Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Scholes terus jadi sandaran United buru tiga gelaran

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

LONDON: Sir Alex Ferguson percaya pemain tengah berpengalaman, Paul Scholes mampu memainkan peranan penting membantu Manchester United mengulangi kejayaan menjuarai tiga piala pada 1999. Bekas pemain tengah England berusia 33 tahun itu dijangka akan beraksi pada perlawanan berdepan Portsmouth di tempat sendiri, hari ini selepas berehat tiga bulan kerana kecederaan lutut selepas menjadi pemain gantian ketika kemenangan 3-1 Piala FA ke atas Tottenham Hotspur. “Sesuatu istimewa sentiasa berlaku apabila bola sampai kepadanya, dia mempunyai perwatakan yang tenang di atas padang, perlawanan seolah-olah terhenti apabila bola sampai kepadanya,” kata pengurus United, Ferguson.

Scholes menjalani pembedahan untuk memperbaiki tulang rawannya Oktober lalu, selepas mengalami kecederaan ketika pertemuan dengan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-juara Eropah. United, pasukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan perbezaan jaringan berbanding Arsenal, lawan yang akan ditemuinya dalam peringkat 16 akhir Piala FA bulan depan, kini berpeluang memenangi gelaran domestik, Piala FA dan Liga Juara-juara Eropah apabila berdepan Lyon. “Ia satu sasaran yang sukar, tetapi kami mahu membuktikan sebaliknya. Orang ramai sentiasa berkata, apa yang berlaku di 1999 tidak akan berulang, tetapi kami mahu berusaha mencapainya. “Kami berada di pusingan seterusnya dalam Piala FA, mempunyai dua perlawanan dengan Lyon dan berada di tangga teratas liga. Kami sedang memberi usaha terbaik kami,” katanya. Portsmouth, berada di tangga kesembilan dan mempunyai rekod di tempat lawan terbaik dalam liga, mampu memberi penampilan pertama kepada pemain pinjaman dari Lyon, Milan Baros. Penyerang Republik Czech itu sebelum ini bermain untuk Liverpool dan Aston Villa, dan mampu menjadi perpindahan terpenting Pompey yang ketika ini kehilangan khidmat Kanu dan John Utaka kerana Kejohanan Negara-negara Eropah. “Ia adalah perlawanan sukar, dan United adalah pilihan tetapi jika kami ke sana dan berjuang kami mampu mendapat keputusan, saya mengenali pemain di sini dan mereka mempunyai kualiti,” kata Baros. - AFP

SUMBER::www.berita harian.com.my

0 komen anda: