Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Terengganu Belasah Perlis 5-1 Untuk Pingat Emas Bola Sepak SUKMA

KUALA TERENGGANU, 8 Jun (Bernama) -- Skuad bola sepak Terengganu membelasah Perlis 5-1 untuk memenangi pingat emas pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, di sini, malam ini.Skuad kendalian jurulatih Khalid Mohd Dahan itu mempamerkan persembahan yang cukup menarik untuk menguasai perlawanan, ditambah dengan sokongan padu lebih 45,000 penyokong tempatan. Terengganu memulakan pesta gol menerusi ledakan penyerangnya Wan Mohd Aliff pada minit ke-20, dan empat minit kemudian Mohd Ashari Samsuddin beraksi cemerlang untuk menyumbat gol kedua. Pada minit ke-44 pemain tengah Ismail Faruqi memperkukuhkan kedudukan dengan jaringan ketiga menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti. Apabila perlawanan bersambung kepada separuh masa kedua, Terengganu terus bertindak garang dan memperolehi gol keempat menerusi sepakan penalti Abdul Manaf Mamat pada minit ke-52. Perlis bangkit untuk memperolehi gol tunggal menerusi Azmizi Azmi pada minit ke-78 sebelum Terengganu menambah jumlah gol menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat empat minit kemudian.

Pingat gangsa dimenangi Kedah selepas menewaskan Pulau Pinang 3-0.

-- BERNAMA
VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

0 komen anda: