Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Semangat Selangor kembali pulih

KUALA LUMPUR - Selangor akhirnya mengembalikan keyakinan peminat apabila menutup pusingan pertama bola sepak Piala Malaysia dengan menumpaskan Melaka 5-2 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Shah Alam, semalam. Selepas tewas dua perlawanan terdahulu, pasukan Selangor menunjukkan kesungguhan untuk bangkit dengan membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Amirul Hadi. Bagaimanapun, Rosaiful Nizam sempat mengejutkan tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41, namun Frank Seator memberikan kelebihan 2-1 kepada Selangor pada minit terakhir babak pertama. Selangor mempamerkan kegarangan sebaik separuh masa kedua bermula dengan menjaringkan gok ketiga Selangor pada minit ke-46 tetapi Rosaiful hanya memerlukan seminit kemudian untuk merapatkan kedudukan 3-2. Penyerang kebangsaan, Safee Sali membuktikan kehebatannya dengan menyumbat dua lagi gol Selangor pada minit ke-77 dan 88 untuk tuan rumah menutup perlawanan dengan kemenangan 5-2. Kebangkitan skuad Merah Kuning bagaimanapun gagal diikuti penyandang juara, Kedah, yang terus buntu mencari kemenangan pertama dalam tiga perlawanan apabila seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang dalam saingan Kumpulan B. Malah, juara Liga Super dan Piala FA itu bernasib baik tidak kerana menamatkan perlawanan dengan kekalahan apabila sepakan penalti yang diperoleh Johor FC pada minit terakhir permainan gagal disempurnakan oleh Mohd. Saiful Sabtu. Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Fahruzzahar Ali pada minit kelapan, namun Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Marlon Alex James, di minit ke-28. Kegagalan Johor FC dan Kedah mengutip tiga mata penuh dimanfaatkan Polis untuk mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan B selepas membenam Sabah 4-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Kuala Lumpur pula mengekalkan kedudukan di tangga kedua kumpulan selepas seri 1-1 dengan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandar Raya. Jaringan Mohd. Hafzairi Azmi pada minit ke-69 meletakkan Kuala Lumpur di depan, namun Alistair Lawson menyelamatkan tuan rumah daripada mengalami kekalahan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80. Dalam perlawanan Kumpulan C, Pahang melonjak ke tangga kedua selepas menundukkan Tentera 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Tonggak import, Keita Boubakar memberi permulaan baik kepada tuan rumah apabila membuka jaringan seawal minit kesembilan, sebelum Nor Fazly Alias melebarkan kedudukan 2-0 pada minit ke-18. Tentera cuba membalas dengan merapatkan kedudukan menerusi Mohd. Nazri Akui pada minit ke-84, namun kebangkitan mereka sudah terlalu lewat. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Sarawak menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Sarawak.


VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

0 komen anda: