Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Merah Kuning tunjuk belang

Kedah pula tewas 1-2 kepada Polis

KETIKA buruan gelaran juara Liga Super sudah menemui titik noktah dengan kejayaan skuad Kedah, minggu lalu, saingan pada malam tadi jelas hanya mahu melengkapkan jadual perlawanan selain pentas terakhir pasukan bawahan mengelak penyingkiran.
Bagaimanapun ia tidak menghalang Selangor, pasukan tangga kedua yang bergelut dengan hukuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus mencipta kemenangan 4-1 membelasah Sarawak di Stadium Shah Alam.
Seakan sudah melupakan kekalahan kepada Pulau Pinang, minggu lalu, skuad kendalian Dollah Salleh memastikan mereka masih boleh berkedudukan tangga kedua apabila mencipta jaringan menerusi Ellie Aiboy pada minit ke-27, Shukor Adan (m31 dan 53) sebelum Akmal Rizal Ahmad Rakhli menamatkan jaringan pada penamat saingan.
Pelawat yang kini berkedudukan terakhir liga pula meraih gol sagu hati menerusi jaringan Zamri Marshidi lima minit sebelum tamat.
Di Stadium Selayang, nasib tidak menyebelahi sang juara, Kedah yang tewas 1-2 bertemu Polis , mengurangkan sedikit kemeriahan anak buah Azraai Khor Abdullah merayakan kempen Liga Super mereka kali ini.
Polis membuka jaringan menerusi Carlos Argusto pada minit ke-34 tetapi kedudukan itu disamakan Kedah menerusi Shakir Ali sebelum Argusto menutup terus impian pelawat berkongsi mata apabila menjaringkan penalti berbaki 10 minit permainan.
Berwatak seakan pasukan ‘lambat panas’ skuad tangga tercorot liga, Pulau Pinang terus mempamer kebangkitan di penamat saingan apabila menewaskan Terengganu 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua jaringan Mohd Azrul Ahmad pada minit ke-38 dan 40 selain satu gol K Puvenderan pada minit ke-61 serta gol sendiri Durahim Jamaluddin memastikan skuad Pulau Mutiara raih tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan mereka ke tangga ke-12 berbaki dua lagi perlawanan.
Di Stadium Hasanal Bolkiah, wakil Brunei DPMM FC gagal mengelak kekalahan apabila tewas 0-2 kepada Johor FC menerusi jaringan penyerang import, Walter Ariel Silva pada minit ke-22 dan Eddie Helmi Manan, minit ke-63.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jaringan Mohd Aidil Zafuan dan S Kunalan memberikan Negeri Sembilan tiga mata mengatasi UPB MyTeam 2-0 untuk terus memberi tekanan buat pasukan tangga kedua, Selangor.
Di Stadium Darulmakmur, Rosdi Talib muncul wira Pahang apabila berjaya meledakkan jaringan masa tambahan bagi mengesahkan kemenangan 1-0 ketika berdepan Perlis.

keputusan terkini VIDEO HIGHLIGHT, KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS, KEPUTUSAN LIGA SUPER DAN BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA hanya di duniabolasepak.ning.com

0 komen anda: