Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

'Beckham boleh jadikan saya wira'

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

LONDON: Peter Crouch percaya dia mampu membawa England ke Euro 2008 selagi David Beckham diberi peluang untuk memberikannya ruang mencipta gol. Steve McClaren mesti membuat keputusan sama ada untuk terus memberi keyakinan terhadap Beckham bagi pertemuan penting England bertemu Croatia awal pagi esok selepas persembahan longlai pemain tengah itu di Austria, minggu lalu. Beckham jarang bermain bersama LA Galaxy musim ini selepas beberapa siri kecederaan dan McClaren boleh membawa masuk Shaun Wright-Phillips menggantikan bekas bintang Manchester United itu.

Namun Beckham masih boleh memberikan permainan terbaik untuk penampilan ke-99 bersama skuad itu. Walaupun kurang cergas, dia menghasilkan sepakan percuma yang membawa kepada tandukan kemenangan Crouch di Vienna. Dan dia juga memiliki banyak pengalaman dalam perlawanan penting seperti ini, dengan sepakan percuma minit terakhir ketika bertemu Greece yang membawa England ke Piala Dunia 2002 masih segar diingatan. Crouch menegaskan peluang terbaiknya untuk menjaringkan gol pada perlawanan itu dan menjadikannya wira England banyak bergantung kepada Beckham. "Dia masih seorang daripada yang terbaik ketika menghantar bola dari 'set-piece' atau jauh di belakang, jadi buat pemain seperti saya yang menjaringkan lebih banyak gol hasil sepakan sudut, dia pastinya pemain yang diperlukan," kata Crouch. "Bagi saya, dia pemain yang menakjubkan. Kali terakhir saya bermain buat England bertemu Estonia, dia mencipta ruang gol buat saya. "Bersama pemain sepertinya, saya hanya perlu berada di kotak penalti kerana jika diberikan separuh peluang, dia mampu melintangkan bola. Bola lintang awal amat sempurna buat saya dan David sentiasa memberikannya." Kecederaan menimpa Michael Owen dan Wayne Rooney meletakkan beban serangan England di bahu Crouch. - AFP

SUMBER::www.bharian.com.my

0 komen anda: