelemahan yang dipamerkan tidak begitu teruk, malah segalanya sudah diatasi dari semasa ke semasa untuk memantapkan lagi pasukan. "Selepas mengharungi sembilan perlawanan setakat ini, saya harap rakan-rakan dapat meningkatkan lagi prestasi masing-masing terutama jentera tengah dan pertahanan. "Apa yang penting ialah kerjasama dan sokongan di semua posisi mampu memperkemaskan lagi jentera pasukan," katanya. Ditanya mengenai pertemuan menentang Negeri Sembilan di Stadium Darulmakmur Sabtu ini, Norhafiz berkata, kemenangan sudah pasti menjadi matlamat utama pasukan bagi memperbaiki kedudukan liga.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: