Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Pahang hilang khidmat Abed

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

PAHANG terpaksa melupakan terus khidmat Bironse Abed selepas pemain import dari Uganda itu patah tangan kiri ketika menempah kekalahan 1-3 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Kuantan, kelmarin. Justeru, jurulatih pasukan, Zainal Abidin Hassan mengesahkan khidmat pemain berkenaan yang beraksi di posisi tengah tidak lagi beraksi bersama Pahang bagi mengharungi baki cabaran liga musim ini. Katanya, kecederaan dialami Abed memaksa pihak pengurusan menamatkan kontrak dan diharapkan ketiadaannya tidak akan menjejaskan pasukan dalam usaha membentuk pasukan lebih mantap untuk memulihkan maruah yang kian tercalar.

“Namun, kehadiran dua pemain import baru membantu memantapkan kembali pasukan terutama di posisi serangan dan tengah yang dijangka beraksi pada perlawanan akan datang. “Dua pemain terbabit tidak dapat diturunkan malam tadi (kelmarin) kerana beberapa perkara perlu diselesaikan walaupun mereka sudah berada di Kuantan sejak 1 Januari lalu,” katanya, semalam. Dua pemain import baru dari Maghribi, Tariq Al Janaby dan Reduane Barkaoui, masing-masing beraksi di posisi tengah dan serangan diharap mampu memantapkan pasukan. Mengulas kekalahan kelmarin, Zainal Abidin Hassan kecewa dengan prestasi pemain yang melakukan kesilapan mudah menyebabkan lawan bijak memanfaatkan peluang sehingga memberi mereka peluang meraih tiga mata. “Pemain tidak mampu mengawal permainan lawan dengan baik walaupun segala usaha dilakukan untuk mencipta kejayaan bermakna terutama menjaringkan gol di awal perlawanan. “Sebenarnya, kami mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol tetapi peluang itu tidak disempurnakan dengan bijak hingga memberi kesan terhadap pasukan,” katanya. Pada perlawanan itu, Selangor berjaya membawa pulang tiga mata apabila menang 3-1 menerusi jaringan Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin dan R Surendran manakala gol tunggal Pahang dijaringkan Zainuddin Arifin.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: