Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

-RAPIDSHARE PREMIUM (30 HARI) HANYA RM15 SHJ (promosi) harga asal RM20
-TOPUP CELCOM, MAXIS, DIGI, U Mobile, Italk juga ada untuk dijual
hubungi khairapid[at]yahoo.com atau hubungi YM - khairapid -

DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI artismalaysiaku.ning.com

Video Highlight Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia

Kotak Meluahkan Perasaan ShoutMix

Johor PG kian hampiri KL Plus di persada liga

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

KEDUDUKAN KL Plus di puncak semakin goyah apabila pendahulu Liga Perdana itu mengalami kekalahan keduanya, kali ini kepada pasukan semakin meningkat naik Kelantan, 5-2 di tempat lawan malam tadi. Kekalahan itu menyaksikan Johor Pasir Gudang merapatkan jurang kepada satu mata menerusi kemenangan 3-0 ke atas PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Di Stadium Sultan Mohd ke-IV, jaringan hatrik Mohd Badri Radzi mengekalkan gelanggang itu sebagai kubu kebal Kelantan yang turut menjadi saksi jaringan terpantas pentas liga domestik musim ini apabila Mohd Nizam Ayub mudah menolak masuk dari gerakan solo Mouhamadou Moustapha sebaik 30 saat sejurus sepak mula.

Mouhamadou turut mencatatkan nama dalam senarai penjaring selepas meledakkan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol pelawat pada minit ke-16. Namun, pelawat tidak berputus asa dan bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Alex Agbo pada minit ke-18 dan gol sendiri Mohd Rizal Fahmi tujuh minit kemudian. Kelantan kembali mendahului 3-2 pada minit ke-32 hasil sepakan percuma cantik Mohd Badri sebelum sekali lagi menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-39 untuk Kelantan selesa mendahului pada separuh masa pertama. Rembatan Mohd Badri pada minit ke-63 melengkapkan hatrik buat dirinya dan kemenangan 5-2 hasil hantaran Mouhamadou. Johor FC membuka tirai gol pada minit ke-19 berpunca dari sepakan jauh kapten Mohd Shukri Ismail tepat kepada Otelo Ocampos yang bertindak menyambung bola hantaran dengan sepakan leret menewaskan penjaga gol, Suhardy Alby. Derita pelawat berterusan apabila tuan rumah menghasilkan gol kedua pada minit ke-31 hasil sepakan lambung Ocampos yang ditanduk kemas Mohd Khairul Ismail menewaskan Suhardy. Seminit sebelum perlawanan tamat, Tumba Laurent memastikan kemenangan bergaya buat tuan rumah selepas menolak mudah bola hantaran Jasazrin Jamaluddin untuk memastikan tiga mata buat Johor Pasir Gudang. Di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Felda United menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dengan Benson Anis Ajike meletakkan Felda United di depan pada minit ke-16 melalui sepakan leret di kiri gawang sebelum Badrol Afzan Razali mengukuhkan kedudukan empat minit kemudian. Kuala Lumpur merapatkan kedudukan pada minit ke-55 menerusi sepakan padu Impriam Voodfred Atah tetapi Felda United kembali menjarakkan kedudukan hasil sepakan percuma Arsene Bayemi lapan minit sebelum tamat. Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Muda diikat 1-1 oleh Sabah. Bobby Gonzales membuka jaringan pada minit ke-23 sebelum skuad bawah 19 tahun negara itu menyamakan kedudukan menerusi gol Yusaini Hafiz dua minit masa kecederaan. Di Stadium Selayang, Tentera meraih kemenangan 4-0 menerusi Musabri Mat Nayan minit ketujuh, Zool Ihsan Yunus (m-47) dan Corporal Preston Papie (m-75, 86).

SUMBER::www.bharian.com.my

jadual liga perdana inggeris dan liga-liga eropah Saturday, 01 March 2008

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Saturday, 01 March 2008

Arsenal v Aston Villa
Birmingham v Tottenham
Derby v Sunderland
Fulham v Man Utd
Man City v Wigan
Middlesbrough v Reading
Newcastle v Blackburn
West Ham v Chelsea

Birmingham 2-2 Arsenal

Liverpool 3-2 Middlesbrough

Newcastle 1-5 Man Utd

Fenerbahce v Sevilla

Arsenal 0-0 AC Milan

Celtic 2-3 Barcelona

Lyon 1-1 Man Utd

liga juara-juara eropah malam ini

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Arsenal v AC Milan 19:45
Celtic v Barcelona 19:45
Fenerbahce v Sevilla 19:45
Lyon v Man Utd 19:45

Schalke 04 Vs FC Porto

Olympiakos 0-0 Chelsea

Liverpool 2-0 Inter Milan


keputusan liga juara-juara eropah

Keputusan liga super 16/2/2008

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

PDRM 1 - 1 Negeri Sembilan
Kedah 4 - 1 Pulau Pinang
Terengganu 1 - 1 Perak
Selangor FC 2 - 1 Perak UPB
Perlis 4 - 1 Sarawak
Pahang 2 - 1 Johor FC

Man united 4 arsenal 0 Man united hebat

Chelsea 3 Huddersfield 1

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com
separuh masa pertama


separuh masa Kedua

Liverpool 1 barnsley 2

Malam yang mengejutkan bagi piala FA England

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Mengejutkan, mendebarkan, menghiburkan atau sungguh teruja dengan prestasi permainan pemain-pemain liga perdana inggeris pada malam ini di dalam perlawanan piala FA england. mengejutkan adalah kerana pasukan liverpool telah dikalahkan oleh pasukan kerdil barnsley, mendebarkan menanti perlawan man united lawan arsenal, menghiburkan dan sungguh teruja kerana man united telah mengalahkan arsenal dengan jumlah jaringan yang besar. dibawah ini adalah keputusan penuh perlawanan piala FA 16/2/2008.

