Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Devan teruja prestasi anak buah

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

KETUA jurulatih skuad Kuala Muda, K Devan teruja dengan prestasi pasukan yang berjaya mengatasi Proton FC 4-1 pada perlawanan Liga Perdana, kelmarin - sekali gus memastikan mereka merampas status dari Johor Pasir Gudang selaku pendahulu baru buat julung kali. “Saya yakin barisan pemain saya kini sudah mula menyedari potensi mereka dan beraksi dengan lebih yakin bagi meraih lapan kemenangan walaupun tewas pada perlawanan pembukaan kepada Kuala Lumpur Plus. “Kini saya dan semua pemain mahu memastikan kita terus menguasai persada liga ketika menamatkan pusingan pertama pada 18 Februari ini. Kami akan bertemu Kuala Lumpur Jumaat ini dan Johor PG pada 11 Februari ini dengan perlawanan terakhir pusingan pertama pada 15 Februari sebelum berehat,” kata Devan.

Dia beranggapan kejayaan kelab dari Kedah itu mengatasi Proton FC tanpa khidmat dua tonggak utama - Anuar Jusoh (kapten) dan Ikene Ekenwa (penyerang utama) - membuktikan pasukan kini tidak lagi bergantung kepada satu atau pun dua pemain bagi meraih kemenangan. “Kini tumpuan saya sudah pasti terarah kepada tiga perlawanan akan menyusul bermula menentang Kuala Lumpur dan Johor yang akan datang beraksi di Alor Star dan perlawanan di Kota Bharu bertemu Kelantan yang masih berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. “Saya dan anak buah mengetahui kemenangan ke atas Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan dapat memastikan kami terus menguasai kedudukan ketika ini, saya penuh yakin pemain saya mampu melakukannya,” kata Devan.SUMBER::www.berita harian.com.my



0 komen anda: