Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Johor PG kian hampiri KL Plus di persada liga

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

KEDUDUKAN KL Plus di puncak semakin goyah apabila pendahulu Liga Perdana itu mengalami kekalahan keduanya, kali ini kepada pasukan semakin meningkat naik Kelantan, 5-2 di tempat lawan malam tadi. Kekalahan itu menyaksikan Johor Pasir Gudang merapatkan jurang kepada satu mata menerusi kemenangan 3-0 ke atas PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Di Stadium Sultan Mohd ke-IV, jaringan hatrik Mohd Badri Radzi mengekalkan gelanggang itu sebagai kubu kebal Kelantan yang turut menjadi saksi jaringan terpantas pentas liga domestik musim ini apabila Mohd Nizam Ayub mudah menolak masuk dari gerakan solo Mouhamadou Moustapha sebaik 30 saat sejurus sepak mula.

Mouhamadou turut mencatatkan nama dalam senarai penjaring selepas meledakkan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol pelawat pada minit ke-16. Namun, pelawat tidak berputus asa dan bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Alex Agbo pada minit ke-18 dan gol sendiri Mohd Rizal Fahmi tujuh minit kemudian. Kelantan kembali mendahului 3-2 pada minit ke-32 hasil sepakan percuma cantik Mohd Badri sebelum sekali lagi menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-39 untuk Kelantan selesa mendahului pada separuh masa pertama. Rembatan Mohd Badri pada minit ke-63 melengkapkan hatrik buat dirinya dan kemenangan 5-2 hasil hantaran Mouhamadou. Johor FC membuka tirai gol pada minit ke-19 berpunca dari sepakan jauh kapten Mohd Shukri Ismail tepat kepada Otelo Ocampos yang bertindak menyambung bola hantaran dengan sepakan leret menewaskan penjaga gol, Suhardy Alby. Derita pelawat berterusan apabila tuan rumah menghasilkan gol kedua pada minit ke-31 hasil sepakan lambung Ocampos yang ditanduk kemas Mohd Khairul Ismail menewaskan Suhardy. Seminit sebelum perlawanan tamat, Tumba Laurent memastikan kemenangan bergaya buat tuan rumah selepas menolak mudah bola hantaran Jasazrin Jamaluddin untuk memastikan tiga mata buat Johor Pasir Gudang. Di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Felda United menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dengan Benson Anis Ajike meletakkan Felda United di depan pada minit ke-16 melalui sepakan leret di kiri gawang sebelum Badrol Afzan Razali mengukuhkan kedudukan empat minit kemudian. Kuala Lumpur merapatkan kedudukan pada minit ke-55 menerusi sepakan padu Impriam Voodfred Atah tetapi Felda United kembali menjarakkan kedudukan hasil sepakan percuma Arsene Bayemi lapan minit sebelum tamat. Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Muda diikat 1-1 oleh Sabah. Bobby Gonzales membuka jaringan pada minit ke-23 sebelum skuad bawah 19 tahun negara itu menyamakan kedudukan menerusi gol Yusaini Hafiz dua minit masa kecederaan. Di Stadium Selayang, Tentera meraih kemenangan 4-0 menerusi Musabri Mat Nayan minit ketujuh, Zool Ihsan Yunus (m-47) dan Corporal Preston Papie (m-75, 86).

SUMBER::www.bharian.com.my

6 komen anda:

  Tanpa Nama

27 Februari 2008 pada 5:36 PG

saya harap supaya FAM menimbang permintaan saya.....saya mahu semua negeri dalam malaysia berentap dalam satu liga khas seperti liga super...lain-lain kumpulan kita masuk kan dalam satu lagi liga iaitu liga perdana.....atau,kita buat macam liga perdana inggeris..masukkan 20 pasukan mahu negeri atau kelab kecil..terimas..dan supaya KL plus juara!!!!!!.alikatok@syukron wahai
pembaca...........

  Tanpa Nama

27 Februari 2008 pada 5:44 PG

Pantun...
Berjalan-jalan dengan kereta keksa,
Sambil berjalan membawa parang,
JohorPG dan KL plus hanya biasa,
Tak tengok ke kelantan menyerang?

Aku penyokong selangor....
Aku cuma menilai.....
OkeYYYY1!!!!

  Tanpa Nama

28 Februari 2008 pada 4:35 PG

s
se
sel
sela
selan
selang
selango
selangor!
PASTI
j
ju
jua
juar
juara!

  Tanpa Nama

28 Februari 2008 pada 4:49 PG

*johor PG kau boleh,tapi korang ni main tak menentu..cari contoh pasukan liga super macam selangor..
mereka still je menang..
jangan cakap selangor ada pemain
import...pemain tempatan pun boleh gak apa!!!

*KL PLUS, kau pun sama..mula-mula menang,pastu kalah..5-2 pulak tu..
korang pasukan kecil..tapi berkebolehan besar.....ingat!!
kalau korang nak di ambil sebagai
salah satu pemain liga super...
test tunjuk skill...
hatrik ke....
atau buat perlawanan dengan selangor...mana tahu ada rezeki dollah panggil ke?!

INGAT YA KORANG SEMUA!!
PEMAIN TEMPATAN BOLEH!!!!!

TERIMA KASIH!
SYUKRON!
ALIKATO'!
THANK YOU!
BYE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ingat SELANGOR boleh!!!!!

  Tanpa Nama

29 Februari 2008 pada 2:57 PG

TAHNIAH JOHOR PASELANGOR SEBAB MENANG

  Tanpa Nama

29 Februari 2008 pada 3:00 PG

selangor..selangor...
gol!!gol!!
prak!bum!kenapa tu?
(mimpi dah......)
jatuh katil''''''''''sakit tu!!!