SEKALIPUN hanya mencatat kemenangan tipis, 3-2 ke atas Sarawak, namun bagi penyerang skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, kemenangan itu tetap memberi makna besar buat Negeri Sembilan yang berjaya membawa pulang tiga mata berharga. Begitu pun Mohd Zaquan yang menjaringkan dua daripada tiga gol itu berkata, pada peringkat awal saingan, persembahan Negeri Sembilan sedikit terjejas berikutan keadaan padang becak, bagaimanapun berpuas hati dan bersyukur di atas kemenangan itu. “Hasrat saya untuk menjaringkan gol bagi membantu kemenangan pasukan tercapai biarpun pada peringkat awal saingan, pemain Negeri Sembilan menerima tekanan hebat daripada tuan rumah.
SUMBER::www.bharian.com.my
0 komen anda:
Catat Ulasan