Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Ronaldinho sah kini milik kami: AC Milan

Kelab Serie A itu sudah meterai perjanjian dengan Barca

MILAN: Penyerang Barcelona dari Brazil, Ronaldinho akan menyertai AC Milan kata kelab dari Itali itu, semalam.

"AC Milan dan Barcelona sudah mencapai persetujuan secara prinsipal mengenai perpindahan Ronaldinho," kata Milan dalam laman web mereka (www.acmilan.com), kelmarin.

"Pemain itu akan berada di Milan esok untuk menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak yang akan memastikan dia akan berada di Milan sehingga 30 Jun 2011."

Kelab Serie A itu, yang menamatkan kedudukan di tangga kelima musim lalu dan akan beraksi dalam Piala UEFA musim ini, mengatasi saingan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City bagi mendapatkan pemain berusia the 28 tahun itu.

Ronaldinho menghabiskan lima tahun di Nou Camp, membantu Barca menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2006 dan gelaran domestik pada 2005 dan 2006.

Pemain perancang Brazil itu dinamakan Pemain terbaik Dunia FIFA pada 2004 dan 2005 tetapi dibenarkan meninggalkan Barcelona selepas mengalami masalah penurunan prestasi dan kecergasan musim lalu.

Ketibaannya di Milan tampak menamatkan usaha kelab itu mendapatkan penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor dengan ketua eksekutif Adriano Galliani sering berkata hanya seorang daripada mereka akan berada di San Siro.

Secara kebetulan, Adebayor dikaitkan media akan ke Barca.

Barcelona mengesahkan perjanjian itu dalam laman web mereka (www.fcbarcelona.com) sambil mengatakan perjanjian itu berjumlah 21 juta euro (RM107.2 juta), tambahan 4 juta lagi bergantung sama ada Milan layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang.

Jumlah berkenaan adalah kurang berbanding 32 juta yang dilaporkan mahu dibayar Manchester City.

Keinginan Ronaldinho untuk ke Milan berbanding Manchester ialah faktor penentu.

Pengarah sukan Barca, Txiki Begiristain memberitahu wartawan: "Pemain itu akhirnya memberitahu ke mana dia mahu pergi. Dia mahu bermain untuk Milan." � Reuters www.bharian.com.my

VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

0 komen anda: