SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com
"Sebenarnya persembahan pasukan lebih baik ketika menentang Brunei, minggu lalu berbanding perlawanan semalam (kelmarin). Tapi apa yang penting adalah lebih baik mendapat tiga mata dengan persembahan buruk daripada gagal mengutip sebarang mata dengan persembahan bergaya. "Saya lega kerana bukan sahaja kita berjaya mengutip mata penuh malah berjaya merampas kembali kedudukan di persada Liga Super daripada Terengganu yang kalah mengejut kepada Polis," kata Othman, semalam. Katanya, sikap mengambil mudah dan terlalu yakin dapat mengatasi lawan yang berada di bawah tangga liga ketika ini membuat pemainnya terpaksa kerja keras untuk meraih kemenangan. "Saya akur prestasi semua pemain kita memang lemah tetapi ini tidak bererti pemain saya akan berterusan beraksi dengan lemah kerana ketika bertemu Perak, Sabtu ini. Mereka akan berdepan lawan yang lebih gah lagi. "Saya yakin pemain sudah dapat mengenalpasti kelemahan mereka ketika berdepan MyTeam semalam (kelmarin) dan mereka mampu memperbaiki permainan bagi menandingi kehebatan Perak di Ipoh nanti," kata Othman. Katanya, ketika bertemu Perak kemampuan pasukan Kedah akan kembali 100 peratus dengan kemasukan semula V Thirumurugan yang tidak beraksi semalam selepas menerima tiga kad kuning sebelum perlawanan semalam (kelmarin).
SUMBER::www.bharian.com.my
WALAUPUN beraksi dengan prestasi di bawah kemampuan sebenar Kedah memastikan tiga mata penuh mengatasi UPB MyTeam 2-0 untuk menceriakan semula pengurus pasukan Hijau Kuning, Datuk Othman Aziz. Menurut beliau, permainan semua pemain Kedah agak hambar berbanding perlawanan sebelum ini tetapi kejayaan membocori gawang lawan memastikan mereka mengutip mata penuh. "Beraksi di bawah tahap kemampuan sebenar tak mengapa asalkan kita memastikan kejayaan mengatasi UPB MyTeam pada perlawanan semalam (kelmarin).
SUMBER::www.bharian.com.my
0 komen anda:
Catat Ulasan