
Arsenal membaiki kedudukan apabila naik ke tangga kedua liga perdana inggeris satu tangga dibelakang liverpool hanya dengan perbezaan jumlah jaringan. arsenal memulakan perlawanan dengan corak menyerang dan hampir-hampir menjaringkan gol awal tetapi dengan kecekapan david james bola berjaya ditepis keluar. gol hadir juga buat arsenal apabila adebayaor menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 8. seterusnya arsenal menambah jaringan melalui fabregas pada minit ke 35 dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama. masuk pada separuh masa kedua iaitu minit ke 49 pasukan arsenal dikejutkan dengan layangan kad merah kepada pemain pertahanan philip sanderos menyebabkan arsenal bermain dengan 10 orang. namun itu tidak menghalang arsenal darimenambah jaringan gol melalui thomas rosisky pada minit ke 59. portsmouth bertindak balas seminit selepas itu apabila hantaran silang john utaka di sambut baik oleh kanu untuk menyumbang gol saguhati untuk portsmouth bawa pulang. keputusan penuh arsenal 3 portsmouth 1.
keputusan lain man city gagal meneruskan rentak 100 peratus apabila blackburn rovers menewaskan manchester city 1-0 hasil jaringan Benedict McCarthy pada minit 13.
keputusan lain man city gagal meneruskan rentak 100 peratus apabila blackburn rovers menewaskan manchester city 1-0 hasil jaringan Benedict McCarthy pada minit 13.



0 komen anda:
Catat Ulasan