Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Terengganu gagal pertahan kedudukan

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

TAMPUK penguasaan Liga Super terus bertukar tangan apabila malang menimpa Terengganu membolehkan Kedah merampas kembali kedudukan pendahulu selepas aksi malam tadi. Dua gol Marlon Alex James mengesahkan kemenangan 2-0 Kedah ke atas UPB MyTeam di Stadium Darulaman, sekali gus menambah derita lawan yang kekal menghuni dasar kedudukan tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan.
Terengganu pula mendapati Polis bukan lawan semudah dijangkakan apabila penguasaan babak awal gagal ditukar kemenangan untuk anak buah Yunus Alif menggigit jari dengan kekalahan 2-4 di Stadium Selayang. Azlan Ismail menjaringkan gol pertama Polis pada minit ke-27 sebelum Hillary Echesa mencipta kelebihan selesa Polis dengan dua gol sumbangannya pada minit ke-38 dan ke-48. Gleisson Freire dan Md Ashaari Shamsuddin menjelmakan kebangkitan Terengganu menerusi gol pada minit ke-60 dan ke-83. Malah peluang mengikat kedudukan diperolehi dua minit sebelum tamat, tetapi rembatan Zairo Anuar Zalani terkena tiang. Dalam gerak serang balas pantas, Echesa mudah melorongkan untuk Ahmad Latif Khamaruddin menguis masuk gol keempat Polis pada minit terakhir perlawanan. Di Stadium Darulaman, Marlon menyumbat gol pertama pada minit ke-15 apabila mengutip umpanan Ahmad Fauzi Shaari sebelum memusingkan badan dan meledakkan rembatan deras menewaskan penjaga gol UPB MyTeam, Syed Adney Syed Hussein. Gol kedua penyerang import berbisa itu dihasilkannya pada minit ke-79 apabila cubaan awal Ahmad Fauzi yang cuba dikeluarkan bek lawan, Milo Dadic singgah ke kakinya untuk mudah ditolak ke sasaran. Di Stadium Sarawak, Negeri Sembilan membawa pulang kemenangan tipis 3-2 untuk naik ke tangga ketiga carta liga apabila Mohd Zaquan Adha menjadi wira hasil gol pengesah kemenangan lima minit sebelum tamat. Mohd Shahrul Saperi membuka tirai jaringan Sarawak seawal minit pertama tetapi Zaquan mengikat kedudukan pada minit ke-20 sebelum Sarawak menamatkan babak pertama dengan kelebihan 2-1 hasil gol Sylla Mansa pada minit ke-40. Tetapi S Kunalan membolehkan Negeri Sembilan merapatkan kedudukan dengan gol kedua, tiga minit selepas rehat sebelum gol kemenangan Zaquan itu. Di Stadium Utama, Perlis mendapati diri ketinggalan sebelum gol lewat Mohd Fauzi Nan membolehkan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim mengikat DPMM FC 1-1. Gol pendahuluan pelawat sebelumnya dijaringkan Ashfaq Ali pada minit ke-45. Di Stadium Darulmakmur, Selangor berjaya membawa pulang tiga mata apabila menang 3-1 ke atas Pahang. Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin dan R Sudrendran menjelmakan jaringan untuk Selangor. Gol tunggal Pahang dihasilkan Zainuddin Ariffin. Di Stadium Batu Kawan, Perak melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menundukkan Pulau Pinang 2-0. Khalid Jamlus menghasilkan gol sulung Perak pada minit ke-45 sebelum Carlos Artiro Caceres menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 selepas pemain import itu dijatuhkan pemain tuan rumah, Mohd Shafiz Aziz.

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: