SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com
TAMPUK pendahulu Liga Super beralih menjadi milik Terengganu, malam tadi, apabila anak buah Yunus Alif melakar kemenangan 2-1 ke atas Pahang di Stadium Darulmakmur.
Dengan Kedah tumbang 0-2 di tangan DPMM FC, dua gol Zairo Anuar Zalani membolehkan Terengganu kini membuka kelebihan tiga mata di tangga teratas selepas mengharungi enam perlawanan Dalam babak pertama yang berakhir seri, Terengganu bagaimanapun hampir memecah kebuntuan pada minit ke-17 tetapi rembatan deras Zairo dari luar kawasan penalti berjaya ditepis penjaga gol Pahang, Mohd Iqbal Suhaimi. Kesempatan tuan rumah menjelma pada minit ke-31 tetapi tandukan Hairuddin Omar dalam keadaan tidak dicabar, berjaya ditampan daripada menemui sasaran oleh benteng lawan. Enam minit babak kedua bermula, Terengganu berjaya mendahului apabila Zairo, mengutip umpanan jauh, meledakkan sepakan dari dalam kawasan penalti ke sasaran ketika Iqbal sekadar terpaku. Kelebihan itu digandakannya pada minit ke-58 apabila menyempurnakan anugerah sepakan penalti yang diberikan selepas pertahanan Pahang, Shahril Faizal Sharifuddin menjatuhkan Md Saufi Ibrahim. Tuan rumah cuba bangkit melawan dan beroleh gol menerusi K Rajan yang memanfaatkan umpanan V Saravanan pada minit ke-86, tetapi ia sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Terengganu. Dalam pertembungan dua pasukan terbawah, Pulau Pinang melakar kemenangan sulung apabila menewaskan UPB MyTeam 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Pulau Pinang mendahului pada minit ke-21 menerusi Farizal Rozali sebelum Zulhissyam Jamaluddin membolehkan pelawat berkedudukan 2-0 hasil golnya pada minit ke-59. UPB MyTeam beroleh gol tunggal menerusi sepakan penalti Haris Safwan pada minit ke-63. Keputusan itu bermakna Pulau Pinang ‘berjaya’ meninggalkan kedudukan terbawah untuk kini diisi UPB MyTeam.
Dengan Kedah tumbang 0-2 di tangan DPMM FC, dua gol Zairo Anuar Zalani membolehkan Terengganu kini membuka kelebihan tiga mata di tangga teratas selepas mengharungi enam perlawanan
0 komen anda:
Catat Ulasan