Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Liga M: Perlis perlu menang dengan Johor FC: Yusri

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

"KAMI sudah tidak mempunyai pilihan melainkan bangkit mencatat kemenangan bertemu Johor FC di Kangar, Sabtu ini jika mahu terus bersaing dengan pencabar lain pada baki aksi Liga Super selepas ini," akui ketua pasukan Perlis, Yusri Che Lah. Tonggak berpengalaman itu berkata, selepas tiga kekalahan daripada sembilan perlawanan Liga Super yang diharungi, Perlis tidak boleh `kecundang' lagi untuk mengutip mata. Tiga kekalahan itu adalah kepada Negeri Sembilan 0-2, Terengganu 0-1, dan UPB-MyTeam 2-4.

Berikutan kekalahan terbaru kepada Negeri Sembilan itu, skuad jolokan Singa Utara yang `kehilangan' jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim yang diberi cuti rehat sementara atas alasan masalah peribadi, jatuh ke tangga keenam liga berbanding keempat sebelumnya, dengan mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan dan dua kali seri. "Bagi saya, jika mahu merealisasikan impian terus bersaing dengan pencabar lain, kami perlu bangkit bermula dengan menewaskan Johor FC, Sabtu ini," katanya. Yusri berkata, perlawanan menentang Johor FC itu, cukup penting dalam menentukan arah tuju pasukan khususnya sebelum pusingan pertama Liga Super berakhir. Selain Johor FC, dua lagi pasukan yang bakal mencabar Perlis pada baki saingan Liga Super pusingan pertama ini ialah Sarawak dan Pulau Pinang. "Saya percaya rakan sepasukan sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan pasukan tidak lagi kempunan meraih kemenangan. "Tiga kekalahan itu seharusnya memberi pengajaran berguna kepada rakan sepasukan untuk memperbaiki kelemahan," katanya. Sementara itu, difahamkan dua tonggak utama termasuk import dari Brazil, Julio Cesar Rodrigues de Souza yang tidak beraksi ketika menentang Negeri Sembilan, bakal diturunkan selepas kecederaan yang dialaminya sudah pulih. Seorang lagi ialah pemain tengah skuad kebangsaan, Azi Shahril Azmil yang belum berpeluang beraksi akibat kecederaan ketika memikul tugas negara di Sukan Sea Korat, Thailand, Disember lalu. Bagaimanapun, khidmat dua pemain tonggak pertahanan, Abdul Aziz Ismail dan pemain muda bawah 21 tahun, Phul Sakh a/l Lom terpaksa diketepikan kerana belum pulih dari kecederaan.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: