Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Ujian sebenar trio import Hijau Kuning

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

INI adalah masa terbaik bagi pengurusan Kedah melihat betapa besar sumbangan trio import ketika barisan pimpinan Mohd Azraai Khor Abdullah agak ‘tempang’ tanpa enam tonggak apabila berdepan Sarawak dalam saingan Liga Super di Alor Star, malam ini. Kelibat Cornellius Bernard Hugging, Nelson Sam Martin dan Marlon Alex James pasti menjadi sandaran utama untuk menjana kejayaan di halamaan sendiri - apatah lagi pelaburan besar dibuat ke atas mereka melihat kejayaan skuad Hijau Kuning musim ini.
Tambahan, mereka juga menggalas tanggungjawab besar memimpin rakan muda lain yang harus bertindak mantap ketika ketiadaan enam pemain tonggak yang dilaporkan masih tercedera dengan berita terkini seorang lagi penyerang, Samransak Kran juga sah tidak dapat beraksi selepas menerima kad kuning ketiga. Dalam situasi pincang ini, tuan rumah harus mencari ilham merampas mata penuh untuk memastikan kejuaraan yang dimenangi musim lalu kekal bersama mereka. “Kalau anak buah saya mahu menjadi juara, meraih kemenangan ketika kehilangan enam tonggak utama adalah caranya. Kalau setakat mahu memberi alasan sahaja kita boleh melupakan kejuaraan liga musim ini. “Ketiadaan tonggak utama tidak boleh dijadikan alasan kerana hasrat mahu menjuarai liga musim ini sepatutnya menjadi pembakar semangat bagi memastikan kemenangan tidak kira barisan simpanan yang beraksi esok (malam ini). “Pegawai perubatan (Dr Kamal Nizad Ibrahim, Ruslan Jalil dan Alan Ewe) terpaksa berkerja keras untuk memastikan pemain yang cedera dapat kembali pulih secepat mungkin untuk kembali beraksi semula,” kata Araai. Katanya, ketika menjalani latihan semalam, Khyril Muhymeen dan V Thirumurugan menunjukkan tanda-tanda mereka tidak akan beraksi pada perlawanan esok (malam ini) tetapi yang lain terserah pada laporan pegawai perubatan pasukan. “Kini kita juga kehilangan khidmat penyerang muda kebangsaan Sanramsak Kran yang terpaksa di ketepikan setelah dia menerima kad kuning ketiganya ketika bertemu Johor FC pada perlawanan lalu. “Saya tidak ada pilihan lain kecuali memasukkan beberapa pemain dari skuad liga simpanan walaupun pasukan itu beraksi di Kuala Terengganu bertemu Terengganu hari ini (semalam). “Saya tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain simpanan untuk memastikan tiga mata tetapi kejayaan itu tidak akan diperoleh kecuali dengan kerja keras daripada semua pemain yang beraksi esok (malam ini),” kata Azraai.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: