klik infobolasepak.blogspot.com
Kedah memperolehi durian runtuh apabila menggondol 5 anugerah bola sepak malaysia malam tadi. Penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias memenangi anugerah Penjaga Gol Pilihan, sementara empat lagi kategori dimenangi Victor Andrag (Pemain Pertahanan Pilihan), Fauzi Shaari (Pemain Tengah Pilihan), Marlon Alex James (Pemain Import Paling Bernilai) dan jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah (Jurulatih Pilihan).
Naib juara Piala Malaysia, Perak juga mengubati kekecewaan tewas di tangan Kedah, apabila memenangi beberapa anugerah termasuk Khalid Jamlus yang memenangi Anugerah Penyerang Pilihan dan Penjaring Tempatan Terbanyak, Keita Mandjou (Penjaring Import Terbanyak) dan K Nanthakumar (Pemain Paling Popular).
Penyokong Perak juga mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Kelab Penyokong Terbaik musim ini.
Hanya dua pemenang bukan dari Kedah dan Perak iaitu, pemain tengah Selangor, Shukor Adan yang dipilih sebagai Pemain Tempatan Paling Bernilai dan penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Radzak yang dipilih sebagai Pemain Harapan musim ini.
Sumber:: berita harian

0 komen anda:
Catat Ulasan