Bristol 1 Southampton 0
Cardiff 2 Wolverhampton 0
Chelsea 3 Huddersfield 1
Coventry 0 West Brom 5
Liverpool 1 Barnsley 2
Man Utd 4 Arsenal 0

Pertembungan gergasi chelsea vv liverpool dan man u vs man city

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Pertemuan chelsea dan liverpool adalah yang ke 150 dan mana-mana yang kalah akan makin jauh tercicir dari 4 tempat teratas apatah lagi kejuaraan liga perdana inggeris. pasukan chelsea mendapat berita gembira apabila frank lampard dan cavalho sudah boleh bermain selepas sihat dan pengantungan. tetapi berbeza dengan liverpool kerana mereka kehilangan beberapa tonggak penting kerana kecederaan. torres, babel, xabi alonso tidak dapat diturunkan pada perlawanan esok.

sementara itu pertemuan jiran setempat man utd dan man city menjanjikan persembahan yang hebat, masing-masing mahu membuktikan pasukan mana yang lebih hebat. ini adalah peluang man utd untuk membalas dendam keatas man city kerana menewaskan mereka pada ogos tahun lepas. man utd kehilangan rooney dan evra kerana pengantungan sementara saha masih lagi cedera. pemain yang baru dibeli oleh sven goren benjani dijangka akan memulakan penampilan dan mereka kehilangan beberapa tonggak seperti micah richard dan elano kerana kcederaan.

derby 0 tottenham 3

sunderland 2 wigan 0

west ham 1 birmigham 1

bolton 0 portmouth 1

middlebrough 1 fulham 0

Everton 1 reading 0

Aston villa 4 newcastle united 1

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Separuh masa pertama


Separuh masa kedua

keputusan liga perdana inggeris dan liga eropah lain 9-2-08

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Aston Villa 4-1 Newcastle
Bolton 0-1 Portsmouth
Derby 0-2 Tottenham
Everton 1-0 Reading
Middlesbrough 1-0 Fulham
Sunderland 2-0 Wigan
West Ham 1-1 Birmingham

Torres mungkin tidak akan diturunkan apabila bertemu chelsea


Pengurus liverpool meyatakan beliau telah berputus asa dengan torres kerana kecederaan hamstring yang dihadapinya semasa perlawanan persahabatan perancis baru-baru ini. beliau juga menjelaskan torres memerlukan seminggu untuk kembali cergas dan bermain semula. torres tidak akan diturunkan apabila liverpool bertemu chelsea nanti.


Pahang perlu baiki kedudukan liga

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

DUA belas mata daripada 12 perlawanan jelas membuktikan betapa skuad kendalian Zainal Abidin Hassan, Pahang, gagal mempamer aksi membanggakan pada pusingan pertama Liga Super setakat ini. Hakikatnya, ia diakui sendiri bekas pemain kebangsaan itu yang menganggap skuadnya perlu bangkit untuk memastikan dapat berada di landasan kejayaan semula pada saingan liga musim ini. “Saya sedar 12 mata yang dikutip daripada 12 perlawanan sememangnya tidak bagus buat pasukan, lebih-lebih lagi pasukan lain kian menunjukkan peningkatan.

“Pahang pula terus gagal untuk beraksi pada tahap konsisten dalam usaha memperbaiki kedudukan liga kerana berada di tangga ke-10 selepas berakhirnya pusingan pertama. “Saya sudah melakukan yang terdaya untuk mengembalikan prestasi Pahang tetapi masih gagal mencapai mutu persembahan seperti diharapkan terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri. “Ada beberapa perlawanan yang sepatutnya kita menang tetapi pemain gagal mengawal permainan dengan baik hingga memberikan lawan mata,” katanya di Kuantan, semalam. Sehubungan itu, Zainal berkata, tempoh rehat panjang liga diharap memberi ruang untuk pemain mencari keyakinan yang hilang dalam usaha meningkatkan lagi prestasi secara konsisten. “Dalam tempoh rehat ini, kami akan mengadakan satu perlawanan persahabatan untuk memperbaiki segala kelemahan. “Apabila pusingan kedua bermula 12 Februari ini, saya akan pastikan tiga mata mampu dibawa pulang walaupun sedar Sarawak juga tidak mahu tercicir mata apabila bermain di gelanggang sendiri,” kata Zainal.

SUMBER::www.bharian.com.my

Jadual liga perdana inggeris dan liga eropah lain 10-2-08

l

Jadual liga perdana inggeris dan liga eropah lain 9-2-08

Liga perdana inggeris akan bermain diluar england

SUMBER::klik infobolasepak.blogspot.com

Menjelang musim 2010/11 liga perdana inggeris akan mengadakan sekurang-kurangnya 10 perlawanan diluar england dan akan bermain ke seluruh dunia di negara-negara yang terpilih seperti Hong Kong, New York, Los Angeles, Singapore, Sydney, Johannesburg, Dubai and Beijing. namun itu hanyalah cadangan ketua eksekutif liga perdana inggeris Richard Scudamore untuk merealisasikan perkara tersebut. beliau berkata sebelum perkara itu berlaku perlu ada penelitian yang mendalam dari pelbagai aspek. beliau juga percaya jika perkara itu menjadi kenyataan ia akan meningkatkan lagi populariti dan kegemilangan bola sepak liga perdana inggeris di mata dunia.