Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Liga M: NS ingin balas dendam

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

NEGERI Sembilan bukan sekadar mahukan tiga mata apabila menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Sabtu ini, malah peluang membalas dendam kecundang kepada lawan itu pada separuh akhir Piala FA musim 2006. Kekalahan 1-2 kepada Pahang itu meranapkan impian Negeri Sembilan untuk melayakkan diri ke final, tetapi mujur kekecewaan itu diubati apabila mereka dinobatkan juara Liga Super musim berkenaan.
Walaupun situasi itu mungkin agak lama untuk diingati, pemain berpengalaman Negeri Sembilan, Idris Karim, menyifatkan kekecewaan dialami ketika itu amat dirasai apa lagi sememangnya mengidamkan kejuaraan itu. Sehubungan itu, dia menggingatkan semua rakan dalam pasukan itu supaya lebih berhati-hati ketika turun menentang anak buah Zainal Abidin Hassan dan jangan terlalu yakin kerana ia boleh mengundang padah. "Skuad Pahang mempunyai rekod yang agak kebal di gelanggang mereka dan kami tidak boleh terlalu yakin untuk menundukkan mereka, sebaliknya perlu lebih berhati-hati dengan mengambil kira rekod silam. "Pahang bukan calang-calang pasukan dan sebarang kemungkinan boleh terjadi walaupun dari segi kedudukan dalam carta liga ada perbezaan," katanya. Idris yang kini menggalas tanggungjawab selaku kapten Negeri Sembilan selepas dua pemain berpengalaman, Khairul Anuar Baharom dan Rezal Zambery Yahya dilanda kecederaan serius, menyifatkan pasukannya mampu meraih kemenangan andai semua pemain yang bakal diberi amanah jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, dapat memberikan persembahan terbaik. Menurut pemain kelahiran Johor itu, Negeri Sembilan tidak boleh kehilangan mata untuk menghambat Kedah yang kini menghuni puncak carta dan sehubungan itu, Pahang perlu dijadikan mangsa untuk memperkukuhkan lagi pasukan. "Kami perlu mengekalkan rentak cemerlang yang dicapai setakat ini untuk mengutip sebanyak mungkin mata pada pusingan pertama ini bagi menjamin laluan yang lebih mudah kelak. "Secara peribadi, saya berazam untuk memberikan persembahan terbaik di Kuantan nanti dan akan bekerjasama dengan rakan-rakan bagi memastikan misi yang disasarkan tercapai," katanya. Idris yang bergandingan dengan Mohd Lamin Conteh Al-Hidayah bagi menjana jentera tengah pasukan, yakin dengan strategi Wan Jamak dalam misi melenyapkan kehebatan Pahang. "Walaupun kami sedar kelebihan berpihak kepada tuan rumah, kami tetap turun dengan semangat yang tinggi dan keazaman padu untuk memastikan tiga mata dapat dibawa pulang," katanya.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: