SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com
“Pahang pula terus gagal untuk beraksi pada tahap konsisten dalam usaha memperbaiki kedudukan liga kerana berada di tangga ke-10 selepas berakhirnya pusingan pertama. “Saya sudah melakukan yang terdaya untuk mengembalikan prestasi Pahang tetapi masih gagal mencapai mutu persembahan seperti diharapkan terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri. “Ada beberapa perlawanan yang sepatutnya kita menang tetapi pemain gagal mengawal permainan dengan baik hingga memberikan lawan mata,” katanya di Kuantan, semalam. Sehubungan itu, Zainal berkata, tempoh rehat panjang liga diharap memberi ruang untuk pemain mencari keyakinan yang hilang dalam usaha meningkatkan lagi prestasi secara konsisten. “Dalam tempoh rehat ini, kami akan mengadakan satu perlawanan persahabatan untuk memperbaiki segala kelemahan. “Apabila pusingan kedua bermula 12 Februari ini, saya akan pastikan tiga mata mampu dibawa pulang walaupun sedar Sarawak juga tidak mahu tercicir mata apabila bermain di gelanggang sendiri,” kata Zainal.
SUMBER::www.bharian.com.my
DUA belas mata daripada 12 perlawanan jelas membuktikan betapa skuad kendalian Zainal Abidin Hassan, Pahang, gagal mempamer aksi membanggakan pada pusingan pertama Liga Super setakat ini. Hakikatnya, ia diakui sendiri bekas pemain kebangsaan itu yang menganggap skuadnya perlu bangkit untuk memastikan dapat berada di landasan kejayaan semula pada saingan liga musim ini. “Saya sedar 12 mata yang dikutip daripada 12 perlawanan sememangnya tidak bagus buat pasukan, lebih-lebih lagi pasukan lain kian menunjukkan peningkatan.
SUMBER::www.bharian.com.my
3 komen anda:
14 Februari 2008 pada 3:05 PG
ya memang betul tetapi cari pemain yang lebih hebat seperti selangor...perak mahupun kedah
14 Februari 2008 pada 3:06 PG
ambil lah brian fuentes wahai pahang.....
14 Februari 2008 pada 3:07 PG
cari bambanglah...............
Catat Ulasan