Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Zaquan kecewa keputusan pengadil

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com
PERTAHANAN Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zaquan Abdul Radzak kecewa dengan tindakan pengadil perlawanan yang memberikan sepakan penalti kepada Kedah, hingga membolehkan tuan rumah itu mencatat kemenangan 2-1, dalam saingan Liga Super, di Stadium Darulaman, kelmarin. Aidil menafikan menggunakan tangan dengan sengaja untuk menahan bola yang datang ke arahnya dengan laju sebaliknya tidak sedar bola itu terkena tangannya ketika dia dalam usaha mengekang asakan pemain lawan.
"Saya menafikan sengaja menahan bola kerana bukan saya memegang bola tapi bola datang dengan laju ke arah saya dan tidak sedar bola terkena tangan," kata Aidil semalam. Namun, pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu terpaksa menerima hakikat betapa keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada pemain yang boleh mempertikaikannya walaupun rakan-rakan sepasukan turut melahirkan rasa tidak puas hati dan cuba mempertikaikan keputusan yang dibuat. Aidil berkata, walaupun sepakan penalti yang diambil oleh Sam Marcello Nelson itu membolehkan skuad Hijau Kuning meraih tiga mata berharga, dia secara peribadi berpuas hati terhadap persembahannya dan sokongan rakan sepasukan walaupun gagal mencatat kemenangan yang diharapkan. Katanya, pemain Negeri Sembilan nyata memberikan tentangan sengit kepada lawan sebaik wisel perlawanan bermula, malah menguasai sebahagian besar saingan itu tetapi kegagalan barisan depan memanfaatkan peluang, menjejaskan misi pasukan untuk meneruskan rekod penguasaan di gelanggang lawan. "Saya secara peribadi melihat kami sebenarnya banyak menguasai saingan berbanding Kedah walaupun tuan rumah lebih dulu menjaringkan gol. Tetapi kami dapat menyamakan kedudukan menerusi Fortune E Udo. "Bagaimanapun, nasib nyata tidak menyebelahi kami apabila keputusan pengadil memberikan sepakan penalti pada minit ke-69, sekali gus meleburkan rekod baik Negeri Sembilan di gelanggang lawan,” katanya.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: