Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Juara Piala FA ditentu 90 minit

Selangor, Kedah pasti mahu elak daripada bermain pada masa tambahan

KEJUARAAN Piala FA musim ini mungkin ditentukan dalam tempoh permainan 90 minit.

Sehubungan itu, jaringan awal untuk menguasai tempo permainan dan melunturkan semangat juang lawan menjadi senjata buat kedua-dua finalis Piala FA, Selangor dan Kedah yang akan berentap di Stadium Shah Alam, malam ini.Demikian ramalan ketua pasukan Kedah dan Selangor, Victor Andrag dan Shukor Adan, yang sependapat perlawanan akhir Piala FA malam ini tidak mungkin berlarutan ke masa tambahan atau sepakan penalti penentuan. "Aksi malam esok (hari ini) pasti sengit, tetapi saya percaya ia akan berakhir dalam tempoh 90 minit kerana kedua-dua pasukan pasti mahu mengelak daripada bermain di masa tambahan. "Bagi saya, Selangor adalah skuad penuh pengalaman kerana dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan dan kami juga akan beraksi tanpa dua tonggak import kami."Tetapi senjata utama kami ialah komitmen pemain, dan dengan adanya komitmen tinggi seperti ketika beraksi di separuh akhir, saya yakin kami mempunyai kriteria mencukupi untuk mengekalkan kejuaraan Piala FA, " kata Victor ketika ditemui semalam. Penyerang import Kedah, Marlon Alex James dan tonggak pertahanan Bernard Hugging tidak akan beraksi malam ini kerana masih bersama skuad kebangsaan St Vincent & Grenadines di pusingan kelayakan Piala Dunia. Andrag yang juga bekas pemain kebangsaan, turut menyuarakan keyakinan terhadap gandingan Shafiq Jamal dan Khyril Muhymeen Zambri di bahagian serangan, dan pemain berusia 32 tahun itu yakin mereka tidak akan mengecewakan peminat Hijau Kuning malam ini. Sementara itu, Shukor berasa adalah penting buat Selangor cuba melakukan jaringan awal yang mampu menjadi penentu haluan mereka pada perlawanan itu dan membantu pasukannya untuk terlebih dulu mengawal rentak permainan.Namun, kapten skuad kebangsaan itu tetap mengambil sikap berwaspada apabila berdepan Kedah dan tidak memandang mudah cabaran pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu walaupun mereka akan tampil tanpa Marlon dan Bernard.

"Saya tidak jangkakan perlawanan ini berlarutan ke masa tambahan. Saya percaya jika kami mampu melakukan jaringan awal, ia akan memberi kelebihan kepada kami untuk merangkul kejuaraan kelima.
"Tetapi Kedah tetap pasukan mantap dan ini dibuktikan ketika menewaskan Pahang di separuh akhir dengan jaringan besar tanpa Marlon. Kami menghormati Kedah, tapi tidak gentar berdepan mereka," kata Shukor. http://www.bharian.com.my


VIDEO HIGHLIGHT KLIK HERE

0 komen anda: