Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Azraai masih belum puas aksi Hijau Kuning

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

SAINGAN Liga Super kelmarin memasuki pusingan kesembilan, dengan Kedah terus kukuh di persada liga berbekal 19 mata selepas kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 kelmarin namun, jurulatih Hijau Kuning, Azraai Khor Abdullah tetap menagih aksi konsisten daripada pemain-pemainnya mengharungi baki saingan musim ini. Bagi Azraai, reputasi pasukannya sebagai penyandang juara Liga Super juga membuatkan setiap pasukan yang berdepan Kedah pasti memberi aksi terbaik, dan kerana itu merasakan masih ada ruang untuk diperbaiki dalam skuadnya. “Saingan musim ini jelas berbeza dengan musim lalu, ia lebih mencabar dan sengit musim ini. Walaupun Kedah juara bertahan, kami juga sudah tewas dua kali. “Aksi ketika bertemu Negeri Sembilan semalam (kelmarin) bukan aksi terbaik kami, pujian harus diberikan kepada lawan yang bermain lebih baik daripada kami. Tetapi inilah bola sepak, pasukan yang bermain lebih baik tidak semestinya menang. “Kerana itu, kami harus konsisten. Walaupun tewas, saya pasti Negeri Sembilan mampu bangkit selepas ini kerana mereka dan juga pasukan lain seperti Selangor semakin jelas menjadi pesaing utama kami musim ini. “Apa pun, saingan sengit musim ini adalah sesuatu yang positif buat bola sepak negara,” kata Azraai. Walaupun tewas kelmarin, skuad Negeri Sembilan yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan masih berada di tangga ketiga liga dengan 16 mata, dan mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding dua pasukan teratas, Kedah dan Selangor yang sudah beraksi sembilan perlawanan. Sementara itu, jurulatih Selangor, Dollah Salleh menyuarakan rasa puas hati dengan aksi pasukannya selepas seri 1-1 dengan Terengganu di Kuala Terengganu kelmarin, dan merasakan pasukannya kini menuju landasan tepat untuk muncul pencabar utama musim ini. “Sejak tewas 5-2 kepada Kedah di Alor Setar, kami sudah menunjukkan peningkatan. Pemain-pemain sudah melipatgandakan usaha mereka untuk meningkatkan tahap permainan mereka. “Safee (Sali) dan Frank (Seator) kini sudah mula menampilkan aksi permainan lebih baik dalam empat perlawanan terakhir kami manakala Indra pula bermain seperti ketika beraksi di Piala Tiger 2002 dan saya percaya jika semua pemain mengekalkan tahap sekarang, kami mampu mencabar musim ini, ” kata Dollah. Bagi pasukan tangga pertengahan liga, Johor FC, Perak, Polis, DPMM FC dan Pahang, peningkatan harus mula dipamerkan jika tidak mahu terus jauh ketinggalan kepada lima pasukan di tangga teratas. Saingan di antara tiga pasukan bawahan liga juga tidak berubah selepas perlawanan kelmarin dengan kemampuan Pulau Pinang mengikat Johor FC tanpa jaringan kelmarin, membolehkan skuad bimbingan Mohammad Bakar itu memintas UPB-MyTeam di tangga ke-11 dengan enam mata. Sarawak yang tidak beraksi kelmarin, kekal di dasar liga dengan hanya tiga mata dan jika sesuatu tidak dilakukan, bekas gergasi bola sepak negara itu mungkin akan mengesahkan penyingkiran daripada Liga Super lebih awal musim ini.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: