Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Kedah kekal terajui liga

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Selangor rampas tempat kedua daripada Negeri Sembilan

DUA jaringan penyerang, Sabri Abu memastikan Kedah terus menguasai persada liga apabila menumpaskan pasukan tercorot, Sarawak 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Star dalam saingan Liga Super, malam tadi. Sabri bijak menyambut bola yang ditanduk Cornellius Bernard Hugging hasil sepakan sudut Nelson Sam Martin untuk menguis masuk ke gawang pelawat pada minit kelima sebelum peluang sama terhidang pada minit ke-12 apabila dia sekali lagi berada di posisi sama untuk menampan masuk hantaran A Victor.

Di Stadium Darulmakmur, Negeri Sembilan hampir berputih mata namun jaringan penyamaan Mohd Rahman Zabul minit ke-78 menerusi tandukan hasil sepakan percuma Lamin Conteh membolehkan mereka berkongsi mata ketika bertemu Pahang. Pahang mendahului pada minit ke-58 menerusi Redouane Barkaoui yang menjaringkan penalti selepas rakan sepasukan Christiano Lopez Fiduerredo dikasari dalam kotak penalti sebelum Lopez sendiri menjaringkan gol pada minit ke-64. Negeri Sembilan kemudian cuba merapatkan jaringan dan ia berhasil menerusi Affendi Malek yang merembat kencang dalam kotak penalti menewaskan Syamsuri Mustafa pada minit ke-68. Keputusan seri itu menyebabkan Negeri Sembilan terjatuh ke tangga ketiga liga apabila Selangor menang tipis 2-1 mengatasi DPMM Brunei di Stadium Shah Alam. Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis memastikan tiga mata apabila menewaskan Johor FC dengan kemenangan 3-1. Phillimon Chipeta menjadi wira pasukannya apabila meledakkan dua jaringan masing-masing pada minit ke-34 dan 63 manakala satu gol dijaringkan K Soley sembilan minit sebelum tamat. Gol sagu hati pelawat dijaringkan pemain import, Walter Silva pada minit ke-51 dengan merembat melepasi penjaga gol, Mohd Yusoff Ishak. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, UPB-MyTeam terus mencatat kekalahan dan kali ini tumbang 3-1 di tangan tuan rumah Terengganu yang beraksi cemerlang di hadapan ribuan penyokong sendiri. Abd Manaf Mamat membuka jaringan buat tuan rumah apabila menyumbat masuk hantaran Josian Bento pada minit ke-27 dan 20 minit selepas itu, giliran Mohd Ashaari Shamsuddin menempatkan nama selaku penjaring menerusi tandukan selepas menerima tendangan sudut Zairo Anuar Zailani. Josian kemudiannya menambah derita pelawat pada minit ke-87 apabila menolak mudah hantaran bahagian tengah sebelum UPB-MyTeam menjaringkan gol pada minit terakhir menerusi Mohd Zamri Chin. Dalam perlawanan lain, Polis dibelasah 6-0 oleh Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan Khalid Jamlus mencipta dua jaringan walaupun dia turut dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Polis.


0 komen anda: