sumber:: http://selangorfc.com/pemain/arkib/akmal-rizal-ahmad-rakhli.html
NAMA PENUH: Akmal Rizal Ahmad Rakhli |
TARIKH LAHIR: 12 Disember 1981 |
POSISI: Penyerang |
PASUKAN TERDAHULU: Kedah |
PERIBADI
Nama panggilan Dek Man ... Berasal dari Jitra Kedah ... Berketinggian 170 cm ... Berat 73 kg
KARIER
- 1994: Membantu Kedah A menjuarai Piala FAM-MSSM-Milo bawah umur 14 tahun di Terengganu apabila menewaskan Pulau Pinang A 3-1
- 1995: Membantu Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Nike Bawah 14 di Serdang sebelum tewas kepada N Sembilan ... Membantu skuad Bawah 14 Malaysia di bawah kendalian Holger Obermann menjuarai Piala Perdana Nike, di Stadium Institut Teknologi Mara, Shah Alam, termasuk menjaringkan hatrik ketika menewaskan Singapura 6-0 ... Dianugerahkan pemain terbaik kejohanan
- 1996: Menjadi salah seorang antara dua pemain yang dikekalkan dalam skuad Bawah 14 Malaysia bagi menghadapi Kejohanan Piala Perdana Nike ... Menjaringkan 7 gol ketika membenam Korea Selatan 12-0 ... Gagal menempah tiket ke Manchester yang merupakan hadiah menjuarai kejohanan itu, apabila dikecewakan Indonesia 1-2 dalam perlawanan akhir ... Meraih anugerah pemain terbaik kejohanan
- 1997: Mewakili skuad Bawah 18 Kedah dan layak ke separuh akhir Kejohanan Bawah 18 Kebangsaan, tewas kepada Selangor
- 1998: Mewakili Kedah di kejohanan bola sepak bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ... Membantu Kedah mara ke perlawanan akhir ... Menjaringkan 10 gol dalam 4 perlawanan termasuk hatrik ketika menewaskan Pulau Pinang dan Pahang ... Mewakili Malaysia di bawah kendalian Hatem Soussi di pusingan kelayakan Kumpulan 7 Kejohanan Bola Sepak Remaja Asia bawah 19 ... Sekali lagi mewakili negara di Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia di di Cheju, Korea Selatan ... Mengakhiri 1998 dengan membantu Kedah menjuarai Piala Milo Bawah 18 Kebangsaan
- 1999: Merupakan pemain termuda terpilih dalam skuad Olimpik 2000 negara ... Menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya bersama skuad itu ketika menewaskan Singapura 3-1 dalam perlawanan persahabatan ... Bermain di Kejohanan Bola Sepak Empat Negara ... Menjaringkan satu gol ketika seri 2-2 dengan Hong Kong dalam perlawanan sulung kelayakan Kumpulan Enam Sukan Olimpik ... Skuad Olimpik negara menduduki tangga ketiga kumpulan di belakang Jepun dan Hong Kong ... Gagal membantu Kedah layak ke Piala Malaysia ... Ditawarkan peluang beraksi bersama kelab Racing Strasbourg bersama Juzaili Samion dari Pahang di Peranchis ... Bermula cemerlang apabila menjaringkan dua gol ketika membantu pasukan bawah 21 tahun Strasbourg menundukkan FC Cologne dari Jerman 3-1 pada perlawanan bawah 23 tahun kelab-kelab Eropah
- 2000: Beraksi untuk kelab satelit Strasbourg, Haguenau FC ... Manjadi tajuk utama akhbar tempatan apabila bersama Juzaili masing-masing menjaringkan gol dalam perlawanan sulung bersama Haguenau ... Menjaringkan 3 gol dalam 5 perlawanan pertamanya di aksi liga CFA2 ... Membantu FR Haguenau melonjak ke CFA, bahagian keempat struktur Liga Perancis ... Kembali ke tanahair dengan menyarung jersi skuad utama Strasbourg buat pertama kali menentang Sabah, menggantikan Peguy Luyindula dan membantu rakannya menjaringkan dua gol, Strasbourg menang 4-0 ... Menjaringkan satu gol membantu Strasbourg mengatasi FC Zagreb 2-0 di Stadium Shah Alam ... Pada Jun 2000, menjaringkan gol tunggal untuk pasukan bawah 19 tahun negara biarpun tunduk 1-3 kepada kelab Perancis, FC Mulhouse ... Kembali ke tanahair untuk pusingan kelayakan kumpulan sembilan Kejohanan Remaja Asia Bawah 19 Tahun tetapi penyertaannya dihalang di saat akhir berikutan keputusan AFC
- 2001: Menjadi penjaring terbanyak untuk Haguenau dengan 11 gol sebelum kembali membantu negara di pusingan kelayakan Piala Dunia ... Menjaringkan dua gol ketika Malaysia mengalahkan Hong Kong 2-0 ... Malaysia hanya menduduki tangga ketiga di belakang Qatar dan Hong Kong ... Kelab divisyen satu Perancis, CS Sedan menawarkan sesi ujian pemilihan namun malang menimpa apabila cedera ketika beraksi untuk Haguenau menentang Saint-Quentin beberapa hari sebelumnya ... Terpaksa pulang ke tanahair setelah Strasbourg juga mengambil keputusan tidak menawarkan kontrak baru ... Membantu skuad Bawah 23 negara ke separuh akhir Pestabola Merdeka ... Menjadi pemain negara paling menonjol ketika perlawanan persahabatan menentang Manchester United ... Membantu Malaysia mendapat pingat perak Sukan Sea di samping menjaringkan 5 gol dalam 5 perlawanan
0 komen anda:
Catat Ulasan